Bab 43 (TW)

1.4K 131 15
                                    

TW: Talking about self-harm, suicidal thoughts, depressive mode

"JI okay ke selama kat sini? Do you feel better?" Tanya Mustaqim kepada Zinnirah yang khusyuk bermain pasir di sebelahnya.

Hari ini, hari keempat baru dua sempat meluangkan masa bersama Zinnirah. Kerana jadual mereka pada hari ini adalah kendiri, jadi dia memilih untuk bersama adiknya.

"Okay, best. Terima kasih bawa Ji ke sini. But if i felt better or not, to be honest Ji tak tahu." Jujur dia berkata sambil menyucuk menggunakan jari istana kecil yang dia bina seorang diri.

"Kenapa tak tahu?" Soal Mustaqim.

"Entah." Bahu dijongketkan. Angin yang bertiup merosakkan bentuk tudung bawalnya. Tapi, Zinnirah hanya redha. Dia tidak mampu melawan angin, jadi biar dia hadap saja angin itu menghempas wajah.

"Ji ada masalah yang Mus tak tahu ke?" Mustaqim cuba menyerkap jarang.

Wajah gadis itu mula berubah dan dia perasan akan hal itu walaupun muka itu hanya menunduk menghadap tanah.

Lengan gadis itu dipegang dan ditarik mendekati dirinya. "Jujur dengan Mus, Ji ada masalah apa?"

"Tak ada, Mus jangan risaulah."

"Mus tak percaya, apa lagi yang mama buat pada Ji? Atau kali ni baba? What he did to you?" Sekali lagi Mustaqim menyerkap jarang.

"Nothing... They did nothing. Don't worry." Tipu Zinnirah sambil memandang ke arah lain. Dia tidak mahu Mustaqim tahu akan hal itu.

Mustaqim menarik lagi tangan itu untuk rapat dengannya. "Betul ni?"

Zinnirah mengangguk perlahan.

"Then, what is this?" Handsock yang dipakai Zinnirah diselak ke atas. Terserlah parut luka hasil torehannya. Parut baru dan juga lama.

Zinnirah menelan liur yang terasa kelat. Tangannya cuba ditarik menjauhi Mustaqim namun lelaki itu menggenggam erat lengannya.

"Mus..." Rengekan itu tidak mampu memujuk hati Mustaqim yang penuh tanda tanya.

"Kenapa? Kenapa Ji buat semua ni? Sejak bila?" Perlahan saja suaranya menyoal Zinnirah. Tutur kata yang lembut sangat diperlukan ketika memujuk Zinnirah.

Matanya memandang tepat mata Zinnirah yang berbolak-balik ke seluruh wajah Mustaqim.

Rasa sebak mula menyelubungi diri Zinnirah. Bawah bibir digigit menahan tangis. Mata bersinar dengan air mata yang bakal menitis pada bila-bila masa saja.

"Sorry..." Hampir tidak terkeluar suara itu namun masih dapat ditangkap pada pendengaran Mustaqim.

"Ji...jawab Mus. Kenapa jadi macam ni Ji? Sejak bila, sejak bila Ji buat benda ni?" Kedua-dua bahu adiknya digenggam erat.

"That's how I'm coping with pain, with my stress. Ji tak tahu, Ji tak perasan. Tiba-tiba benda ni jadi Mus dan Ji tak mampu berhenti. Everything around me is so pressuring, mental Ji... Ji tak tahu, Mus." Banjir pipi itu dengan air matanya.

Tidak disangka hari ini bakal menjadi hari dia terkantoi dengan abangnya sendiri dan Zinnirah tahu, Mustaqim berasa ralat dan kecewa terhadap dirinya.

"Since when?" Getaran pada suara Mustaqim jelas kedengaran pada halwa telinga Zinnirah.

"Lepas ba- about 3 months ago." Mujur tidak terlepas perkataan baba itu daripada bibirnya.

Terus Zinnirah ditarik ke dalam pelukan Mustaqim. 3 bulan jangka masa yang lama dan dia sebagai abang, tidak tahu apa-apa.

Mustaqim berasa sangat teruk.

"What makes you become like this, Ji?" Bergetar suara Mustaqim menahan rasa. Belakang adiknya digosok lembut.

