"MUS!"
Panggilan dari arah koridor tingkat 1 berhadapan Mustaqim menghentikan perbuatannya ketika itu. Topi keledar yang baru saja hendak dipakai, diletakkan kembali ke dalam bakul motor.
Kaki melangkah dua tapak ke hadapan sebelum kepala didongak ke atas untuk melihat gerangan yang menyerunya. Walaupun dia tahu siapa, dia tetap mahu melihat wajah itu.
Zinnirah yang tersengih apabila melihat wajah Mustaqim yang berkerut dahi menahan panas. Tengah hari begini, memang menusuk terus ke dalam mata.
"Tunggu jap, Ji turun." Kata Zinnirah sebelum lantas turun tanpa mendapat apa-apa jawapan daripada Mustaqim. Lelaki itu hanya menggaru pipinya yang terasa gatal.
Dah kenapa pula nak gatal waktu macam ni? Mungkin kerana sejak dua bulan kebelakangan ini dia sibuk dengan latihan hoki sehingga tidak terjaga kesihatan wajahnya. Wajah itu hanya terdapat seketul dua jerawat dan yang penting, kulit lelaki itu terbakar teruk. Mustaqim sekarang hitam legam!
Zinnirah yang berlari anak tersengih mendekatinya. Mesti ada udang di sebalik batu ni, dari cara senyum pun Mustaqim dah boleh agak.
"Nak apa wahai Cik Zinnirah?" Kening diangkat berkali-kali apabila melihat wajah putih pucat adiknya itu.
"Err... Kita cakap di sana, Mus." Pokok berdekatan garaj motorsikal ditunjuk. Mustaqim hanya mengikut jejak langkah gadis itu. Sesekali matanya menjeling ke garaj, oh patutlah.
Geng hokinya dah sampai di garaj itu, sudah semestinya Zinnirah tidak selesa. Masakan dia seorang saja berkromosom XX di situ, yang lainnya XY.
"Okay, dah jauh daripada mereka. Jadi?"
"Ji nak pinjam RM3, Mus." Sengih malu.
"Pinjam? Mama tak kasi duit lagi ke hari ni?"
"Mama terlupa kot, alah baru dua kali mama terlupa. Please, Mus. RM3 je." Matanya dikerdipkan berkali-kali, mengharapkan taktiknya itu berjaya.
"Jom keluar makan dengan Mus lah kalau macam tu. Mus nak keluar dengan geng hoki ni, petang ni kami ada friendly match." Saja Mustaqim mempelawa walaupun dia tahu, pelawaannya itu tidak bakal diterima.
"Agak-agaklah, Mus. Semuanya lelaki, seganlah Ji. Tak apa, Mus keluar je makan, Mus pinjamkan RM3 je pada Ji. Please my lovely brother." Kali ini sekali dengan pakej kedua-dua tangan digenggam ditambah dengan kerdipan mata tadi.
Mustaqim terus tergelak kecil melihat wajah Zinnirah. Dia ingat comel ke wei? Mimpi ngeri Mustaqim malam ini.
Dompet ditarik keluar dari poket seluar sebelum not berwarna hijau diberikan pada Zinnirah.
"Mus, RM3 je."
"Ambil je lah."
"Banyak sangatlah RM5 ni. Ji nak beli roti je, air dah ada."
"Ambil duit ni Zinnirah, beli nasi. Waktu rehat tadi pun tak makan, kan?" Tegas Mustaqim bersuara. Si Zinnirah ni tak lut dengan kata-kata lembut.
"Nanti kan Mus nak makan kat luar, cukup ke duit tu?"
"Jangan fikir pasal Mus lah, I'm a young and rich man. Ambil je lah sebelum Mus sumbat duit ni dalam lubang hidung Ji."
Terus diambil duit itu setelah mendapat amaran daripada Mustaqim. Mamat ni tidak boleh kira, kadang-kadang apa yang dia kata memang akan dia lakukan. Zinnirah sayang akan lubang hidungnya!
"Terima kasih daun keladi, Mus."
"Sama-sama kasih sayang."
Erk.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...