"OKAY ke hidup sebagai budak degree alias budak medik?" Tanya Zinnirah sambil tangannya masih laju menyental belakang periuk neneknya. Bibir itu tersengih apabila terdengar keluhan disebalik telefon pintar yang dibuka pembesar suara itu.
"Mus ni tinggal nak jawab lagi satu paper tau untuk final exam, Ji baru nak tanya macam mana keadaan Mus di sini? Apa punya adiklah dia ni." Terdengar dengusan rajuk lelaki itu.
Zinnirah terus tersenyum simpul sebelum tawanya terlepas kuat. Sumpah, Mustaqim ni baru buka mulut pun seorang Zinnirah dah bahagia.
"Sorrylah Mus, Ji terlupa. Janganlah marah, budak medik hati kena kental bukannya kuat merajuk macam Mus." Ujar Zinnirah sebelum sekali lagi tawanya terhambur. Perut yang keras dipegang sebelum dia menarik kerusi untuk duduk berdekatan dengan telefonnya.
"Seronok ke gelakkan abang sendiri?" Mustaqim berdecit sebelum menggulingkan matanya ke atas. Sakitnya hati mendengar tawa ejekan Zinnirah itu.
"Seronok, sebab dengan abang Ji yang ni je Ji boleh suka-suka." Jujur Zinnirah sebelum pembesar ditutup lalu telefon itu didekatkan ke telinganya.
"Ya lah tu."
"Betullah, tak percaya sudah."
"Ji, hal haritu... Mama dah okay?" Mustaqim tiba-tiba menyoal apabila suasana menjadi diam.
"Alhamdulillah, mama dah okay. Hari tu mama tertekan sangat sampai darah tinggi dia naik. Sekarang dah okay, mulut pun berbisa macam selalu." Zinnirah tersengih dengan ayat terakhirnya. Berani pula kata mama begitu.
"Alhamdulillah, time abang bagitahu hari tu, Mus tak senang duduk tau. Rasa nak balik tapi exam baru start, Mus rasa bersalah sangat." Kata Mustaqim sebelum dia bersandar pada kepala katil. Sesekali matanya menjeling Absyar yang masih tidur di katilnya sendiri.
Lelaki itu, kalau tak ada di katil mesti dia ada di meja belajar. Dasar beruang kutub.
"Jangan rasa bersalah Mus, tak ada apa pun. Semuanya okay, mama pun okay." Senyuman kecil terukir dihujung bibir.
"Ji okay tak?" Soalan biasa yang mampu menderaikan air matanya pada bila-bila masa sahaja.
Terkelip-kelip mata itu memikirkan jawapan untuk soalan Mustaqim itu. "Ji...okay je Mus." Hanya itu yang terbit daripada bibirnya. Mana mungkim dia mengadu pada Mustaqim perihal baba mencurahkan air panas padanya sedangkan lelaki itu sedang serabut dengan akademiknya.
"Dengar suara pun Mus dah tahu, Ji menipu. Ceritalah, Mus dengar." Pujukan lelaki itu serta-merta membuatkan bibirnya tersebik menahan tangis.
"Mus..."
"Ya...Ceritalah." Lembut suara itu memujuk sekali lagi.
"Mus...Cepatlah balik sini, Ji rindu." Jatuh setitis air matanya apabila melafazkan kata rindu itu. Sungguh, dia sangat rindukan Mustaqim. Dia mahu Mustaqim ada di depannya sekarang kerana hanya lelaki itu sahaja yang suka membelanya di hadapan mama dan baba.
"Sabar okay? Esok Mus last paper, lusa Mus balik terus tapi Mus bawa balik dengan surprise sekali." Mustaqim tersengih sendirian mengenangkan jawapannya pada Zinnirah itu.
"Betul Mus balik lusa?" Terus laju jemarinya menghapuskan air mata di pipi. Bibir mula tersenyum gembira.
"Iya betul wahai adikku sayang."
"Surprise apa yang Mus nak bawa balik tu?" Perasaan Zinnirah yang pada awalnya sedih berubah menjadi teruja.
"Kalau bagitahu, namanya bukan surprise. Dia dah jadi susu Calpis. Pi pi pi pi, Calpis!" Seloroh Mustaqim sambil menggaru dahinya yang terasa gatal.
"Apa Calpis pula ni, entah apa-apalah Mus ni." Zinnirah terus berdecit kuat.
"Ha berdosa tau cut cet cut cet pada abang sendiri." Teguran itu hanya diendahkan oleh Zinnirah. Malas mahu layan otak senget Mustaqim itu.
