MUSTAQIM mengerut dahi mengenangkan keadaan Absyar yang tiba-tiba saja demam. Katanya pagi tadi dia mahu mencari maggi, takkan dia tersampuk hantu laut semata-mata kerana mi segera berjenama maggi?
"Kau dah makan ke belum, Cad?" Tanya Mustaqim sambil melihat Absyar yang sudah berselubung di dalam selimut.
Tangannya terus dibawa ke dahi lelaki itu. Uish, panas membahang. Muka lelaki yang berkulit sawo matang itu turut kelihatan merahnya. Betul-betul dilanda demam ni.
"Kau makan bubur, kan? Aku pergi beli bubur lepastu kau makan panadol." Omong Mustaqim sekali lagi.
"Hm." Gumam Absyar dalam tidur ayamnya. Tekaknya terasa perit. Matanya terasa amat perit untuk dibuka. Badannya terasa panas membahang namun sejuk sehingga ke tulang.
Sesekali badannya menggeletar dituruti oleh kepalanya. Sejuk sangat!
"Mus..." Panggil Absyar perlahan apabila lelaki itu mula bangun dari hujung katilnya.
"Ya, kenapa?" Soal Mustaqim dengan kening terjongket sebelah.
"Kau... Kau dah pergi tengok Zinnirah?" Terasa sangat perit tekaknya pada ketika itu.
"Belum, kenapa?" Pelik. Mustaqim berasa sangat pelik dengan soalan Absyar. Atau lelaki ini sebenarnya mengigau?
"Go and check on her." Balas Absyar perlahan tapi masih dapat ditangkap oleh telinga lintah itu. Kening terus bersambung dek kerana arahan Absyar itu.
Dalam tidak sihat pun, suka mengarah orang. Memang ciri-ciri pemimpin itu akan kekal ada walaupun sakit.
"Ooookay?" Mustaqim masih menatap pada gerangan lelaki itu sebelum dia keluar daripada bilik yang dikongsi oleh mereka berdua.
Dalam perjalanannya ke bilik Zinnirah, otaknya memikirkan banyak hal. Zinnirah dan Absyar. Absyar dan Zinnirah. Mereka berdua ni ada apa-apa ke?
Absyar cuba mengorat adiknya ke?!
Mata Mustaqim terbuntang seketika. Tak mungkin... Dia sangat pantang jika kawan-kawannya cuba untuk mengacau adiknya itu. Ya dia sangat protective akan hal itu, dia tidak mahu Zinnirah tersakiti oleh lelaki yang bukan-bukan, walaupun lelaki itu sahabatnya sendiri.
Setibanya di bilik gadis itu, loceng ditekan berkali-kali namun pintu masih tidak dibuka.
"Ji?" Pintu itu pula diketuk olehnya. Telinga ditekapkan pada pintu kayu ini. Kedengaran bunyi kipas. Dahi mula berkerut. Sekali lagi pintu itu diketuk, "Zinnirah, are you there?"
Tanpa berfikir panjang, Mustaqim melangkap laju ke meja receptionist, arahannya untuk membuka pintu bilik Zinnirah dituruti. Kad akses baru juga turut diberikan kepada dirinya setelah disoal dengan berpuluh soalan keselamatan.
Ucapan terima kasih diberikan sebelum pintu bilik adiknya ditutup rapat. Zinnirah yang berselebung dalam selimut didekati sebelum dia melabuhkan punggung di katil itu.
Selimut yang menutupi seluruh badan ditarik sehingga menampakkan wajah yang merah padam seperti udang kena bakar.
Bibir itu pucat dan menggigil. Mustaqim terus melarikan tangannya ke dahi dan leher gadis itu. Panas. Sama panas seperti Absyar tadi.
Macam mana Absyar boleh mengetahui yang adiknya tidak sihat? Firasatnya saja atau lelaki itu berhubung dengan Zinnirah?
Mustaqim menggeleng kepalanya perlahan. Ini hanya kebetulan, Mustaqim. Zinnirah kan selalu sakit.
