Bab 15

1.4K 137 21
                                    

"MANA Ji?"

"Amboi abang, masuk tak bagi salam. Mama sendiri pun tak dicari, apa yang bagus sangat cari perempuan tu?" Bidas Puan Khalidah apabila Zhafran yang baru tiba terus mencari anak tak guna itu.

"Sorry mama, assalamualaikum syurgaku." Zhafran terus mencapai dan mengucup lembut tangan mamanya. Dahi tua itu turut dikucup penuh kasih sayang.

"Abang cuti berapa lama?" Tanya Puan Khalidah seraya menarik tangan anak sulungnya ke arah sofa. Dia mahu bersembang lama dengan anak itu.

"Empat hari je, ma. Rabu kena balik sana sekejap."

"Aih, balik sana pula?"

"Ya, nak kena siapkan hal kerja. Jadi, dalam empat hari ni abang nak siapkan barangan hantaran yang bersisa tu. 2 minggu lagi dah nak nikah, takut tak siap pula." Terang Zhafran meluaskan rasanya.

Gementar, sudah semestinya. Dia bakal berkahwin dengan Zulaikha pada Junaat, dua minggu lagi.

Lup dup lup dup rasa hatinya sepanjang minggu.

"Tinggal lagi dua barang je bang, yang lain semua dah siap. Abang pergilah tengok dalam bilik tu, lawa bukan main hasil gubahan Cik Zinnirah Alwie kita." Mustaqim tiba-tiba menyelit sebelum menyalam tangan abangnya. Dia terhenyak duduk bersebelahan Zhafran.

"Ji yang gubah?" Tanya Zhafran dengan nada terkejut.

"Ya."

"Pandai-pandai je, Mus. Mama dengan nenek kau yang banyak menabur tenaga, si Zinnirah tu pula yang dapat nama." Puan khalidah berdecit menahan geram.

Zhafran hanya ketawa melihat respon mamanya.

"Ya mama, siapa pun yang buat, abang hargai sangat-sangat. Hasil tangan mama, nenek dengan Ji sudah semestinya cantik. Sesuai dengan wajah bidadari-bidadari abang yang cantik." Pujian itu mampu mengembangkan hidung Puan Khalidah. Anak sulungnya itu memang pandai mengayat. Peha anaknya dicubit manja.

"Aduh, jangan dicubit peha yang berharga ini, ma. Mahal harganya sebab peha manis  inilah yang bakal dinikahi nanti."

"Jangan melalutlah, bang. Apa bendalah yang abang cakap, satu pun Mus tak faham." Kepalanya digelengkan perlahan melihat karenah abang sulungnya.

Mungkin hidup sebagai anak tunggal selama 12 tahun sebelum kedatangan Mustaqim dan Zinnirah menyebabkan dia agak manja sebegini. Jadi, mereka sebagai adik perlu menghadap perangai luar alam itu walaupun bukan sering berjumpa.

Terpaksa, ya terpaksa.

"Abang nak makan apa, nanti mama masak. Boleh ajak nenek sekali." Tanya Puan Khalidah sambil tersenyum. Entah kenapa, dia rasa bahagia melihat muka Zhafran dan Mustaqim. Tapi hatinya panas melihat wajah Zinnirah.

"Sebab tulah abang cari Ji, ma. Abang nak minta dia buat mi kari. Mengidam hehe."

"Nak masakan dia juga? Dah tak nak makan masakan mama?" Suara tua itu kedengaran seperti berjauh hati.

"Bukanlah ma, abang tak nak mama letih masak. Mama pun bukannya muda mana dah pun. Biarlah Ji yang masak, bakat yang dia ada kena asah. Jangan dipendam." Lengan mamanya diusap perlahan untuk dipujuk.

Orang tua tidak boleh diterang dengan nada keras, mereka mudah terasa hati. Jadi, cara yang lembut selalu digunakan oleh Zhafran dalam memujuk. Pembetulan, memujuk mahramnya.

"Hmm, okaylah macam tu."

"Okay sekarang ni, mama kena tunjuk pada abang gubahan hantaran. Jom, cepat mama." Lengan mamanya ditarik lembut supaya berdiri lalu mereka berdua beriringan bergerak ke arah bilik Zhafran. Dia terlalu teruja untuk melihat hasil gubahan hantaran itu.

