Bab 58

1.6K 128 11
                                    

TANAH merah yang masih lembap dengan siraman air tadi ditatap lama oleh Mustaqim. Dia tidak sangka nenek akan pergi secepat ini. Semuanya berlaku dalam kadar yang sangat pantas sedangkan otaknya sudah tidak mampu memproses apa yang sudah berlaku.

"Mus, jom." Ajakan itu mampu menerbangkan mindanya yang sudah ralit. Wajah Absyar dipandang sebelum rasa bersalah menyerbu dalam dada.

"Mus, kenapa semua jadi huru-hara macam ni?" Zhafran yang berdiam diri semenjak semalam mula membuka mulut. Lengan adiknya itu dipegang sebelum mata mereka bertaut.

Wajah Mustaqim kelihatan kusut dengan lingkaran hitam di bawah mata yang agak menyerlah pada pandangannya.

"Takdir, bang." Pendek dan padat jawapan Mustaqim berikan.

"Mus, tolonglah beritahu perkara sebenar. Kenapa mama dan baba kena tahan? Kenapa nenek meninggal? Mana Zinnirah?" Bertubi-tubi soalan itu terpacul dari bibirnya.

Mustaqim mengeluh perlahan. Absyar terus meninggalkan mereka berdua sebelum bergerak ke kereta Mustaqim yang diparkir di luar kawasan perkuburan. Dia sedar, dia tidak patut berada di situ.

"Mama dan baba, kena tahan atas sebab mendera dan merogol Ji. Bila nenek dengar hal ni, nenek terkejut. Nenek kena serangan jantung dan tak mampu bertahan. Dan Zinnirah...kritikal." Jawapan itu menyebabkan Zhafran berasa tidak dapat berpijak pada bumi yang nyata. Apa semua ni?

"Jangan mereka cerita, Mus." Bergetar bibirnya menahan rasa keliru dalam hati.

"Suka hati abanglah nak percaya atau tak, bukti semua dah ada. Cuma abang jangan sesekali masuk campur dalam siasatan polis, biar mereka yang selesaikan." Sudah tiada riak pada wajah Mustaqim ketkka itu.

"Nanti abang rehat di rumah nenek, rumah kita masih dalam siasatan polis." Sambung Mustaqim lagi.

Zhafran mengeluh kecil sebelum mengangguk tanda faham. Susahnya untuk dia menelan realiti. Sakitnya Ya Tuhan...

"Baba... Baba! Tuan jangan bawa baba Ati!" Kedengaran suara tangisan itu dari kawasan kereta polis yang diparkir berhampiran tapak berkuburan.

Ya, mama dan baba turut hadir majlis pengebumian nenek. Namun, ditemani pihak polis.

Gadis yang menangis sambil memeluk Encik Alwie itu dipandang dengan kerutan di dahi. Oh, jadi itulah adiknya juga?

"Maaf dik, lepaskan ayah adik ya. Ayah adik tak boleh lama-lama di luar kawasan balai." Pujuk salah seorang pegawai polis di situ.

Mustaqim hanya memeluk tubuh, memandang drama itu dari jauh. Masih ada lagi drama dalam drama?

"Baba saya tak salah tuan, kenapa tangkap baba saya?" Basah sudah muka itu dengan air mata. Puan Salwa hanya mampu menahan tangis sendiri melihat kelakuan anaknya yang sememangnya manja dengan sang suami.

"Ya sayang, baba tak salah. Zinnirah tu yang jahat, Ati." Balasan daripada Encik Alwie itu benar-benar mendidihkan rasa amarah dalam diri Mustaqim. Apa yang lelaki tua itu cuba lakukan? Tanamkan rasa benci dalam diri budak itu?

"Dah, masuk!" Salah seorang polis di situ terus menolak baba masuk ke dalam kereta polis sebelum meninggalkan kawasan itu.

Esakkan Atiya masih kedengaran di kawasan perkuburan itu. "Baba!"

"Ati... Jangan macam ni, Ati. Tak baik meraung." Teguran daripada Puan Salwa hanya diabaikan oleh Atiya.

Mustaqim mula melangkah meninggalkan Zhafran dan mendekati dua beranak itu. "Assalamualaikum, ni keluarga kedua Encik Alwie ke?" Tanpa basa-basi, dia terus menyoal.

"Waalaikumsalam ya betul. Awak, anak Khalidah kan?" Puan Salwa menyoal kembali.

Mustaqim hanya mengangguk sebelum menjeling sedikit gadis di dalam pelukan ibu tirinya.

"Jadi, ni adik saya?" Soal Mustaqim lagi.

"Y-ya."

