Bab 38 (TW)

1.4K 117 11
                                    

TW: Gangguan seksual, penderaan fizikal

CUTI sekolah dia habiskan dengan menyiapkan tempahan kek yang sudah jarang dia lakukan sejak sibuk dengan akademik.

Duit dikumpulkan demi membayar hutangnya kepada baba. Sepatutnya, bukan dia yang perlu bayar tapi pekerja baba yang mencuri itu. Tapi setiap kesalahan diletakkan ke atas bahunya, Zinnirah hanya redha dan malas mahu menjawab. Karang, dirinya yang teruk dilibas.

Mujur saja duit tabungannya sejak sekolah masih ada untuk dia membayar hutang itu. Dia mahu melunaskan secepat mungkin. Biar hati babanya tenang dan tidak mengganggunya lagi.

Deringan telefon mematikan tindakannya yang sedang menghias kek hari jadi itu. Mata dikerlingkan ke arah skrin telefon sebelum diangkat dan ditekan pembesar suara.

"Hello, assalamualaikum Ati. Ada apa call?" Tanpa bersabar, Zinnirah terus menyoal dengan tangannya laju dan cekap menghias kek itu.

"Waalaikumsalam, akak buat apa?" Soalnya sambil mengunyah keropok di atas katil.

"Akak tengah siapkan tempahan kek, kenapa?"

"Ati nak tempah cupcake boleh, kak?" Atiya tersengih walaupun Zinnirah tidam akan nampak wajahnya itu.

"Boleh. Nak berapa? Nak bila?"

"Nak 10 cupcake red velvet dan 10 cupcake coklat. Nak hari ini boleh kak?"

"Hari ni?!" Terus naik sedikit suara Zinnirah mendengarkan ayat itu. Terhenti terus pergerakan tangannya.

"Ya, hari ni kak. Sorry, maklum lambat." Atiya terus menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila mendengar intonasi Zinnirah yang berubah.

"Kenapa tak bagitahu 5 minit sebelum nak ambil cupcake tu?" Perlu Zinnirah.

Kek yang sudah siap dihias dimasukkan ke dalam peti sejuk. Kek itu akan dihantar petang nanti, selepas asar.

"Sorry akak, ibu baru bagitahu sebab ada tetamu yang nak datang hehe." Atiya mula membela diri.

Zinnirah berdiam diri. Namun diri itu gigih mencari bahan-bahan kek lalu diletakkan ke atas meja. Perasa red velvet dan coklat turut dicari.

"Mujur saja masih ada bahan untuk akak siapkan order Ati. Kalau tak, menangislah ibu nak rasa cupcake akak." Kata Zinnirah lalu tergelak kecil.

"Nasib baik." Atiya turut ketawa seiring dengan tawa Zinnirah. Dalam hati dia berasa bersyukur kerana tidak dimarahi oleh Zinnirah dan tidak akan dimarahi oleh ibu nanti.

"Petang nanti akak hantar, okay."

"Okay, terima kasih akak."

"Okay, bye."

"Bye."

Terus panggilan itu dimatikan oleh Atiya. Zinnirah hanya menggelengkan kepalanya dengan gelagat itu.

Nasiblah awak tu adik akak walaupun awak tak tahu, wahai Atiya.






-----






Selesai saja dia menghantar kek ke rumah pelanggannya, terus Zinnirah merempit ke rumah Atiya walaupun ketika itu sudah jam 6.45 petang.

Ah, nak hantar cupcake ni sekejap saja. Sempat sampai rumah sebelum maghrib.

"Assalamualaikum Ati. Assalamualaikum." Salam diberi sambil memegang kedua-dua plastik yang berisikan kotak kek cawan.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now