HARI kedua di Pulau Perhentian, baru mereka semua dapat melihat wajah Zinnirah. Hari pertama gadis itu dihabiskan di dalam bilik dek kerana masalah kesihatan.
Zinnirah hanya tersenyum kecil sebelum bergerak ke arah makanan. Perutnya berkeroncong menahan lapar.
Pinggan diambil, diisi dengan nasi, lauk dan ulam-ulaman. Dia benar-benar lapar apabila sudah sehari semalam hanya menjamah bubur yang dibeli oleh Mustaqim.
Mana maunya makan bubur saja, dia perlukan nasi.
Meja kosong ditujui sebelum dengan lafaz basmallah, Zinnirah mula menjamah makanan itu. Hanya dia seorang di meja itu, berbeza dengan meja lain yang penuh dengan riang ria suara keluarga mahupun rakan.
Kunyahan menjadi perlahan sebelum dia tersenyum kecil melihat telatah anak kecil itu. Comel.
Usai saja dia makan, terus Zinnirah membayar harga makanannya dan terus keluar daripada restoran itu.
Persisiran pantai didekati sebelum dia berjalan seorang diri di situ. Angin yang kuat menyebabkan dress yang dia pakai terbuai ditolak angin. Tudung juga ditarik ke hadapan bagi mengelakkannya melekat pada bahagian dadanya.
Redup suasana ketika itu. Ya lah, waktu dia keluar daripada bilik tadi jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.
Kedengaran suara jeritan dan gelak ketawa Mustaqim dan rakan-rakannya yang seronok beraktiviti di dalam air. Nampak gayanya, mereka akan snorkeling.
Zinnirah hanya menjongketkan bahu tanda malas mahu mengambil tahu hal mereka. Seperti yang dia janjikan dengan Mustaqim, dia tidak akan mengganggu apa-apa aktiviti mereka. Dia hanya mahu mendapatkan ketenangan dengan menghadap laut.
Jujur, ini kali pertama kakinya menjejak di atas tanah pasir. Ini juga kali pertama bagi Zinnirah dapat melihat dan mendengar suara ombak sedekat ini.
Zinnirah mencari satu tempat yang dilindungi batu-batuan sebelum dia melabuhkan punggung berdekatan gigi air.
Sandal yang dipakai dicabut dan diletakkan ke tepi. Zinnirah terus memeluk lutut dan meletakkan dagunya ke atas lutut sambil mata itu merenung ke arah laut dalam.
Angin yang bertiup kuat hanya dibiarkan oleh Zinnirah. Awning tudung sudah rosak namun dia hanya mengendahkannya.
Dia hanya mahu menikmati keindahan alam. Desiran pantai yang menenangkan. Ombak kecil yang bergelora.
Matanya tetap menatap ke tengah laut tanpa apa-apa reaksi. Setiap apa yang berlaku di sekelilingnya hanya diendahkan. Dia bagai dipukau dengan garisan pertemuan lautan dan langit itu.
Bolehkah untuk dia ke sana?
Dia juga tidak tahu.
Apa yang dia tahu, hati yang ceramuk ini perlu ditenangkan.
Memang dia cuba lari daripada masalah. Tapi salahkah dia melakukan itu demi kesejahteraan dirinya sendiri?
Cuma sekejap saja masa yang dia mahu untuk meneutralkan semuanya kembali.
Mental dan jiwanya dalam keadaan yang sangat teruk pada ketika itu. Dia sedar akan hal itu.
Jadi, hanya ketenangan yang dia pinta.
Itu sahaja.
-----
"Can I sit here?" Gadis yang ralit menghadap laut itu ditegur oleh Absyar.
Sudah sekian lama dia memerhatikan gerak-geri gadis itu yang seperti tiada arah. Kali ini, dia beranikan dirinya untuk menegur sang gadis.
Teguran itu menyebabkan Zinirah terus mengalihkan pandangannya ke sisi untuk melihat gerangan itu. Wajahnya berkerut dek disapa matahari yang memancar menikam mata. Mata bulat itu terus menjadi sepet.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...