Bab 2

1.9K 169 20
                                    

"KORANG berdua ni pergi mana hah? Dah pukul tujuh baru nak nampak batang hidung ke? Lagi tak terbenam matahari tu bukan tahu nak balik. Sama je macam baba kau." 

Baru sahaja Mustaqim dan Zinnirah melangkah masuk ke dalam rumah, telinga mereka sudah dijamah dengan bebelan Puan Khalidah. Langkah mereka terhenti di depan pintu rumah. Zinnirah sudah menggenggam erat tangannya.

Keadaan mereka yang basah lencun akibat hujan tadi akan menjadi asbab bebelan mama bersambungan. Air daripada pakaian mereka yang basah mula menitik melembapkan tempat pemijak kaki di depan itu.

Mati kita Mus, mati!

"Zinnirah, aku tanya ni? Telinga kau letak di lutut ke?" Mata tua itu mencerlung memandang gadis yang basah kuyup. Hatinya semakin panas melihat keadaan itu.

"Tadi kitorang pergi rumah nenek je ma untuk hantar bihun sup. Lepastu hujan, kitorang tunggu kejap seb-"

"Menjawab! Sikit-sikit menjawab!" tempelak Puan Khalidah kuat menyebabkan Zinnirah menapak ke belakang beberapa langkah.

Jawab salah, tak jawab salah.

"Mustaqim masuk sekarang, mandi, nanti demam. Ni mesti si Zinnirah tu yang ajak mandi hujan, kalau tak, tak adanya lencun macam ni." Tuala yang tersangkut di belakang pintu bilik Mustaqim diambil dan dilap rambut anak lelakinya itu. 

"Mana ada ma." Badan Mustaqim terus ditolak lembut menuju ke bilik air.

"Kau pergi tukar baju sekarang. Lepas tukar terus kau mop lantai ni sampai kering. Faham tak Zinnirah?" arahan dengan suara petir sudah menjadi kebiasaan pada halwa telinganya.

"Faham ma." 

"Dahtu tunggu apa lagi? Cepatlah gerak!"

 Lengan Zinnirah ditarik kasar sebelum menolak gadis itu ke arah biliknya. Bibirnya mencebik tanda benci.

Kenapa kau perlu wujud? Menyusahkan aku.

Ungkapan itu hanya terluah di dalam hati Puan Khalidah. Dia terus bergerak masuk ke dalam bilik tidurnya dan Encik Alwie. Lebih baik dia menghadap dinding bilik daripada menghadap muka Zinnirah.

Zinnirah mengeluh perlahan sebelum tombol pintu kamar tidur dibuka. Tuala dibelakang pintu digapai lalu ditutup rapat dan dikunci. Badan dan rambut yang basah dilap sehingga kering lalu pakaian ditukar dengan ladar pantas.

Kalau lambat, mati dia nanti.

Baju basah dibawa keluar dan dimasukkan terus ke dalam mesin basuh. Mop yang tersangkut dalam stor diambil lalu terus bergerak ke ruang tamu. Lantai yang basah dimop dengan cermat sehingga kering. Kipas siling turut dibuka untuk mempercepat proses penyejatan.

Sesekali rambut yang masih lembab itu dihalakan ke arah kipas untuk dikeringkan.

"Assalamualaikum." Ucapan salam itu menyebabkan Zinnirah terus berpusing ke arah pintu utama yang sudah dibuka oleh babanya.

"Waalaikumsalam baba." Zinnirah tersenyum kecil.

"Ambilkan baba air suam Zinnirah."

"Baik baba."

Kakinya laju melangkah ke arah dapur. Mop diletakkan di tepi peti ais. Gelas kaca dicapai dan diisi dengan air suam yang diminta Encik Alwie. Bibirnya tersengih kecil apabila terlihat periuk sup yang dimasaknya tadi.

"Baba, ini air." Gelas kaca itu diletakkan dihadapan Encik Alwie yang bersandar di kerusi kayu itu. Babanya nampak letih.

"Hm." Hanya itu saja balasan yang diterima oleh gadis itu.

"Baba, harini Ji ada masakkan makanan kegemaran baba. Ji masakkan bihun sup tulang, nanti lepas solat baba makan ya." Zinnirah mula membuka cerita. Dia saja mahu berbasa-basi, dia mahu lebih rapat dengan baba.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now