Aku teragak-agak untuk memasuki ruang cafe itu. Ni semua berpunca dari ugutan dia semalam. Tapi asal cafe ni tutup? Takkan dia ada nak buat benda tak elok kat aku.
" Makcik memang nak jadi patung dekat sini ke apa? " - Darrise
" Sibuk ja, Biarlah. Asal tutup cafe? " - Farisha
Darrise mengukir senyuman buat ku dan mempelawa aku masuk. Bagi aku tu senyuman yang agak misteri.
Aku jadi teragak-agak nak masuk. Dah otak dia ni cetek satgi dia buat benda bukan-bukan mampos aku.
" Opocot pakcik Darrise tua " - Melatah aku disebabkan sergahan Darrise tadi
" Pfft~ Kau kuat melatah eh? " - Kata dia sambil tahan gelak
Aku menolak dia dengan kuat, Terhantuk kepala dia kat pintu cafe. Padan muka nak ejek aku lagi.
Elok-elok aku tengah tengok bahan-bahan untuk membuat kopi, Tudungku ditarik kasar sehingga badan ku sedikit ke belakang.
" Oi!! Jangan la tarik tudung aku... Kan dah rosak. Ingat senang ka nak buat awning ni. " - Bebelku
Aku memandang Darrise, Dia membuat jari tanda 1-1. Okey dia nak gaduh betul-betul lani, Apa lagi ready la untuk balas balik.
Aku menunggu masa yang sesuai untuk balas tanpa dia perasan. Sedang dia membancuh kofi sambil mulut dia bercoleteh bercakap tentang cara membuatnya dengan aku, Aku lebih fokus untuk memulakan misi aku.
Aku ambil jag air yang ada dibelakang dan aku menuangnya slow-slow agar tidak keluar bunyi. Selesai sahaja aku meletakkan kembali jag itu tadi di tempat asalnya.
" Darrise sini jap. " - Panggilku
Dia tanpa banyak soal menuju ke aku. Aku tengah cuba tahan senyum. Hampir sahaja Darrise tiba, Dia telah terjatuh macam nangka busuk.
" HAHAHA, Siannyaa dia jatuh eh? Sakit kat mana? Nak saya tolong..? " - Perli ku sambil gelak
" Minah ni betul-betul main kasar. Nasib jatuh biasa kalau ada patah, Rentah or terseliuh memang aku kerjakan minah ni cukup-cukup. " Getusku dalam hati
Memang gelak besar aku bila lihat Darrie sedang memandang ku dengan pandangan tajam.
Darrise cuba bangun slow-slow. Dia terus menuju ke aku dengan padangan tajam dari tadi.
" AHHHH!! Sakitt.. " - Jeritku
Aku cuba membuka mataku. Nasib tak kena straight kat mata aku, Kena tempias dia ja. Kalau tak mahu buta aku.
Macam mana aku boleh tak perasan dia ada ambik serbuk kopi tadi.
" Woi kalau aku buta macam mana? Nak tanggungjawab? " - Kataku dalam nada marah
" Habistu yang aku jatuh tadi kalau ada patah, Retak kau nak tanggungjawab? tak kan! " - Darrise
" Eleh over ah kau, Setakat jatuh pun dah lembik. Kata lelaki.. " - Farisha
" Kau pulak acah ja kuat last-last kena tempias serbuk kopi pun dah menjerit terlolong sana sini. " - Darrise
Fatin dan pekerja Darrise yang lain hanya memandang dari meja yang agak terlindung.
" Aku rasa kan, Gaduh-gaduh diorang macam gaduh manja. " - Fatin
Yang lain hanya menganguk dan memerhatikan saja. Malas nak sibuk.
" Dah la huduh cam tong sampah tu ja. " - omel Darrise dengan kadar yang dia saja boleh dengar
" WHAT!! AKU LAWA OKEY.. Kau yang buruk, Dah la rambut cam penyapu. " - Kataku sambil mengangkat sebatang penyapu ke arahnya
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomansaAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...