"Oh, apa nama awak? Nama abang Mustaqim." Mata masih memandang ke arah wajah polos yang sudah merah dan comot dengan air mata.

"At-Atiya." Balas Atiya dalam sedu yang masih tersisa.

"Oh, sedap nama. Lepas ni Atiya kena ingat, Atiya ada 2 orang abang dan seorang kakak dalam hidup Atiya." Atiya hanya tergamam mendengarkan kenyataan Mustaqim itu.

"Oh ya satu lagi, abanglah yang masukkan baba awak dalam penjara." Senyuman kecil terukir di hujung bibir Mustaqim.

Mata Atiya terus terbeliak. Wajah Mustaqim dipandang lama. "Kenapa? Abang anak dia, kenapa buat macam tu pada baba!" Terus dia meluru pada Mustaqim dan dada lelaki itu dipukul.

Mustaqim yang geram terus memegang kedua-dua belah lengan gadis itu. Matanya mencerlung tajam menikam mata yang masih berkaca itu.

"Kau datang ke hospital dan tengok dengan mata kepala kau sendiri keadaan Zinnirah. Kau kena tengok apa yang baba kesayangan kau dah buat pada Zinnirah. Aku cabar kau untuk pergi melawat kakak kau. Kakak yang tak pernah dapat kasih sayang baba sebagaimana kau dapat daripada lelaki tu." Gigi diketap kuat.

"Tapi baba cakap dia tak salah. Kak Ji yang jahat." Balas Atiya berani.

"Ada ke orang jahat yang mengaku dia buat jahat?" Senyuman sinis mula terukir.

"Abang tipu." Kata Atiya dengan bibir yang bergetar menahan tangis.

"Aku tipu atau tak, kau akan tahu nanti. Baba kau penjenayah atau tak, kau pun akan tahu nanti. Buka minda, kau bukannya bodoh untuk tak faham dengan apa yang terjadi. Jangan jadi bodoh, Atiya." Serentak itu, Mustaqim terus bergerak meninggalkan Puan Salwa dan Atiya di situ.

Nafas dihela berat apabila kedengaran suara tangisan gadis itu di belakang.

'Maaf Atiya, minda kau sudah diselaputi oleh penipuan baba. Kau kena keluar daripada dunia penuh penipuan itu, realiti tentang baba kau memang menggilakan...'

Pintu keretanya dibuka. Silap, pintu kereta peninggalan baba dibuka sebelum dia melabuhkan punggung di bahagian penumpang hadapan. Badan terus disandarkan ke kusyen sebelum tangan dibawa ke dahi, memicitnya perlahan.

"Nak makan tak, Mus?" Soalan daripada Absyar itu menambahkan kerutan di dahi licinnya.

"Peliknya soalan kau, selalunya orang tanya 'kau okay ke tak?' tapi kau tanya tentang makan?" Absyar yang tersengih dipandang pelik.

"Falsafah hidup aku, tend to be different. Lagipun, buat apa aku tanya kau okay ke tak sedangkan kau memang kurang okay pun." Terang Absyar sebelum memulakan perjalanan mereka.

"Kau ni memang brother aku lah, bro." Mustaqim terus tersenyum kecil. "Tapi aku tak rasa nak makan. Aku nak pergi jumpa Zinnirah je."

"Tahu, tapi dari semalam kau tak makan. Kalau sakit, siapa nak tengokkan Zinnirah? Kau izinkan aku jaga dia ke? Kalau kau kasi, aku okay je kalau kau nak pengsan seminggu pun." Bidas Absyar selamba.

"Aku masih boleh jaga dia lah, kau jangan ngada-ngada. Kau bukan mahram adik aku." Mustaqim menjeling Absyar sebelum mencebik.

"Ha tahu pun, aku saja usik kau. Nak tengok, otak kau masih berfungsi atau tak. Jadi, jom kita pergi makan sebelum jaga Zinnirah." Pujuk Absyar sekali lagi.

"Ish ya lah."

"Even you can't resist me~" Absyar sudah masuk mood mengusiknya.

"Gelilah Cad." Mata ditutup, dia mahu melelapkan mata untuk seketika demi menghilangkan penat yang dia rasa sejak semalam.

"Jangan geli sangat, nanti aku nak jadi adik ipar kau." Balas Absyar perlahan sambil tersengih.

"Apa kau cakap?" Tanya Mustaqim apabila dia terdengar Absyar seperti bercakap sesuatu namun tidak jelas.

"Eh tak ada apa, tidur-tidur. Nanti sampai aku kejut."

"Okay."

"Fuh, nasib baik." Absyar mengurut dadanya perlahan. Tidurlah wahai Mustaqim sementara nak mencari kedai makan di sini.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now