Bab 6

1.6K 159 3
                                    

"CANTIKNYA bakal tunang abang, manis bertudung labuh. Tutup aurat dengan sempurna. Pandainya abang cari calon isteri." Kata Zinnirah perlahan sambil kepalanya melekap pada pintu utama dek kerana mahu mengintai upacara meminang dan juga pertunangan antara Zhafran dan juga bakal isterinya.

Tema biru lembut dengan pelamin berwarna putih itu memang menyebabkan mata Zinnirah tidak dapat dialihkan lagi.

Zinnirah dan Mustaqim kini berada di halaman rumah bakal isteri Zhafran kerana mereka tak mahu abang sulung itu keseorangan di luar. Zinnirah yang perasaannya membuak-buak untuk berada dekat dengan keluarga perempuan hanya menguburkan hasratnya itu apabila mendapat jelingan tajam daripada Puan Khalidah.

Jadi, menemani abang-abangnya disini adalah lebih baik.

"Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri pasangan yang baik pada abang." Jawab Zhafran dengan tenang.

Setelah mendengar suara abangnya itu, Zinnirah terus mendekati Zhafran dan Mustaqim yang duduk di meja batu itu. Mukanya seperti teruja untuk bertanyakan sesuatu.

Mustaqim hanya mengerutkan dahi melihat telatah Zinnirah. Mesti ada sesuatu yang diluar jangka akan keluar daripada bibir bercalitkan sedikit lip tint merah itu. Dia sudah masak dengan perangai Zinnirah.

"Abang, cuba bagi tips cara nak dapatkan calon yang baik. Ji macam nak cubalah." Zinnirah tersengih lebar.

"Eh gatallah dia ni, SPM pun belum lepas tau. Ada hati nak minta tips cari calon daripada abang. Lepuk karang baru tahu." Kata Mustaqim laju sebelum meneguk air sirap ais.

Sudah dia katakan, soalan Zinnirah ni memang luar daripada kotak umurnya sendiri.

"Biarlah, Ji tanya abang. Bukannya tanya Mus." Lidah dijelirkan pada Mustaqim sebelum memberi sepenuh perhatian kepada Zhafran yang sudah tergelak kecil melihat perlakuan dua manusia itu.

"Truth to be told, abang tak pernah bercakap direct dengan Zulaikha. Atau senang cerita, abang tak pernah keluar berdua-duaan dengan dia dan tak pernah chat secara personal. " Tenang suara Zhafran menjawab soalan Zinnirah.

"Hah, maksudnya abang dengan Kak Zulaikha tak couple?" Soal Zinnirah dengan agak kuat. Mustaqim terus menutup mulut gadis.

Lantang betul suara, dah macam guruh.

Zhafran mengangguk sebelum Zinnirah melopongkan mulutnya tanda terkejut.

"Seriuslah abang tak couple? Dahtu macam mana boleh bertunang ni?" Zinnirah benar-benar keliru ketika itu.

Yalah, dia hanya gadis berumur 15 tahun yang hanya dikelilingi konsep couple disekolahnya. Manalah dia tau abangnya boleh seadvance ini.

"Abang guna konsep patuh syariahlah. Konsep taaruf gitu."

"Ji tak faham, ceritalah betul-betul." Dia mula menghentakkan kakinya ke tanah secara perlahan. Dia geram dengan Zhafran yang seperti mahu bermain dengannya.

Lengan abangnya dicubit perlahan dek kerana geram.

"Abang dan Kak Zulaikha dulu satu course tapi bukan satu kelas. Abang banyak join program persatuan fakulti and so did she. Kami banyak terserempak tapi tak pernah bertegur sapa. Ji tahu tak, memang susah nak jumpa perempuan yang betul-betul berpegang pada agama di kampus tu. Sampailah satu hari, abang buat kerja gila." Bicara Zhafran terhenti sebelum dia ketawa kecil. Kelakar apabila teringatkan perihal itu.

"Ish janganlah gelak, cerita belum habis lagi." Kata Zinnirah sebelum mencebik perlahan.

"Sabar. Kerja gila yang abang buat, abang bagi dia surat cinta. Allahu, geli-geli ya Zhafran Alwie ni dulu. Dalam surat tu abang bagitahu nak berkenalan dengan Kak Zulaikha."

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now