"Ji minta maaf, semuanya berlaku terlampau cepat. Ji pun tak nak terkurung dalam depressive mode ini, Mus. Ji minta maaf." Baju Mustaqim digenggam erat menahan perasaan sedih yang membuak-buak.

Hal ini terjadi selepas kejadian gangguan seksual daripada baba beberapa bulan lepas. Sejak itu, hampir tiap-tiap malam dia bermimpi benda yang sama. Dan ada malam yang dia tidak dapat melelapkan mata langsung.

Dia tidak minta perkara itu berlaku. Dia tidak sedar apabila melakukan hal itu. Kesakitan di tangan itu tidak setanding sakit keadaan mentalnya pada waktu itu.

Dia hanya mahukan sesuatu yang dapat melupakan kesakitan itu. Dan, self-harm satu-satunya cara yang dia jumpa secara tidak sedar. Semuanya berlaku di bawah tindakan warasnya.

"Jangan buat lagi, please find another coping mechanism. I can't see you being hurt like this, Ji." Kata Mustaqim lagi sebelum mengusap belakang kepala adiknya. Mata dikerdip berkali-kali, cuba menghilangkan air mata yang mula berkumpul.

Sebak. Itulah yang dia rasakan sekarang.

"Ji... minta maaf." Ucap Zinnirah sekali lagi.

Pelukan dilepaskan sebelum Mustaqim menghapuskan sisa air mata yang membasahi pipi Zinnirah.

"Bukan salah Ji, balik dari sini kita pergi jumpa doktor okay." Bahu adiknya ditepuk berkali-kali.

"Ji...tak gila." Pintas Zinnirah.

Ya dia tak gila, kenapa perlu berjumpa doktor?

"Siapa cakap Ji gila? Kita pergi jumpa doktor untuk periksa keadaan Ji, untuk bantu diri Ji. Don't ever said that word again, okay?" Lembut Mustaqim berkata, cuba memujuk jiwa adiknya yang parah didera.

"Kalau Ji...ada rekod sakit mental. It will be hard for me to seek for my dream job. Please consider it, for my future Mus." Rayu Zinnirah lagi.

Mustaqim mengeluh perlahan.

"Kalau Ji tak dapat kerja, Mus akan jaga Ji sampai Mus tua."

"Tipu." Laju Zinnirah memotong.

Terus mata Mustaqim memandang wajah suram itu. Mata itu seperti tidak mempercayai kata-katanya.

"Kenapa?"

"Mus tipu! Nanti bila Mus dah kahwin, Mus akan tinggalkan Ji." Jujur Zinnirah berkata daripada hatinya.

"I won't! Mus takkan buat macam. Mus takkan kahwin sebelum Ji kahwin. End of discussion." Mustaqim terus berdiri menjauhi sedikit adiknya itu.

Hatinya panas dengan kata-kata Zinnirah. She's doubting me!

Pandangannya dihalakan terus ke arah laut yang tenang. Mata dipejamkan seketika sebelum dibuka kembali.

Bibir itu mengukir senyuman apabila terlihat cahaya jingga di kaki langit.

Sunset.

Telefon di dalam poket ditarik keluar sebelum aplikasi kamera ditekan. Sudut yang terbaik dicari sebelum dia menangkap beberapa gambar langit yang indah itu.

Subhanallah, cantiknya.

"I'm going to make a beautiful sunset for you, Mus. One day, I'm promise."

Mustaqim yang mengambil gambar sunset terus terhenti. Zinnirah yang berada agak jauh daripadanya didekati dan lengan itu dipegang.

"Ji cakap apa ni?" Mustaqim cuba mencari mata yang sudah kehilangan sinar itu. Hilang sudah marahnya pada Zinnirah tadi.

"I'm going to give you a really pretty sunset... when I'm gone." Kata Zinnirah dengan mata yang masih tertancap pada langit jingga.

"No! I need you here. I need you everytime. I wanna watch the sunset with you, Ji!" Sebu dadanya mendengarkan bicara gadis itu.

Sudah hilang akalkah dia?

"Ji banyak sangat menyusahkan Mus. You should focus on your life, not me. Ji minta maaf." Zinnirah terus tunduk menekur pasir.

"Ji, penat. Penat sangat."

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now