Namun, dia tidak hairan jika gadis itu demam kerana itu perkara biasa. Yang menghairankannya ialah Absyar yang tiada angin tiada ribut tiba-tiba mendapat sakit.
Kena sampuk dek mambang laut ke apa?
"Ji, Mus ni." Pipi itu ditepuk perlahan. "Buka mata, berapa lama dah tidur?" Soalan itu hanya diabaikan oleh Zinnirah yang terjaga akibat dikejutkan oleh Mustaqim.
"Hmmm." Hanya erangan itu yang keluar daripada bibirnya.
"Kejap, Mus suruh kawan Mus belikan bubur. Nanti Mus lap sikit badan Ji dan jelum sikit kepala tu. Panas berapi, dah boleh buat bbq." Seloroh Mustaqim sambil tangannya laju mendail nombor Umar.
"Hello bro, nak minta tolong sikit boleh?" Ucap Mustaqim tanpa mesej tersirat.
"Belikan dua bubur nasi dan satu papan panadol actifast. Nanti satu bubur tu kau hantar ke bilik adik aku, lagi satu kau bagi Acad eh? Sekali dengan panadol tau sebab dia demam."
Jeda.
"Ha okay. Thank you, bro." Panggilan dimatikan sebelum kakinya melangkah ke bilik air.
Gayung diisi dengan air paip dan kain kecil yang tersedia di tepi singki itu dicapai dan dicelup ke dalam air.
Zinnirah didekati sebelum gayung itu diletakkan pada meja sisi. Rambut yang menutup dahi gadis itu disebak ke belakang. Air dari dalam gayung dititiskan menggunakan tangannya ke atas kepala iti sebelum ditepuk perlahan.
Selimut diselak, bermula dengan wajah gadis itu dilap penuh kasih. Turun pula ke leher dan tangannya. Akhirnya, kain itu dilipat bentuk segi empat tepat dan diletakkan pada dahi gadis itu lalu dititiskan air ke atasnya.
Mustaqim menghentikan tindakannya dan hanya memerhati wajah pucat itu.
"Kenapa kerap sangat demam ni, Ji?" Soalnya perlahan kerana dia tahu gadis itu tidak akan menjawab.
Jari adiknya pula dibelek dengan teliti. Cantik jari runcing itu, sesuai dengan wajah jelitanya. Kuku juga berbentuk gelas. Cemburunya seorang Mustaqim kerana bentuk kukunya ialah cawan.
Tak apalah, syukur apa adanya dengan ciptaan Allah.
Mulut yang menguap luas ditutup dengan belakang tangan. Oh, mengantuknya.
Mustaqim bingkas bangun dari duduknya sebelum bergerak ke arah bertentangan daripada tempat duduknya tadi. Badan dibaringkan sebelah Zinnirah sebelum matanya dipejam. Kantuknya menjadi-jadi.
Sementara menunggu kedatangan bubur, lebih baik dia tidur sekejap. Namun bahang badan Zinnirah sangat terasa walaupun tubuhnya dan Zinnirah tidaklah serapat mana.
Haihlah, Zinnirah. Kalau asyik sakit sebegini, hati siapa saja yang tidak gusar? Semoga cepat sembuh adikku. Abangmu ini sudah rindu untuk bergaduh.
Mata itu makin lama makin layu. Tidak perlu menunggu lama, Mustaqim terus hanyut ke alam mimpi walaupun baru beberapa minit meletakkan kepala ke atas bantal.
Sungguh dia sangat barai disebabkan bermain game dengan kawannya yang lain semalam sehingga jam 3 pagi. Absyar pula hanya melakukan kerja sendiri, bukan dia mahu membuang masa dengan permainan video mereka itu.
Dengkuran halus mula terbit daripada bibir merah merekah tanda tidak merokok itu.
Aih, Mustaqim? Tidur lebih daripada orang sakit ni, dah kenapa?
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...