"Mus nak makan apa hari balik tu? Nanti Ji masakkan. Finally, Ji ada sebab nak balik bermalam di rumah." Terus terbayang-bayang di hadapan mata Zinnirah akan keselesaan ruang biliknya itu. Oh, rindunya semua buku yang ada di sana.
"Mus nak tauhu bergedil boleh ke? Buat lebih sikit." Seperti biasa, lelaki itu sungguh gembira jika ditanya sebegitu oleh Zinnirah. Terasa seperti dietnya di kolej bakal terhapus sebaik saja dia tiba di rumah nanti.
"Boleh, nak ayam ke daging?"
"Dua-dua please, you know your brother is a big eater, right?" Terjungkit-jungkit keningnya bagai sang adik boleh melihat keadaannya ketika itu.
"No problem, akan dituruti!" Balas Zinnirah dengsn gaya tabik hormat.
"Tadi kan... Ji cakap dah ada sebab untuk bermalam di rumah, sekarang Ji ada di mana? Ji kena halau ke?" Soal Mustaqim dengan dahi yang berkerut.
"Ji sekarang tinggal rumah nenek, hampir seminggu dah. Mama yang suruh, Ji pun tak tahu kenapa tapi Ji ikut je lah." Ujarnya sambil menjongketkan bahu.
"Pelik? Kenapa eh?" Lantas jemari Mustaqim naik mengurut janggut yang tidak pernah ada.
"Tak tahu. Cepatlah balik, tak sabar nak bercerita dengan Mus."
"Sabarlah, sabar kan separuh dari iman?"
"Tapi Ji bukan Iman, Ji Zinnirah." Seloroh gadis itu sambil menahan senyum.
"Eh main-main, hadis pun nak main-main ke?" Teguran itu terus menyebabkan senyuman Zinnirah mati.
"Maaf Mus, janji tak buat lagi."
"Hm, lepas ni beringat sikit Ji. Tak semua benda boleh dibuat main, tambahan lagi hal berkaitan agama. Mus tegur sebab Mus sayang, Mus tak marah pun." Suara cuba dilembutkan semula apabila mendengar suara yang sudah perlahan di sebelah sana.
"Maaf Mus." Ujar gadis itu sekali lagi.
"Janganlah minta maaf dengan Mus, kalau rasa bersalah buat solat sunat taubat, okay?" Pujuk Mustaqim sekali lagi.
"Bukan solat tu untuk orang yang buat dosa besar je ke?" Soal Zinnirah apabila mendengar cadangan abangnya.
"Tak semestinya, kita boleh je nak buat solat sunat taubat sebab kita pun kadang-kadang tak sedar dosa apa yang telah kita buat, kan? Jadinya, kita kena ada usaha juga untuk bersihkan diri daripada dosa-dosa itu dengan solat sunat taubat. Walaupun tak terhapus semuanya, paling kurang kita ada usaha. Cumanya ikhlaskan hati kita ketika laksanakan solat tu. Antara taubat kita diterima atau tak, itu adalah urusan Allah bukan urusan kita." Terang Mustaqim panjang. Dia pun tahu hal itu daripada Absyar, lelaki itu memang bukan calang-calang orang baginya.
"Baru Ji faham, terima kasih Mus." Kata Zinnirah sambil mengangguk berulang-ulang kali.
"Sama-sama, okaylah Mus nak study. Kita jumpa lusa, okay? Bye assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Panggilan diletakkan.
Zinnirah tersandar ke belakang sambil memikirkan ayat-ayat Mustaqim tadi. Siapalah yang mentarbiyah abangnya itu, makin berubah ke arah kebaikan ya? Alhamdulillah.
Ya Allah, Kau peliharalah Mustaqim dari segala bencana, hasad dengki dan tangan yang cuba memusnahkan dirinya. Sesungguhnya, dia seorang hambaMu yang menurut perintah.
Doa itu dibaca dan diaminkan dalam hati, mengharapkan kembarnya itu sentiasa dalam jagaanNya.
Doakan kesihatan saya juga ya? Saya dah 3 hari demam sebenarnya sebab tu menghilang. Pakej dengan sakit kepala, selesema, batuk, sakit gigi dan sakit gusi hahah. Sebelum ni tengok telefon pun nampak ada 3 hshshs.
InshaAllah ni dah okay sikiiiit walaupun masih sakit tapi saya cuba update okayyy, maaf sebab buat hampa menunggu lama. Saya akan keep update inshaAllah, cuma doakan saya boleh?
Terima kasih semua, selamat malam❤️
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...