"Isha betul-betul okey ke? " - Soal Syah kerana dia masih lagi risau dengan keadaan Isha.
"Iyee Isha okey. Kan Isha dah cakap mana ada apa-apa jadi tadi." - Jawab Isha sambil memberikan senyuman. Syah hanya mengangguk.
"Ahh lupa! Sebenarnya Syah nak ajar Isha buat gelang haritu." - Syah
"Wah! Jomlah buat sekarang abang Syah! " - Jawab Isha dengan riang dan teruja.
"Hahaha iyee sabar. Nak buat lah ni. - Gelak Syah melihat telatah Isha.
"Disebabkan Isha tak boleh keluar dari hospital, kita tak boleh buat dekat bengkel. Jadi Syah bawak barang-barang dari bengkel tu. Isha kena hati-hati tau sebab bahaya." - Syah
Isha mengangguk dan turun dari katil menuju ke meja besar di tengah-tengah bilik itu. Syah mengeluarkan barang-barang yang perlu dipakai. Dia memberikan sepasang sarung tangan kepada Isha.
"Okey dah cukup. Jom kita start. Ikut tau Syah buat macam mana. " - Syah
"Okeyy abang Syah. " - Isha
~•~
"ISHAAA! Jangan lah berangan! Itu api tau! Bahaya lah! " - Marah Syah. Kalau dia tak ambik mancis itu dari tangan Isha memang hanguslah mereka berdua dalam bilik itu.
"E-eh sorrry... Isha tak perasan tadi...Hehe... " - Isha
Sempat lagi Isha tersenyum. Syah hanya menggelengkan kepalanya dan memandang Isha.
"Okey tak apa. Jangan buat lagi. Okey, lepasni kita nak cop bentuk dekat gelang besi ni pulak. Isha lukis dulu nak bentuk apa nanti Syah ukirkan. " - Syah
"Hmm... Isha nak bentuk apa ek... Gelang Isha ada nama abang Syah.. Kalau macam tu nak letak nama Isha lah! Haa cantik lah." - Ujar Isha dengan nada yang teruja.
"Hahahah yelah boleh. Tunggu kejap eh abang Syah buatkan." - Syah
"Aduh! Ah sakitnya." - Jerit Syah yang tidak sengaja terketuk ibu jarinya dengan penukul. Terkejut Isha yang sedang menggelamun tadi.
"EH! Kenapa abang Syah? Okey tak? " - Isha terus bangun dan duduk di sebelah Syah.
"HUH?! Jari abang Syah luka lah! Alamak macam mana ni?" - Isha memandang kiri dan kanan untuk mencari sesuatu yang boleh merawat luka Syah. Matanya juga sudah berair.
"Eh-eh Isha dah kenapa jangan lah nangis. Syah yang sakit kenapa Isha yang nangis pulak. " - Syah tertawa melihat Isha. Pelik-pelik lah Isha ni. Bukannya dia yang sakit pun.
"T..tapi kalau Isha tak suruh abang Syah ajar buat gelang ni mesti tak luka jari abang Syah. " - Isha menjawab sambil memandang Syah dengan mata yang bertakung dengan air.
"Ish takdelah. Apa Isha ni. Syah luka sebab Syah punya salah sendiri. Bukan sebab Isha. Jadi jangan salahkan diri sendiri okey? " - Ujar Syah cuba untuk menenangkan Farisha. Farisha pula hanya mengangguk sambil mengelap matanya.
~•~"YEAYY! DAH SIAP! Wahh cantik gila. Pandai lah Isha buat! " - Isha
"Eh puji diri sendiri eh." - Syah ketawa.
"Apa? Betullah cantik Isha buat! " - Isha menjawab dengan muka yang merah akibat marah. Walaupun kerjanya hanya melihat Syah sahaja, tetapi dia tolong lah jugak. Hohohoho.
"HAHAHAHAHA Yelah-yelah memang cantik pun Isha buat. " - Syah
"Haa abang Syah pakai lah cepat." - Isha memasangkan gelang itu di tangan Syah.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...