Bab 16

1.4K 144 10
                                    

KAKI Mustaqim tidak henti-henti bergedik di lantai wad kecemasan hospital itu. Hatinya cemas. Sesekali kepala diintaikan ke arah katil hospital yang teratur banyak untuk melihat Zinnirah. Namun yang dia nampak hanyalah doktor dan jururawat yang tidak menang tangan merawat gadis itu.

Zhafran pula tengah melakukan pendaftaran di kaunter. Mujur saja mereka sempat bawa dompet gadis itu.

Sesekali telefon di dalam poketnya berdering namun diabaikan dek kerana mahu menyelesaikan hal Zinnirah secepat mungkin. Dia tahu, yang menelefon itu mamanya. Kejap lagi, Zhafran akan menelefon kembali.

"Terima kasih." Senyuman diberikan sebelum dia bergerak ke arah Mustaqim yang duduk bersandar di bangku hospital.

"Mus." Bahu itu ditepuk menyebabkan lelaki itu mengalihkan perhatian ke arah dirinya.

"Jangan risau sangat, insya Allah tak ada apa-apa. Zinnirah cuma demam panas tu, kita bersangka baik okay?" Zhafran cuba menenangkan hati adik lelakinya walaupun hatinya juga berdebar seperti mahu meletup.

"Macam mana Mus tak risau sedangkan Mus tahu dia dah sakit lama? Mus tak boleh nak husnudzon sekarang ni, abang.

Abang tak nampak ke muka Ji ada ruam merah tadi? Dia tak pernah macam tu sebelum ni. Ji tak pernah sakit sampai lembik macam tadi, abang. Macam mana Mus tak risau, dia adik Mus." Wajah abangnya ditatap lama, minta untuk difahami rasa hati ini.

"Abang faham, Zinnirah adik abang juga. Mustaqim pun adik abang juga, jadi janganlah salahkan diri walau apapun yang terjadi. Faham?" Kepala adiknya diusap dengan penuh kasih.

Dua orang itu sangat rapat seperti belangkas. Mereka banyak menghabiskan masa bersama. Zhafran tidak sanggup melihat salah seorang daripada mereka menyalahkan diri dengan apa yang bakal terjadi. Dia cuba mengajar adik-adiknya supaya mereka boleh terima takdir Allah.

"Faham." Pendek saja jawapan Mustaqim. Otaknya seakan kurang berfungsi ketika ini.

"Mama mesej, suruh kita balik sekarang." Kata-kata yang keluar daripada mulut Zhafran setelah berdiam diri sekian lama menyebabkan Mustaqim kembali berpaling ke arah abangnya. Dahi berkerut seribu.

"Jadi... Abang nak balik? Sekarang?" Soalanya dengan nada kurang percaya.

"Kalau Ji dah okay, kita baliklah. Lagipun kat sini ada doktor dan nurse yang boleh tengokkan Ji. Tak ada apa yang perlu dirisaukan."

"Okay, kalau abang nak balik, abang baliklah. Mus nak teman Ji malam ni." Kata Mustaqim seperti menahan rasa sakit hati.

"Mus, mama suruh KITA balik. Bukan abang sorang." Perkataan kita ditekan.

"Ji needs me and I don't have to worry about mama. She have you and baba tonight. Tolong faham, abang." Nada suara cuba ditahan untuk tidak berkelakuan kurang ajar dengan abangnya. Dia cuba bersabar.

Umur dah 28 tahun pun masih tak boleh nak kawal dan pujuk mama ke? Zinnirah sakit pun boleh dia rasa nak balik sekarang? Tunggu je lah sekejap sampai doktor keluar, itu pun susah ke?

Kata-kata itu hanya terluah dalam hati seorang Mustaqim. Dia geram dengan abangnya.

"Mus, abang nak jawab apa dengan mama baba malam ni?"

"Abang, you're 28 years old already. Tolonglah jangan macam ni. Abang tak kisah langsung ke perihal Ji. Abang tak sayang Ji langsung ke, bang?" Suaranya bergetar menahan rasa sedih dan marah. Mata yang berkaca dikebilkan beberapa kali.

"Jangan cakap tu Mus, abang sayangkan Ji sama macam abang sayang Mus. Dia adik abang, sudah semestinya abang sayang dia. Tapi, syurga kita pada mama. Abang—"

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now