Mesti cantik!

Mustaqim yang dari tadi memerhati hanya menjuihkan bibir. Malas dia mahu turut serta. Jam yang sudah menunjukkan pukul 5.30 petang itu ditenung lama.

Mana Zinnirah ni? Takkan tidur lama sampai macam ni sekali? Gadis itu bukan jenis yang tidur siang.

Demam dia datang balik ke?

Terus Mustaqim bangkit daripada duduknya sebelum menuju ke bilik Zinnirah.

Tombol dipulas, berkunci. Pintu diketuk bersama iringan nama gadis itu, tidak berjawab. Sekali lagi, pintu itu diketuk dan menunggu panggilannya berjawab namun hampa.

Almari kaca di ruang tamu ditujui, kunci yang terletak dalam rak dicapai sebelum dibuka kunci pintu bilik Zinnirah.

"Ji, Mus ni." Pintu bilik ditutup kembali sebelum dia mendekati gadis yang berselubung dalam selimut. Hanya rambut gadis itu yang kelihatan.

"Ji." Katil gadis itu didaki sebelum Mustaqim turut bersandar pada kepala katil. Selimut ditarik ke bawah. Belakang tangan dilekapkan pada dahi Zinnirah.

Panas membahang.

"Ji, boleh dengar tak suara Mus? Ji!" Badan adiknya digoyangkan dan pipi yang dipenuhi ruam itu ditepuk untuk menyedarkan gadis itu. Dia tak tahu sama ada Zinnirah tidur ataupun pengsan.

Bahang yang keluar daripada badan Zinnirah terasa di kulit Mustaqim. Selimut itu turut berasa panas. Hati lelaki itu mula rasa tidak sedap.

Dengan langkah pantas, katil diterjun laju, pintu bilik dibuka seperti mahu roboh dan abangnya dicari. Zinnirah perlu dibawa ke hospital.

"Abang! Abang!" Lelaki yang masih berseronok melihat barang hantarannya terkejut dengan sergahan Mustaqim. Mamanya turut berkerut dahi memandang anak keduanya itu.

"Kenapa?"

"Ji, jom hantar Ji ke hospital bang!"

"Kenapa dengan Ji?"

"Cepatlah bang! Ji pengsan ni!"

"Hah?"

Bingkas Zhafran bangun dan mengikut jejak langkah panjang Mustaqim. Hatinya turut risau dengan adik perempuannya itu.

"Ji, abang ni, Ji." Pipi gadis itu ditepuk oleh Zhafran namun responnya masih sama, tiada balasan.

"Mus, ambil dompet dan handphone Ji. Kita ke hospital sekarang." Tubuh kecil gadis itu terus digendong keluar menuju ke keretanya.

"Mus, buka pintu. Masuk."

Dengan gelabah, dompet dan telefon gadis itu dikepit bawah ketiak. Pintu belakang dibuka dan dia terus duduk tanpa banyak soal. Zhafran terus membaringkan Zinnirah dengan kepalanya di riba Mustaqim.

"Cepat, bang."

"Ya, bismillah."

Wajah Zinnirah sesekali dilihat melalui cemin pandang belakang. Bibirnya tidak lepas daripada berdoa, mendoakan keselamatan Zinnirah dan perlindungan untuk perjalanan mereka.

Rambut Zinnirah diusap lembut oleh Mustaqim. Matanya tetap tertancap pada wajah itu, pucat sekali kulit Zinnirah.

Hati bagai dijentik rasa bersalah. Dia sudah tahu Zinnirah sakit berminggu-minggu tapi kenapa dia tak paksa gadis ini ke klinik.

Bibir mula tersebek menahan tangis.

Bertahan, Ji. Tolong bertahan.

Ya Allah, permudahkankan urusan Zinnirah.

Tangan gadis itu digenggam erat. Panas, kulitnya seakan baru saja dikeluarkan daripada ketuhar.

Selamatkanlah Zinnirah, Ya Allah.

Aku takut Ya Allah, takut kehilangannya.

Mustaqim turut tidak henti mendoakan keadaan Zinnirah.

Bantulah dia, Ya Allah. Hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan.









Selamat Hari Raya semuaaaa.
Jangan makan daging banyak sangat ><



SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now