ZINNIRAH berdecit perlahan apabila membaca mesej Mustaqim di notifikasinya. Tahu mengarah saja mamat itu.
'Ji, boleh buatkan kerepek pedas pastu pos ke sini? Kerepek kat sini tak sedap :(' - Mustaqim
Itu dia Mustaqim Alwie, berbulan sudah hidup di sana, sekarang pun sudah di penghujung sem 2. Tiba-tiba hari ini meroyan nak kerepek. Takkan mengandung kot?
Dalam bebelan, Zinnirah tetap bersetuju dengan permintaan abangnya itu. Orang yang penat belajar ni perlu dilayan baik. Mungkin apa yang ditolong itu akan menjadi asbab kebaikan berbalik kepada diri sendiri. Manalah nak tahu, kan?
'Okay, tapi hujung minggulah. Ji ada exam minggu ni.' - Zinnirah
'Boleh ja bila-bila. Terima kasih, Ji! Good luck exam ><' - Mustaqim
'Thank you ♡' – Zinnirah
Balasan mesej daripada lelaki itu diabaikan. Telefon diletakkan jauh daripada meja belajar. Doa sebelum dibaca sebelum Zinnirah mula mengulangkaji subjek Pengajian Am.
Hampir setahun dia menjadi pelajar tingkatan enam, semuanya masih lancar buat dirinya. Seronok dengan suasana yanh baru dan dia turut bersyukur dia dapat memahami apa yang guru ajarkan walaupun mengambil masa yang agak lama untuk memproses ilmu itu.
Mama dan baba, hanya menganggapnya sebagai orang asing di dalam rumah itu. Tapi, Zinnirah tidak kisah walaupun sedikit terasa hati. Asalkan mereka tidak memukulnya, dia bersyukur.
Selagi dia ada Mustaqim, Nek Timah dan abangnya, dia masih boleh bertahan. Dia kuat, ya dia kuat.
Minda cuba dikosongkan, perhatian diberikan sepenuhnya kepada apa yang dia baca. Dia mahu mengotakan janjinya pada Mustaqim. Dia mahu dapat keputusan yang terbaik, dia mahu banggakan dirinya sendiri.
Tidak sampai setahun masa yang berbaki untuk dia menduduki peperiksaan besar iaitu, STPM. Jadi, dia perlu buat persediaan rapi. Seperti dulu, belajar merupakan perkara yang Zinnirah paling suka.
Hidup dalam tekanan perasaan dan tekanan belajar sudah sebati dalam hidup seorang Zinnirah Alwie.
Secara tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat, fokusnya mula terganggu. Dia cepat-cepat bangun daripada duduknya, pintu dibuka sebelum terjengah wajah bengis Puan Khalidah.
"Aku dan baba kau keluar malam ni, kami tak balik. Jaga rumah elok-elok, kunci pintu." Terus suara itu menerbu masuk ke telinga Zinnirah.
Dia cuba mengulum senyum. Adakah mama risau akan dirinya?
"Aku tak risaukan kau pun, aku risau rumah ni kena pecah masuk hilang barang aku. Kau hilang tak apa, aku bukan kisah pun." Sambung Puan Khalidah apabila melihat wajah gadis itu menahan senyum.
Apa dia ingat, ini maharaja lawak mega yang nak tahan senyum?
Zinnirah mengemam hebat bibir itu sebelum mengangguk faham. Sudah tidak tahu mahu rasa apa. Sedih pun tidak cuma dia rasa mahu ketawa melihat ekspresi mamanya.
Kalau sayang, baik mengaku sekarang mama. Risau rasa kasih ini bakal hilang bila sudah terlambat.
Zinnirah melangkah mengikut jejak langkah mama dan baba ke arah pintu utama. Apabila kedua-dua gerangan itu sudah selamat masuk ke dalam perut kereta, Zinnirah melambai ceria lalu mengunci pintu rumah.
Apa-apa pun, keselamatan dirinya perlu diutamakan. Tambahan lagi, dia tinggal keseorangan.
Bilik tidur ditujui, dia perlu sambung ulangkaji.
Ada impian yang perlu dipenuhi. Ada cita-cita yang perlu dicapai.
-----
Kertas sudah dikutip, pelajar semua berpusu-pusu bangun untuk meninggalkan kelas. Namun tidak bagi Zinnirah, dia melentokkan kepalanya pada meja. Sakit kepala mula menusuk berserta pinggangnya yang terasa seperti mahu putus.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...