~BAB 22~

25 4 0
                                    

"Aku suka kau Farisha. " - Darrise

Bunyi yang riuh rendah dan kuat di telinga tadi menjadi semakin perlahan. Suara Faaez yang menjerit serupa orang hampir mati, dan suara orang lain yang sedang memberikan sokongan bertukar menjadi latar belakang di telinga Isha.

Dia hanya fokus kepada ayat yang Darrise baru ungkapkan tadi. Otaknya seperti berhenti seketika dan tidak boleh berfungsi. Kekok. Itulah apa yang Darrise sedang rasa apabila Isha tidak bercakap apa-apa dan sekadar memandangnya sahaja.

Masa seperti terhenti bagi Isha. Jika dia cakap yang hatinya tidak rasa apa-apa memang menipulah. Dia dapat rasakan satu perasaan yang tak pernah dia rasa selepas beberapa tahun dahulu.

Suka? Sayang? Cinta? Atau... Takut?

Dia pun tidak pasti. Mungkin, kerana teringat akan abang Syah iaitu teman baiknya semasa kecil membuatkan hatinya sukar untuk menerima orang.

"Euww... Taknaklah. Dah lah garang. Isha lagi suka Adif. " - Farisha

Darrise terkaku. Dia ingatkan Farisha sukakan dia juga. Hatinya rasa lebih pedih apabila Isha menyebut nama kawan baiknya itu. Bukannya dia tidak tahu yang Isha minat dengan Adif.

Tetapi, dia tidak sangka pula yang Isha mempunyai perasaan betul-betul terhadap Adif. Dia tidak kisah jika Isha ingin menolak cintanya. Tetapi, bukan dengan cara yang macam ni. Dia mengaku yang dia terasa sangat.

Darrise memandang Isha tepat ke anak matanya. Pandangan Darrise itu membuatkan Isha sedikit gementar dan takut entah mengapa.

Darrise berdiri dari tempat duduknya tanpa memutuskan pandangan mata tadi.

"You know what? Kau ni kejam lah Farisha. Kejam sangat-sangat sampai aku rasa macam nak marah Adif walaupun bukan salah dia. Tapi nak buat macam mana? Dah bukan jodoh." - Darrise ketawa perlahan.

Isha boleh nampak yang senyuman dan ketawa Darrise tu sangatlah palsu. Nampak perasaan kecewa dalam matanya. Rasa bersalah mula memenuhi diri.

"Darrise... Isha.. " - Belum sempat Isha menghabiskan ayatnya Darrise sudah memotong dulu.

"Eh. Jangan rasa bersalah. Aku tak paksa kau suka dekat aku pun. Aku mengantuk. Aku balik dulu. Bye. " - Darrise terus berjalan meninggalkan Farisha.

'Wtf... Dia baru tolak diri aku yang sempurna ni?! Bapak kejam siak cara dia reject aku. Dia kata aku garang?!' - Darrise membisik perlahan.

'Sejak bila aku garang? A-aku baik tau. Dah lah handsome, pandai pulak tu. L-lepastu aku.. '

Air mata yang cuba ditahan menitik di pipi.

'Siot- Asal mata aku basah ni woi?! ' - Darrise mengelap pipinya berkali-kali tetapi air matanya tetap tidak berhenti.

Mana tidak sedihnya, ini kali pertama dia meluahkan perasaan dengan ikhlas dari hati. Semestinyalah dia akan rasa sedikit sedih dan kecewa apabila cintanya itu ditolak.

Air mata jantannya yang jarang sekali keluar walaupun ketika dimarahi ayahnya sekarang...tidak boleh berhenti mengalir.

'Kenapa aku rasa sedih sangat eh? Kena tolak je pun... '

Isha yang dibiarkan keseorangan tadi terkelu seketika. Dia rasa bersalah pula. Dia berdiri dari tempat duduknya dan ingin mencari Darrise tetapi hasratnya terhenti apabila Adif memanggilnya.

"Farisha! " - Adif berlari menuju ke arah Isha.

"Kenapa Adif? " - Isha

"Mana Putera? " - Adif menyoal.

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now