"Darrise! Tunggu kejap! " - Lengan baju Darrise direntap kuat.
Hujan yang turun membasahi pipi Darrise di lap dengan kasar. Dia menolak lengan Farisha dengan kuat.
"Don't. Touch. Me. " - Darrise
"Darrise.... Apa yang awak nampak tadi cuma salah faham. Saya dengan Adif tak ada apa-apa pun. Sumpah Darrise." - Farisha mengangkat tapak tangannya tanda bersumpah.
"Stop lying to my face. Kau tak suka aku kan? Kau dah reject aku kan dulu? And aku pun dah blah dari hidup kau lepas kau reject aku. Tapi kenapa kau kena sibuk munculkan diri kau dalam hidup aku lagi?! Kenapa kau buat diri aku ni jatuh cinta dengan kau semula?! " - Darrisse meninggikan suara.
"Kau tahu tak... Selama bertahun aku cuba nak lupakan tentang kau tapi tak boleh. Jadi, kenapa kau kena susahkan aku lagi? Kau memang suka tengok aku merana ke Farisha?" - Setitis air mata Darrise jatuh tetapi ditutup oleh hujan.
"Aku dah penat lah... Aku dah hilang abang aku... Aku dah hilang ayah aku yang dulu. Kawan baik aku.. Banyak benda yang aku dah hilang. Dan dulu, aku terpaksa lepaskan kau. Bila aku dah cuba move on, kau muncul balik. " - Darrise yang cuba menahan emosinya itu terus menangis teresak-esak
"Aku dah tak ada siapa-siapa kau faham tak?! A-aku... Aku dah tak ada siapa-siapa... Kau je orang yang aku rasa macam selesa nak luahkan sesuatu. Kau paham perasaan aku. K-kau... " - Darrise mengelap air matanya yang tidak berhenti mengalir.
Kali terakhir dia menangis adalah ketika Farisha menolak cintanya dahulu. Mungkin Deja Vu? Dia rasa sedih sangat macam tak ada siapa-siapa yang boleh berada di samping dia sekarang.
"A-aku..."
"Darrise. Stop! Dengar apa yang saya nak cakap dulu. Stop making your own conclusion! Look at me Darrise. " - Farisha menarik lengan baju Darrise.
Darrise yang masih lagi menangis mendongakkan kepala memandang Farisha.
" Saya suka awak Darrise. No! I love you so much Darrise. Kalau boleh sekarang ni saya nak peluk, usap kepala awak pujuk awak supaya jangan nangis. So stop crying." - Farisha
Darrise yang tidak menyangka ayat yang dikeluarkan oleh Farisha tadi sedikit terkejut. Dia memandang tepat ke arah anak mata Farisha untuk memastikan sama ada betul atau tidak pernyataan yang baru dibuat tadi.
"Ya Darrise. Saya serious. Jadi berhenti pandang saya macam tu. Saya malu lah... " - Farisha melarikan pandangan matanya ke tempat lain.
"Kau menipu kan. " - Darrise
Ehhh. Jangan sampai Farisha tampar muka mamat ni. Orang dah confess tak nak pulak.
"Lah. Betullah. Buat apa saya nak menipu? " - Farisha memandang Darrise semula.
"Penipu. Aku ingat lagi. Semalam, kau cakap kau suka dekat Adif kan. Bukan semalam jelah. Hari-hari lah kau cakap kau suka dekat Adif." - Darrise menolak semula tangan Farisha.
"Sejak bila saya cakap macam tu..." - Farisha menggaru kepala.
Seingat dia, tak ada lah pula dia cakap yang dia sukakan Adif. Mesti kerja si budak Isha lah ni. Mulut tu tak boleh diam langsung.
"IsHa SuKa aBaNg SyAh~ IsHa SuKa LaKi YaNg TuA dAri IsHa~ bUkaN MaCaM DaRriSe~ " - Darrise meniru semula ayat dan cara percakapan Isha.
Terkejut beruk Farisha dengar. Kembar Isha ke ni? Sama betul gaiss.
"HAHAHAHAAHHA Itu.... saya terangkan nanti lah. Panjang cerita diaaa." - Farisha
"Kenapa kena nanti kalau boleh cerita sekarang?" - Darrise
"Awak nak bukak khemah ke apa dekat tengah-tengah jalan ni? Dah lah kita bertekak dari start hujan sampai berhenti hujan. Buat drama hindustan pula dekat sini." - Farisha
Darrise ketawa sedikit.
