Bab 5

1.6K 154 26
                                    

TELEFON yang berdering hebat itu mengganggu konsentrasi Zinnirah yang sedang mengira harga barangan yang dibeli pelanggan di kedai babanya.

Sesekali matanya mengerling skrin telefon sebelum kembali melayan pelanggan di kedai runcit itu. Senyuman manis diberi setelah selesai aktiviti jual beli.

Jam di dinding diperhati seketika.

3.45 petang.

Alhamdulillah, dah tak ada pelanggan yang datang. Bolehlah dia berehat sekejap. Semua benda Zinnirah perlu handle seorang diri di kedai ini, memang semputlah juga dia.

Telefon yang berbunyi sekali lagi diangkat.

"Hello assalamualaikum abang." Zinnirah tersenyum lebar apabila melihat nama abang sulungnya di log panggilan.

"Hah, dah sampai rumah? Ji ada di kedai baba sekarang ni bang." Dahinya mula berkerut mendengar ayat yang keluar dari bibir Zhafran di corong telefon.

"Kenapa tak bagitahu Ji yang korang balik harini? Kalau tak, Ji selitkan kunci di rumah." Kepala yang berlapik tudung sarung kelabu digaru perlahan.

"Okaylah kalau macam tu, tunggu kejap ya. Ji nak tutup kedai lepastu Ji terus balik rumah." Selari dengan ayatnya itu, Zinnirah terus mengeluarkan semua duit daripada mesin wang dan dimasukkan ke dalam beg kerjanya. Kunci kedai dilaci diambil. Handphone dikepitkan antara telinga dan bahu.

"Okay, okay. Ji end call dulu ya bang. Bye, assalamualaikum."

Telefon dimasukkan ke dalam poket seluarnya lalu semua suis dikedai itu ditutup kecuali suis peti sejuk. Pintu besi ditarik dan dimangga dengan rapi.

Motorsikal ditujui dan dihidupkan enjin. Dengan lafaz basmallah, Zinnirah bertolak pulang ke rumah. Perasaannya sekarang tidak dapat digambarkan. Entah gembira atau gementar. Dia pun tak pasti.

Sesekali nafas panjang dihela. Tiga hari ditinggalkan bersama Nek Timah, Zinnirah berasa lebih aman. Kini, dia terasa akan kembali ke neraka dunia.

Neraka ciptaan mama dan babanya.


-----


Motorsikal dibelok masuk ke halaman rumahnya. Kelihatan kereta abang sulungnya, Zhafran dan juga ahli keluarga yang lain di situ.

Wajah baba dan mama seperti biasa, tiada langsunh senyuman untuk insan bernama Zinnirah. Mustaqim hanya tersengih memandang kembarnya itu dan Zhafran tersenyum manis gaya seorang lelaki maskulin.

"Assalamualaikum, maaf Ji lambat. Dari kedai tadi." Katanya seusai turun daripada motor dan bergegas membuka pintu rumah mereka. Wajah mamanya yang masam bukan petunjuk yang baik untuk dia terus berbasa-basi di situ.

"Waalaikumsalam, tak apa Ji. Abang faham je. Dah jom masuk." Kata Zhafran sebelum menarik lengan Zinnirah untuk masuk ke dalam rumah mereka.

"Abang masuklah dulu, Ji nak pergi ambil nenek. Nenek cakap kalau korang dah balik, Ji kena terus pergi ambil dia." Laju bibir mungil itu menerangkan perihal nenek kepada abangnya dan juga Mustaqim yang elok bersandar di bingkai pintu utama.

"Okaylah kalau macam tu, abang masuk dulu lah ya. Mus, jom masuk."

Zinnirah hanya mengangguk sebelum tergelak kecil melihat telatah Mustaqim yang menunjukkan satu plastik coklat kepadanya.

"Hoi Zinnirah, yang kau tercongok dekat depan pintu tu buat apa? Dah tak reti-reti nak buatkan kami air ke? Haus tau tunggu kau yang berjam-jam nak datang untuk buka pintu rumah pun." Nyaring suara itu membantutkan langkah Zinnirah yang baru saja menapak ke arah motorsikal.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now