"Okey saya dah sedia. " - Farisha
Darrise mengangguk dan menegakkan badannya. Sedia untuk mendengar kisah Farisha.
"Isha tu....bukan saya sebenarnya..." - Farisha
Darrise membuat muka hairan.
"Eh? Apa ni? Kau ada kembar ke apa? " - Darrise
"Bukan...uhh...Dia tu saya. Tapi bukan saya." - Farisha mengangkat kepala memandang Darrise.
"Karut apakah ini...." - Darrise memegang belakang lehernya.
"See? Dah agak dah awak mesti macam pelik and tak percaya. " - Farisha terus memandang ke tempat lain dengan mata yang bertakung dengan air mata.
"Ish bukan aku tak percaya lah. Tapi aku tak paham. Cuba kau cakap macam manusia sikit. Ini tidak. Cakap macam alien. Separuh ayat je. " - Darrise
"Awak tahu tak D.I.D? Dissociative Identity Disorder? " - Farisha menyoal.
"Cakap bahasa manusia please. Aku ni ambik kerja barista. Bukannya profesor. " -Darrise
Farisha terus menjulingkan matanya ke atas. Manusia ni nyanyuk ke? Bukan ke sudah pernah buat kerja berkumpulan mencari info tentang penyakit ini?
Farisha usaha lari dari kelas itu sebab tidak mahu nampak ketara tentang penyakitnya itu.
"Senang cerita macam ni lah. Saya, ada satu penyakit ni. Penyakit ni orang pangg- " - Farisha
"Penyakit?! Penyakit apa? Serious ke? Sekarang ni kau dah sembuh ke belum? " - Darrise memotong ayat Farisha.
"Ish sabarlah. Orang nak cerita lah ni! Sibuk je menyampuk. " - Farisha
"Saya ada lebih daripada satu personaliti. Like...satu badan, tapi ramai orang. " - Farisha
Darrise menggaru kepala. Tulah siapa suruh skip kelas masa STPM dulu.
"Macam mana tu? Kau bela saka ke apa? " - Darrise menyoal.
Farisha terus menepuk dahi sendiri. Stress lah dengan mamat ni. Ada ke kata kita bela saka? Tak logik langsung.
"Bukanlahh. Saya kata ni PENYAKIT! Awak rasa saka tu sejenis penyakit ke? Takkan? So guna otak tu sebelum nak bercakap. " - Farisha
Uish. Terasa mat. Bodoh sangat ke eh soalan Darrise tadi?
"Yelah tapi penyakit tu macam mana? Aku tak paham lah. Kau asyik cakap pasal ada 2 orang dalam badan kau. Lagilah aku confuse." - Darrise
"Ingat tak dulu, kita pernah kena buat penyelidikan tentang orang yang ada masalah kecelaruan identiti ni? " - Farisha cuba menyuruh Darrise mengingat semula.
Masalahnya muka Darrise ni dah tahu dah memang tak ingat punya lah. Punyalah nak ingat sampai berkerut dahi. Maklumlah, atuk-atuk memang macam ni.
"Aduh. Aku tak ingat lah. Cikgu Qistina lah ni. Bagi banyak sangat projek." - Darrise mengadu.
"Ehh. Salahkan cikgu pulak. Awak yang nyanyuk. Ish cuba lah ingat! Awak ketua projek tu kan? " - Farisha
"Jap. Aku rasa aku pernah jadi ketua projek 4 kali je. " - Darrise
"JAPPP! Yang pasal Algheir tu ke? Laki yang ada 7 personaliti tu?! " - Darrise
Farisha mengangguk. Ingat pun. Kalau tak ingat jugak tadi, memang Farisha ketuk kepala Darrise pakai kuali dekat cafe tu.
Darrise terus berdiri dari kerusi sambil menekup mulut. Membuat riak wajah terkejut.
"K-kau ada penyakit tu??" - Darrise menyoal.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...