"SELAMAT pengantin baru! Semoga bahagia hingga ke syurga." Anis tersenyum lebar apabila berkesempatan bersua muka dengan rakan sekelasnya yang hampir 10 tahun tidak berjumpa.
Mempelai yang berpakaian melayu tradisional berwarna biru tua itu memang tak dapat mengalihkan mata sesiapa yang memandang mereka. Sungguh cantik dan kacak pasangan pengantin itu bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua.
Anis juga sangat asyik memerhatikan mereka berdua yang bersanding di atas pelamin tanpa hilang senyuman di bibirnya. Sama cantik, sama padan.
Zinnirah yang melihat gerangan yang menegurnya itu terus turun daripada pelamin dan mendekati rakannya itu. Terkejut, itu yang dia rasakan sekarang.
"Terima kasih, Anis. Maaf lama tak contact kau lepas kita habis SPM." Kata Zinnirah sambil memegang lengan Anis yang elok tersenyum di hadapannya. Jujur dia katakan, Zinnirah langsung tidak berhubung dengan mana-mana rakannya selepas habis sekolah. Mujur saja ada Mustaqim yang social butterfly, dapat juga dia bertemu dengan rakan lamanya.
"Tak apa, aku faham je. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri." Balas Anis sambil mengusap lengan Zinnirah.
"Kau cantik, Ji. Sumpah aku cakap, kau cantik sangat-sangat." Ucapan Anis itu menyebabkan Zinnirah tercengang.
"Ya Allah, mana ada... Kau lagi cantik." Puji Zinnirah semula.
"Ya, isteri aku memang cantik, Ji." Teguran itu menyebabkan kedua-dua orang itu mengalihkan pandangan ke arah suara itu.
Kelibat lelaki yang Zinnirah sangat kenal sedang mendekati mereka sambil memegang tangan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 4 tahun, "Megat?"
"Ya, aku Megat." Lelaki itu tersenyum kecil.
"Ya Allah, korang suami isteri?" Membulat terus mata Zinnirah apabila dia menerima anggukan daripada kedua-dua gerangan yang berbaju sedondon itu.
"Weh, aku tak sangka korang kahwin sebab Anis ni anti sangat dengan kau dulu, Megat." Omongan Zinnirah itu menyebabkan mereka bertiga ketawa secara tiba-tiba. Ya, kisah Megat dan Anis - from enemy to lover.
"Dah jodoh, Ji." Jawapan pendek Megat menyebabkan Zinnirah tersenyum kecil.
"Hi, assalamualaikum." Sapaan itu menyebabkan mereka bertiga terhenti bersembang dan memandang ke arah gerangan yang mendekati mereka. Atau yang sebenarnya, mendekati Zinnirah.
"Waalaikumsalam, ini ke cik abang Ji?" Tanya Megat sambil menghulurkan tangan pada Absyar yang tersenyum. Lelaki itu kelihatan sungguh kacak bergaya dengan berbaju melayu songket, bersamping dan bertanjak.
"Ya, saya Absyar."
"Megat, ex classmate Ji. Ini isteri saya, Anis. Ex classmate Ji juga." Terang Megat ramah.
"Oh, jadi mini reunion lah kiranya ni?" Absyar cuba berbasa-basi sambil merapatkan dirinya dengan Zinnirah yang berdiri bagai patung cendana.
"Boleh dikatakan macam tu cuma tak cukup lagi sorang sebab dia di luar negara." Potong Anis sambil mendukung anaknya yang sudah mula meragam.
"Tik ke?" Soal Zinnirah.
"Ya, dia kerja di Dubai sekarang. Dia pun minta maaf sebab tak dapat hadir kenduri kau." Terang Anis.
"Oh tak apa, aku faham. Terima kasih maklum." Balas Zinnirah sambil tersenyum kecil. Salah dia juga tidak pernah berhubung dengan rakan-rakannya yang lain.
"Sama-sama, Ji. Anything for you." Balas Anis, "Kami minta diri dulu ya? Anak meragam pula." Sambung Anis apabila si anak mula merengek.
"Terima kasih datang majlis aku, Anis. Minta maaf segala yang kurang." Sesi salam cium pipi terjadi sebelum keluarga itu mula mengundurkan diri untuk pulang.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...