Kepala Farisha berdenyut dan telinganya berdesing akibat sakit kepala yang terlampau. Dia cuba untuk membuka matanya. Telinganya hanya menangkap suara orang yang menyuruhnya untuk membuka mata.
"Doktor! Dia dah sedarkan diri" - Jururawat
"Awak boleh dengar suara saya tak?" - Doktor
Farisha perlahan-lahan membuka matanya dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya walaupun penglihatannya sedikit kabur.
Bilik yang berbau antibiotik dan suasana yang terang dipenuhi lampu membuatkan Farisha berasa sedikit pening. Dia perlahan-lahan cuba bangun dari katil untuk melihat sekeliling dengan lebih jelas.
"Saya dekat mana ni? Kenapa saya ada dekat sini?" - Farisha bertanya sambil memegang kepalanya yang pedih dan sakit.
"Awak berada di hospital sekarang ni. Awak tidak sedarkan diri selama 2 minggu akibat kecederaan di kepala yang agak serius." - Doktor
Farisha hanya memandang doktor itu dengan wajah yang hairan. 'Macam mana aku boleh koma ni?'. Tiba-tiba Farisha teringat akan kejadian yang yang berlaku antara Husna dan kawan-kawannya. Farisha hanya mengeluh. Dia tidak tahu pula yang mereka sanggup buat sebegini sekali. Farisha memandang doktor itu.
"Mama dengan Papa ada datang melawat saya tak?" - Farisha bertanya mengharapkan ibu bapanya akan datang melawatnya.
"Kami tak dapat hubungi ibu bapa awak dan alamat pun kami tak tahu jugak. - Ujar doktor sambil menunduk merasa sedikit bersalah.
Farisha hanya mengangguk dan menundukkan kepalanya. Dia tidak berharap tinggi kerana dia tahu yang ibu bapanya itu tidak kisahkan tentang dirinya.
Doktor itu melakukan pemeriksaan dan keluar untuk memberikan privasi kepada Farisha. Farisha hanya mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap. Dia membuat keputusan untuk mengambil angin di luar.
Farisha berjalan melalui koridor dengan berhati-hati kerana pening di kepalanya masih tidak hilang lagi. Dia duduk di atas bangku yang disediakan di taman berhadapan hospital itu. Langit yang biru dan cuaca yang mendung seperti hendak hujan menjadi peneman Farisha yang sedang bersedih.
Dia memandang langit dan rintisan hujan menitik di mukanya. Perlahan-lahan, hujan semakin lebat tetapi Farisha tidak berganjak sedikit pun dari tempat duduknya. Dia hanya menangis melepaskan rasa sedihnya.
Tiba-tiba, hujan berhenti membasahi dirinya itu. Dia memandang langit dan terkejut apabila seorang budak lelaki memegang payung untuk menghalang dirinya dari basah terkena hujan.
"Kenapa duduk dekat tengah-tengah hujan ni?" - Syah
Farisha hanya memandang lelaki yang ada di hadapannya itu. Dia pun tidak tahu nak jawab apa.
"Hello? Hellooo? Hey dengar tak ni? Dia pekak ke? Baju pun pakai baju hospital." - Syah memanggil Farisha yang seakan-akan pekak itu.
"H..huh.. s-saya tak..." - Isha
"Hey. Okey ke tak ni? Bilik awak kat mana? Biar saya hantarkan. " - Syah yang agak risau dengan keadaan Isha yang basah lencun itu cuba untuk memujuknya.
"Isha... Tak tahu. Tadi Isha nak jalan dekat sini tapi Isha tak ingat dekat mana bilik Isha. - Isha
"Ohh nama awak Isha. Tak apa ikut saya. Saya tolong carikan bilik awak. - Syah memberikan senyuman yang manis kepada Farisha.
Isha bangun dan berjalan di sebelah Syah yang sedang memegang payung. Walaupun baju lelaki itu basah terkena hujan dia tetap tidak kisah. Syah berjalan menuju ke kaunter pernyatan apabila sudah masuk ke dalam hospital.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...