Bab 56 (TW)

1.8K 134 37
                                    

"KAU buat apa dalam rumah ni?" Teguran itu menyebabkan Zinnirah yang khusyuk melenyek kentang itu terperanjat sebelum dia mengalihkan pandangannya pada wajah mama.

"Maaf ma, tadi Ji bagi salam tak ada orang jawab. Jadi, Ji masuk terus alang-alang pintu tak berkunci." Jawab Zinnirah sebelum tersenyum kecil.

"Mama dah makan tengah hari?" Zinnirah cuba beramah mesra dengan Puan Khalidah yang riak wajahnya masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu marah.

"Dah. Kau nak buat apa ni? Kentang banyak-banyak macam ni? Siapa nak makan?" Dahi berkerut hebat sehingga kedua-dua belah kening tua itu hampir bertembung.

"Mus nak makan tauhu bergedil, ma. Dia minta Ji buatkan." Balas Zinnirah dalam nada ceria. Entah kenapa, dia terasa bahagia denga layanan mamanya ketika itu walaupun seperti tiada emosi. Namun dia bersyukur, dirinya tidak ditengking lagi.

"Mus? Dia balik hari ni ke?"

"Ya, ma. Dia baru je bertolak dari kolej pukul 5 petang tadi. Mungkin sempat sampai sebelum isyak kalau tak sesak."

"Oh, okay."

"Ma..." Panggilan dihetikan seraya wajah diangkat untuk melihat reaksi tua itu.

"Apa? Cakap je lah, jangan buat aku tertunggu. Ni yang aku tak suka ni." Puan Khalidah mula melenting.

"Ji nak tidur sini boleh? Hari ni je ma." Bawah bibir digigit perlahan. Risau disembur dengan kata-kata pedas mamanya nanti.

"Tidur je lah rumah nenek kau? Nak tidur sini buat apa?" Puan Khalidah berdecit perlahan.

"Ji nak tunggu Mus, mama."

"Esok pun boleh jumpa juga, kan? Kenapa kau ni degil sangat eh?" Terasa naik darahnya apabila bercakap dengan gadis itu. Degil sungguh!

"Bolehlah ma, malam ni je." Tanpa putus asa, dia cuba memujuk mamanya sekali lagi.

"Susah cakap dengan orang kepala batu macam kau ni. Ikut suka hati kau lah nak buat apa pun, malas aku masuk campur." Terus Puan Khalidah bangun dan meninggalkan Zinnirah sendirian di dapur itu. Dia hanya mampu menggigit lidahnya sendiri.

"Maaf, ma." Kata gadis itu walaupun suara itu hanya untuk pendengarannya sahaja. Namun tangan itu tetap tangkas mencampur segala bahan-bahan yang disediakan. Dengan penuh kasih, inti itu disumbat masuk ke dalam tauhu lalu disusun di dalam bekas.

Saja dia buat banyak-banyak, boleh dibekukan dan Mustaqim boleh makan bila-bila masa je kalau dia tiada. Usai saja semua tauhu disumbatkan, Zinnirah terus menutup bekas itu dah dimasukkan ke dalam peti sejuk beku.

Dia tidak mahu menggorengnya lagi, nanti sejuk tak sedap. Tunggu Mustaqim sampai, barulah dia akan gorengkan untuk lelaki itu.

Segala perkakas yang digunakan dibasuh dan disusun rapi seperti sedia kala. Darah yang menitik jatuh ke atas lengannya menghentikan tindak-tanduk Zinnirah.

Dengan pantas, jari dibawa ke bawah hidung yang sudah berdarah. Paip air dibuka sebelum tangan ditadah dan dibawa ke hidung untuk dicuci. Perbuatan itu diulang berkali-kali sehingga dia benar-benar yakin, tiada lagi darah yang bakal meleleh keluar.

Telefon diambil sebelum matanya tertancap pada jam digital itu. 7 malam, lama juga dia terteleku di dapur itu. Aplikasi WhatsApp dibuka sebelum nama Mustaqim dicari. Jari itu menaip laju sebelum dia kembali menutup kembali aplikasi itu.

Kaki bergerak laju menuju ke biliknya. Badan yang belengas perlu disegarkan. Telefon dicas sebelum dia bergerak ke bilik air untuk mandi dan berwuduk.

Solat maghrib dilaksanakan dan sementara menunggu masuknya waktu isyak, Zinnirah akhirnya tertidur di atas sejadah itu. Badannya terasa letih, letak saja kepala mata itu terus tertutup laju.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now