Bab 8

1.4K 138 0
                                    

ZINNIRAH meregangkan badannya ke kiri dan kanan sebaik saja cikgu subjek lukisan kejuruteraan itu keluar daripada kelas. Baru belajar teori, dah lenguh. Nanti bila dah mula praktikal, mahu patah terus tulangnya.

Bulan pertama persekolahan, semuanya masih okay. Masih sama seperti biasa. Walaupun era tingkatan empat disebut sebagai tahun honeymoon tapi Zinnirah tetap Zinnirah.

Study is her priority. Ada impian yang perlu dia kejar.

Mamanya seperti biasa, angin tak sudah. Dia melarang Zinnirah dan Mustaqim daripada memberitahu bahawa mereka adalah adik beradik. Zinnirah sudah masak dengan amaran yang selalu dia dengar sejak sekolah rendah. Dia, sudah lali.

Apa yang dia tahu, mama dan baba malu memiliki dirinya sebagai anak.

"Ji, latihan rumah sukan petang ni kau datang?" Tegur rakan semejanya, Anis.

"Haah Ji, kau datang tak petang ni?" Soalan itu turut disambut oleh Atikah, rakan semejanya juga.

Tempat mereka bertiga berada di belakang kelas, betul-betul di bawah kipas.  Susunan mereka ialah Atikah-Anis-Zinnirah.

"Aku datang. Lagipun aku stay back di sekolah, so tak perlu nak ulang-alik dari rumah dah." Jawab Zinnirah sambil menongkatkan kepalanya untuk memandang dua rakannya itu.

"Kau stay back sorang-sorang sampai pukul 5 ke?" Atikah mula menunjukkan riak terkejut.

"Yep." Zinnirah menjongketkan sebelah kening memandang wajah Atikah. Apa yang nak terkejut sangat? Normal lah orang tak balik semata-mata untuk aktiviti sekolah. Bukannya ada dia seorang dalam kawasan sekolah itu.

"Kalau macam tu, kami balik dulu lah eh." Anis terus menggalas begnya sebelum mengajak Atikah untuk turun dan pulang ke rumah.

"Bye Ji." Atikah melambai diikuti oleh Anis.

"Bye, hati-hati korang."

Kini tinggal dia berseorangan di dalam kelas itu berserta beg sekolah beberapa orang pelajar. Mereka sudah hilang entah ke mana. Zinnirah malas ambik tahu.

Peralatan menulis yang berterabur di atas meja dikutip dan dimasukkan ke dalam kotak pensel. Buku disusun dan dimasukkan ke dalam meja.

Tote bag yang mengandungi pakaian sukan dicapai. Tempat yang dia mahu tuju ketika itu ialah tandas dan seterusnya kantin.

Baru saja kakinya melangkah menuju ke tangga yang berdekatan dengan kelas, telinganya terdengar suara gelak tawa yang kuat. Datangnya dari arah tangga itu. Zinnirah jalan mendekati sebelum kakinya terpaku dilantai dan nafas dihela panjang. Tali beg tote digenggam erat.

Dalam banyak-banyak tempat, kenapa geng-geng laki ini suka melepak di tangga? Diorang tak tahu ke dia tak selesa. Mana-mana perempuan pun tak akan selesa dengan keadaan itu.

Zinnirah terus membuat keputusan untuk turun menggunakan tangga yang berada dipenghujung koridor. Agak jauh daripada kelasnya.

Nampaknya, dia kena exercise lebih harini.

Belum sempat dia menapak menjauhi kawasan tangga itu, namanya diseru oleh salah seorang pelajar lelaki di situ. Dia hanya mengabaikannya.

"Ji!" Sekali lagi namanya diseru.

Nafas dihela sebelum dia berpusing menghadap wajah remaja itu yang tersengih menunjukkan barisan gigi yang tersusun.

Remaja itu ialah Megat, rakan sekelasnya sejak tingkatan satu.

"Kau nak turun ke bawah kan? Lalu je lah tangga ni. Jauh betul kau nak ke sana." Katanya dengan jari yang menunjuk ke arah tangga seberang.

"Tak apa, aku okay ja." Zinnirah terus berlalu tanda malas mahu melayan telatah lelaki itu.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now