"TAHNIAH! Pandai betullah kembar Ji ni." Ujar Zinnirah apabila Mustaqim sudah berjalan mendekatinya setelah turun daripada pentas. Lengan Mustaqim ditepuk-tepuk sebelum slip keputusan itu diambil dari tangan kekar itu.
9A+.
"Mesti mama dan baba bangga dengan Mus, pandainya Mus." Pujinya sekali lagi dengan senyuman yang terukir di bibir. Dia bangga dengan abangnya.
"They will proud of you also." Mustaqim terus menggosok kepala yang dilapiki tudung itu.
"Sadly, they won't. Mus sorang je yang naik pentas, Ji tak pun." Kata Zinnirah dengan muka yang disebikkan dengan sengaja.
"Oi, cikgu umum pun belum habis lagi tau? Masih ada harapan untuk naik pentas, cuba percaya diri sikit." Mustaqim mencebik bibir setelah mendengar omongan tidak percaya diri itu. Kenapa suka sangat suudzon pada diri sendiri?
"Orang yang terakhir, memperoleh 8A 1B..." Suara cikgu itu diabaikan oleh Zinnirah dan terus membalas ucapan Mustaqim.
"Ji takkan naik pentas, Ji tak sepandai M--"
"...Zinnirah binti Alwie! Tahniah, dijemput ke atas pentas ya."
Zinnirah terus terbenjat di kerusi plastik itu. Matanya terkebil-kebil apabila mendengar namanya diumumkan oleh cikgu sebagai pelajar cemerlang SPM yang terakhir.
"Ji, tahniah! Cepat bangun, naik pentas elok-elok." Ujar Mustaqim dengan senyuman lebar sebelum menolak adiknya itu untuk bangun daripada terus menjadi pantung cendana dek kerana terkejut.
Tepukan gemuruh memenuhi dewan apabila Zinnirah bangun dan berjalan pantas menuju ke pentas. Sesekali bibirnya ditutup dengan tangan kerana dia tidak percaya dengan keputusan itu. Adakah dia bermimpi?
"Tahniah Zinnirah, you've done your best. Terima kasih kerana berusaha bersungguh-sungguh." Kata pengetua sebelum memeluk tubuh itu. Wajah yang polos itu menjentik hati perempuannya.
"Terima kasih cikgu, terima kasih." Berkaca-kaca mata itu sebelum dia mencium tangan tua yang sudah berkedut itu. Terima kasih kerana berjasa demi kami, para pelajar.
Tangga diturun dengan berhati-hati sebelum mukanya ditutup dengan slip itu. Air mata yang jatuh ke pipi dilap berkali-kali. Laju kakinya melangkah ke tempat duduk tadi, Mustaqim terus mengusap belakang Zinnirah yang tidak mampu berhenti nangis. Tangan tidak mampu dilepaskan daripada menutup muka yang sudah basah.
Mustaqim terus mengambil slip itu, melihat dengan penuh bangga keputusan adiknya. Dia sudah agak, Zinnirah akan capai apa yang dia nak walaupun gadis itu tidak percaya diri. Kepala itu diusap berkali-kali, dia cuba menenangkan jiwa yang sedang berkeceramuk hebat.
"Mus dah cakap, Ji akan naik pentas because you deserve it." Lengan gadis itu ditarik daripada terus menekup mukanya sendiri. Habis basah dan merah wajah itu. Bahunya pun turun naik menahan sedu-sedan.
"Tarik nafas.....hembus. Tarik lagi...hembus. Tarik...hembus. Okay dah?" Lama dia cuba menenangkan gadis yang masih tersisa sedunya.
Hailah si hati tisu, sudahlah menangisnya itu. Abangmu ini tidak tahu memujuk.
Zinnirah terus mengangguk laju. "Sorry." Dadanya diurut perlahan, belakangnya basah dek kerana peluh yang turut sama turun sekali dengan air matanya.
"Kenapa nak sorry pula? It's okay lah, small matter." Jeda. "Dah, jangan nangis, buruk dah muka tu."
Dah cakap, Mustaqim sangat teruk dalam bab memujuk.
Zinnirah berdecit perlahan sebelum slipnya ditangan Mustaqim diambil dan ditilik. Ketika itu, bibirnya mekar dengan senyuman buat pertama kalinya selepas turun daripada pentas tadi.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
Aktuelle Literatur2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...