~ BAB 31 ~

33 7 0
                                    

Lepas selesai aku memasukkan barang ku ke dalam kereta aku menuju semula ke pintu rumah ku.

" Ayah... Farisha balik dulu. Kalau still sakit ka apa terus telefon Farisha. Duit ada lagi kan? Lepastu Farisha dah bank in duit discharge tadi. " - Farisha

Aku menunggu respons ayah tapi masih senyap seperti ketika aku datang tadi.

" Farisha balik dulu, Assalamualaikum. " - Farisha

Aku memejamkan mata sambil menghirup udara di kawasan pantai itu. Mungkin esok pagi baru ku pulang ke KL semula. Aku terpandang sebuah keluarga yang sedang membina istana pasir.

Tersenyum aku melihat gelagat sang ayah yang cuba meredakan tangisan anaknya yang menangis kerana istananya roboh. Entah kenapa aku rasa sangat rindu dengan suasana ini dalam kehidupan aku.

" Farisha, Apa kau buat dekat sini? " - Faeez

Aku mendongak ke hadapan dan mengajaknya duduk sekali dengan aku.

" Kau okey ke? " - Faeez

Aku membalas dengan anggukan. Mata ku masih tertancap pada keluarga tadi.

" Haih... " - Faeez

" Asal mengeluh? " - Tanyaku

" Aku macam cakap dengan tiang ja tadi. Kesiannya aku.. " - Faeez

" HAHA sorry-sorry tak ada niat pun nak palau kau. Kau buat apa kat sini? " - Farisha

" Saja balik kampung, Mana tau dapat pakej jumpa jodoh sekali ka kan? Kau pulak? " - Faeez

" Sama jugak tapi part jodoh tak eh. Kau kerja apa? Dah lama aku tak contact kau. " - Farisha

" Ouhh ingatkan nak cari jodoh cam aku jugak tapi tak mungkin la sebab kau kan dah suka someone kan?" - Tanya dia sambil senyum mengejek.

Aku pandangnya tanpa berkelip. Sejak bila ni aku suka dekat orang. Mandai ja

" Betulkan... Aku ni tak pernah salah la.. Btw kalau kau nak tau aku kerja doktor psikitri. " - Katanya dengan muka confident

" Wahh hebat eh tapi maaf la doktor Faeez andaian awak salah. " - Farisha

" Taknak mengaku sudah. Kau nak tau something ak? " - Faeez

Aku pandangnya menunggu dia meneruskan percakapannya.

" Aku tau Darrise ngan Adif ada confess kat kau. Tapi lepas kau reject diorang kan, Memang depa frust gila sampai bawak diri. Masa tu aku nak sepak kau ja sebab mainkan diorang tapi aku sedar bukan salah kau pun. " - Faeez

" Siyes la? A...Aku takdak niat. Perasaan kan tak boleh dipaksa.. " Kataku dengan serba salah. Jadi ni la sebab kenapa Darrise menghilang tanpa khabar termasuk Adif. Padanlah diorang tak bagitau aku and lost contact dengan aku.

" Yap. Aku tau pasal tu tapi kau jangan risau Adif dengan Darrise tak tau pun yang diorang suka orang yang sama. Masa akhir tahun time kita bercuti tu kan aku dapat teka dah yang Darrise dengan Adif memang suka kau. Melalui mata depa aku boleh nampak perasaan diorang dan aku boleh nampak kekecewaan yang mereka cuba sembunyikan. " - Faeez hanya pandang ke hadapan.

Aku diam tanpa kata. Sumpah kalau aku boleh putarkan masa, Aku akan elakkan pertemuan aku dengan diorang. Mesti semua benda ni takkan jadi.

" Haih.. Dan sekarang melalui mata kau aku boleh nampak yang kau rindu kan someone and u are in love with someone right? " - Faeez

Aku terus mengalihkan pandangan mata ku dari dia. Kenapa apa yang dia cakap macam betul?

" Waktu tahun last kita STPM aku agak time tu kau jugak suka someone dan aku waktu tu ship kau dengan Darrise. Hahaha mesti kau kata aku gila sebab tak mungkin korang boleh suka sedangkan korang macam anjing dengan kucing. Tapi tu la yang aku nampak dalam mata korang berdua penuh dengan cinta, kasih sayang dan rindu bila berjauhan. Mungkin korang tak perasan sebab kalau aku pun takkan. "

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now