"Haaa kan comel senyum macam tuu. Ini tidak. Nangis macam budak. Sampai merah hidung dengan mata. " - Farisha tersengih.
Terus mati senyuman Darrise. Malu woi. Jantan jenis apa menangis depan perempuan heh.
"Diamlah. Jom pergi cafe aku dulu. Aku tutup awal so kau, pastikan cerita SEMUA BENDA dekat aku. Understand? " - Darrise
Farisha mengangguk.
"Understood. " - Farisha menjawab
~•~
"Pakai baju ni dulu. Aku ada satu je baju. " - Darrise menghulurkan Tshirt bewarna putih kepada Farisha.
"Eh tak apalah. Awak pakai jelah baju tu. Saya okey je pakai macam ni. " - Farisha menolak.
Dia kesian dekat Darrise. Sudahlah Darrise tu memang demam. Mandi pula air hujan tadi. Takkan sekarang dia nak pakai je baju yang basah tu?
"Jangan melawan boleh tak? Pakai jelah. Nanti kau demam. Aku ni laki. Kuat. " - Darrise
Heh tak habis lagi poyo mamat ni.
"Iyelahh. " - Farisha mengambil baju dari tangan Darrise dan berjalan ke bilik persalinan baju.
Darrise bangun dari kerusinya dan pergi di belakang kaunter. Mengambil selimut yang disimpan olehnya.
Memang selalunya kalau Darrise buat kerja sehingga lewat malam, dia akan tidur sahaja di cafe itu. Jadi dia sudah sediakan selimut dan bantal di dalam locker.
Farisha yang sudah selesai menyalin baju keluar dari bilik itu. Dia berjalan ke kerusi dan duduk semula.
Darrise yang memandang Farisha sekilas melemparkan selimut tadi ke arah Farisha.
"Urmm. Balut badan kau. Sejuk. " - Darrise
Farisha menggaru kepala. Mana ada sejuk... Tapi tak apa lah. Pakai jelah selimut tu. Karang, si Darrise tu jadi poyo lagi.
Darrise duduk semula di tempat duduknya selepas mengambil lagi sehelai selimut.
"Okey. Cerita. " - Darrise menyuruh tanpa membuang masa.
"Eh. Sabarlah. Bukannya saya nak pergi mana-mana pun." - Farisha ketawa sedikit.
"Saya tak tahulah nak mula dari mana." - Lagi sekali, Farisha menggaru kepalanya.
"Ikut kau lah. Ambik masa. Kalau kau dah sedia, kau cerita. " - Darrise
Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Perlukah dia beritahu tentang penyakitnya itu? Macam mana kalau Darrise tidak sukakan dia kerana penyakit itu? Macan mana kalau Darrise tidak mahu berjumpa dengannya lagi selepas ini?
Pelbagai jenis kemungkinan bermain di fikiran Farisha. Dia cuma takut ditinggalkan lagi. Sama seperti bagaimana ibu bapanya memulaukan dia selepas menganggap penyakit Farisha itu sebagai satu sumpahan dalam keluarganya.
Air mata mula bertakung di dalam mata. Tiba-tiba dia rasa resah. Takut. Kemungkinan yang bermain di fikirannya juga tidak membantu. Penuh dengan kemungkinan yang negatif.
"Farisha? Kau okey ke tak?" - Darrise
Farisha hanya senyap. Tidak tersedar lagi dari bisikan mindanya.
"Farisha. Pandang aku. " - Darrise
Farisha mengangkat kepalanya memandang Darrise. Mata bertemu mata.
"Kau tak nak cerita tak apa. Tak perlu cerita. Tapi, kalau kau rasa macam nak kurangkan beban kau, ingat. Aku ada. " - Darrise
Farisha menggelengkan kepala.
"Tak. Saya nak cerita. Bagi saya masa sekejap. " - Farisha
Saat dan minit berlalu. Darrise tidak mengganggu Farisha langsung. Dia hanya mahu Farisha bertenang sahaja dulu.
Lagi sekali nafas ditarik sedalam-dalamnya.
"Okey. Saya dah sedia. " - Farisha
•Hanna•
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...