TW: Suicide
"ATIYA, kenapa lari ni?" Absyar terus menegur gadis yang kelihatan tergopoh-gapah berlari dengan wajah yang basah dengan air mata. Dia baru meninggalkan mereka sekejap untuk ke tandas dan hal seperti ini sudah berlaku?"
"Akak marah Ati...Dia halau Ati." Tersedu-sedu gadis itu mengadu.
"Halau? Ati buat apa sampai Zinnirah halau Ati?" Soal Absyar dengan dahi yang berkerut.
"Ati...Ati minta akak tarik semula laporan terhadap baba..." Absyar terus mengucap panjang mendengarkan jawapan yang keluar daripada mulut Atiya.
Apa yang gadis ini cuba lakukan?
"Ati pergi balik, abang nak tengok Zinnirah." Tanpa menunggu balasan Atiya, Absyar terus berlari laju menuju ke bilik gadis itu. Hatinya berasa tidak sedap.
Segera, pintu wad itu dibuka sebelum matanya hanya terhidang dengan wad kosong tanpa keberadaan Zinnirah. Lantai di belakang pintu yang dipenuhi darah itu menyerbu rasa yang tidak enak dalam hati Absyar.
Terlampau banyak darah.
Apa yang telah berlaku pada Zinnirah?
Mujur saja, kesan tapak kaki yang berdarah itu menjadi penunjuk arah buat Absyar. Dengan pantas, lelaki itu menjejaki Zinnirah dengan darah di lantai yang hampir kering.
Pintu tangga yang tertutup dibuka sebelum dia berlari laju ke atas. Mindanya mula berfikiran negatif. "Zinnirah, jangan buat benda yang bukan-bukan."
Hampir habis nafasnya, namun Absyar tetap melakukan panjatan tangga ke arah bumbung hospital. Gadis itu sakit, fizikal dan mentalnya sakit. Dia perlu segera untuk mengelakkan hal buruk berlaku pada gadis itu.
Hatinya kuat mengatakan gadis itu berada di bumbung hospital. Kerana, ini bukan kali pertama gadis itu berkelakuan seperti ini. Gadis itu...cuba untuk mengambil nyawanya sendiri tanpa dia sedar.
Anak tangga terakhir dilangkah sebelum tombol pintu dipulas dan ditarik kuat. Seraya itu, matanya tertancap pada gadis yang sedang berdiri di atas tembok hospital seperti tiada rasa gayat.
Keadaan gadis itu sangat menyayat hati Absyar. Rambutnya serabai, kekura tangannya menitiskan darah. Belakang seluarnya dipenuhi dengan darah sehinggakan tiada lagi warna baju hospital. Ia hanya dipenuhi darah gadis itu.
Talian kecemasan didail, matanya masih tertancap pada tubuh Zinnirah yang kaku tidak bergerak di atas tembok. Perlahan, sangat perlahan gadis itu berjalan sambil melihat ke arah bawah tanpa ada rasa takut.
Perut yang memulas sakit diabaikan. Bahagian bawah yang terasa sangat sakit dan cecair merah likat yang keluar tiada tanda untuk berhenti, hanya diendahkan oleh Zinnirah.
Panas terik bagai mengoyakkan kulit namun ia sekali pun tidak mengganggu dirinya untuk melaksanakan apa yang bermain di mindanya sejak sekian lama.
Mata itu kelihatan kosong, tiada emosi, tiada perasaan.
"Nek...sikit masa lagi, kita dah boleh berjumpa semula." Lirih Zinnirah secara tiba-tiba. Suara itu perlahan namun masih dapat didengari oleh telinga sendiri.
Mata mula dinaikkan untuk memandang langit biru yang kosong tanpa awan. "Nek...kenapa tak tunggu Ji bangun? Ji tak sempat nak bawa nenek tinggal rumah besar Ji." Gadis itu ketawa kecil dengan bicaranya.
"Nek...kenapa Ji tak pernah bahagia? Walaupun Ji bahagia namun ia cuma bertahan untuk seketika nek. Kenapa Tuhan tak pernah memihak kepada Ji? Kenapa Tuhan ambil nenek sedangkan dia tahu, Ji hanya ada nenek sebagai penguat semangat Ji." Air matanya mula jatuh setitis ke pipi. Dada terasa sesak bagai tidak mampu bernafas.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...