~BAB 1~

155 12 0
                                    

Bunyi tangisan yang datang dari bilik sebelah telah membuatkan Farisha terjaga dari tidur lenanya.

Rayuan dan esakan yang kuat itu tidak membuatkan Farisha terkejut mahupun risau kerana itu sudah menjadi rutin hariannya. 

'Haih.. Bunyi ni lagi. Papa ni tak penat ke asyik pukul mama. Dasar jantan tak guna. Nanti aku jugak yang kena akibatnya.' Bisik Farisha di dalam hatinya.

Hari ini ialah hari pertama masuknya sesi persekolahan Farisha untuk ke sekolah barunya. Dia mengerling jam di tangan yang menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia segera bangun dan menuju ke tandas untuk bersiap.

Dia perlahan-lahan menuruni tangga agar tidak bising dan didengari oleh ibu bapanya. Dia melihat sekilas ruang tamu yang berselerak dengan botol arak dan kad judi.

'Ya Allah.. Papa ni tak serik lagi ke? Haritu sudah ditangkap atas tuduhan menjudi. Ini dibawa pulak kawan-kawannya berjudi lagi di rumah. 'Papa ni memang degil'.

Disebabkan hutang bapanya, dia terpaksa bekerja pada usia yang muda. Sudah penat Farisha mahu menanggung hutang-hutang yang belum dilangsaikan. Ini semua disebabkan ayahnya yang selalu kalah dalam perjudian.

Dia terus berjalan keluar dari rumah dan berjalan kaki ke sekolah.

Aku meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui. Sekolah Menengah Kebangsaan Amanjaya.. Sekolah yang akan menjadi tempat aku meloloskan diri dari rumah yang seperti neraka itu.

Bangunan yang mempunyai banyak blok itu membuatkan aku keliru di manakah pejabat. Puas aku mengulang-alik mencari pejabat tetapi tidak jumpa. Aku memutuskan untuk berjalan ke tempat asal semula. Tetapi rancanganku gagal apabila badanku terjatuh akibat dilanggar seseorang.

"Aduh! Woy! Jalan tu pandang lah depan makcik." - Darrise

Ewah ewah sudahlah berlari di kawasan yang tak sepatutnya. Lepastu nak salahkan orang pulak. Dah la panggil kita makcik.

"Huh? Excuse me pakcik. Awak yang berlari dengan kawan awak tak pandang depan. Not me." - Farisha

Farisha menjelingkan matanya. Padan muka. Ingat budak baru tak boleh lawan balik ke.

"Wahh siapa perempuan ni ek?  Berani dia nak law-" Belum sempat Darrise menghabiskan ayatnya Faaez sudah memotong dahulu.

"Ehh sorry ye dik, abang Darrise ni memang suka naik angin tiba-tiba. Kami minta maaf dan pergi dulu lah ye byee." - Faaez menarik lengan Darrise risau kawan baiknya itu akan membuat kecoh.

'Hish..hari pertama aku sekolah pun dah macam ni. Memang nasib malang la aku ni' gumam Farisha.

"Adellia Farisha!" Farisha menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil oleh seorang guru.

                                                                  

                                  •Fat•

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now