~ BAB 12 ~

36 3 0
                                    

Sekarang hampir masuk setahun tiga bulan kami semua bergelar pelajar STPM dan lagi tiga bulan kami bakal mendapat sijil diploma.

"Haa... Termenung apa tu?" - Darrise.

Hampir tercabut jantungku disebabkan bunyi hentakan meja yang kuat.

"Kau memang tak ada kerja lain ka? Asyik cari pasal dengan aku je" - Farisha.

"Ala.. chill la lagipun lagi tiga bulan ja kita boleh duduk sembang macam ni lepasni semua busy sambung study or kerja" - Darrise.

Aku hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah lain. Mungkin aku akan merindui kawan-kawanku. Bagi aku inilah memori paling berharga dan terindah.

Aku terkejut apabila Darrise menghentak meja ku lagi sekali.

"Kau ni apahal? Tangan tu duduk la diam sikit, kacau je" - Farisha.

"Yela aku tengah cakap dengan kau, kau pula pergi berangan memang kena la hempuk meja" - Darrise.

Aku hanya menjelingnya. Dia boleh ja panggil elok-elok. Saja tangan tu nak ketuk meja aku ke dia nak tunjuk tangan dia tu kalis sakit?

"Apa benda yang kau nak cakap? - Farisha.

"okey macam ni aku cadangkan sebelum exam start, kita pergi nikah nak tak? - Darrise.

"HAH? Apa kau cakap ni?! Tak lawak okey." - Farisha.

" HAHAHA tak la melawak je pun. Sebenarnya aku cadangkan sebelum exam ni kita pergi vacation satu kelas, kau rasa okey tak? - Darrise.

Aku terus menganguk teruja lagipun bernas juga cadangan dia tu.

"Jadi.. kau setuju lah ni? - Darrise.

Aku hanya menganguk tanpa bertanya dulu dan selepas itu aku yakin memang aku menyesal.

" Alhamdulillah tak sangka kau sudi jadi isteri aku. Kahwin muda la aku hehe" - Darrise.

Dengar ja dia cakap macam tu aku terus ambil satu buku yang agak tebal tapi tak sure buku apa malas ambik tau dan aku terus ketuk kepala dia. Baru puas hati aku dengar dia menjerit kesakitan.

" Tulaa... Lain kali kalau nak melawak bertempat sikit ni tak.. nasib tak ada cili kat sini kalau tak mulut kau memang aku cili-cilikan" - Farisha.

Darrise terus bangun dengan tangan di kepala, muka tak payah cakap la memang tengah geram tu HAHAHA puas sumpah hati aku tapi kalau dia ajak betul-betul untung juga sebab muka boleh tahan la hensem smart. Cuma masalah dia tu satu je... Mulut heh.

Darrise berdiri di hadapan dan menjeling aku. Aku cuba tahan gelak. Aku terus fokus ke hadapan dan mendengar Darrise memberitahu hal berkaitan percutian itu.

Aku kena la fokus sebab sepatunya dia bagitahu aku dulu tapi dah dia buat perangai memang kot lain la jadinya. Selesai sahaja dia memberitahu hal itu kelas kami terus bising masing-masing teruja dengan percutian ni.

Aku tengok ada yang teruja sampai terlompat-lompat tapi ada juga yang bergaduh tak tahu la tentang apa.

"Ceh.. tadi ada orang tu main jeling-jeling lepastu senyum-senyum pula..." - Syafiqah.

Aku hanya memandangnya dengan riak tidak faham.

"Buat-buat tak faham pula" - Syafiqah.

Aku memandang Arissa untuk bertanya tetapi dia pun hanya mengangkat bahu sambil tersenyum. Syafiqa pun sama.

"Kenapa korang pandang aku macam tu? Aku ada buat apa-apa ke? - Farisha.

"Ala.. ingat tak nampak ke awak dok senyum je kat Darrise tu" - Arissa.

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now