Aku memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali.
Tamat sahaja panggilan aku terus memandu dengan had yang laju. Aku tanpa berfikir panjang membuat keputusan utuk pulang ke Kedah semula.
Setelah 5 jam aku memandu, Akhirnya aku tiba di Hospital Sultan Abdul Halim. Aku terus menuju ke kaunter kecemasan.
" Saya penjaga kepada Encik Akmal. Boleh bagi saya nama wad dengan nombor katil? " - Farisha
" Kejap yer saya check. Encik Akmal di wad Kenanga, Nombor katil 20. Cik boleh terus kemudian belok ke kanan yer dan tekan lif aras 3. " - Nurse
Terus aku berlari dengan cepat. Aku risau dengan keadaan ayahku yang dikhabarkan telah ditemui pengsan pada petang tadi.
" Ayah. " - Kataku sahaja tiba di katil yang ditempatkan untuk ayah aku.
Aku menarik nafas lega apabila melihat keadaan ayah ku yang baik-baik sahaja.
" Ayah okey? Ada sakit kat mana-mana tak? Macam mana boleh jadi macam ni? " - Farisha
" Heh. Kau buat apa kat sini? Mesti kau happy tengok aku macam ni kan. Tak payah nak berlakon jadi anak yang baik la.. " - Encik Akmal
" A.. Apa yang ayah cakap ni.. Betui la F.. Farisha risau au. Farisha terus bergegas ke sini lepas dapat panggilan hospital. Nasib tak teruk. " - Aku cuba menahan rasa sebak.
" Lapuk dah la lakonan kau ni. Entah-entah kau harap bila kau datang aku mampos an? " - Encik Akmal
Aku tersenyum tipis sebelum bangun dan menuang air untuk ayah ku.
" Nahh Ayah minum lepastu baring. Ayah kena rest banyak-banyak, Baru leh cepat sembuh. Esok pagi Farisha jumpa doktor tanya pasal ayah. Sekarang dah malam mesti doktor dah balik. " - Farisha
Ayah hanya pandang aku dan senyum sinis. Aku terjerit kecil apabila cawan air tadi ditolak oleh ayah aku. Nasib cawan plastik kalau kaca boleh luka kaki aku.
" Kau dengar sini baik-baik Farisha! Aku taknak tengok muka kau paham tak! Blah blah blah. " - Encik Akmal
" Ouhh ayah nak rest cakaplah. Farisha balik dulu au. Esok Farisha datang bawak sarapan untuk ayah. " - Farisha
" Kau memang tak paham bahasa kan. Aku ulang lagi sekali la. Aku. Taknak. Tengok. Muka. Kau.!! Jadi baik kau berambus dan tak payah datang dah. Meluat tau tak aku tengok muka kau yang acah baik ni! " - Encik Akmal
Aku cuba menahan air mata yang mula bertakung dan menghadiahkan senyuman manis buat ayahku. Aku tau mood orang sakit memang macam ni.
" Farisha kena datang jugak.. Kan ayah tak suka makanan hospital? Farisha ingat lagi masa Farisha darjah 6, Ayah sakit. Ayah selalu suruh mama masak untuk ayah bila ayah dekat hospital. Ayah kata makanan hospital tawar, Sampai bila-bila pun ayah takkan makan. Ayah sanggup tahan lapar dari makan makanan hospital. " - Farisha
" Kau ingat eh? Tapi tula tu dulu sekarang dah lain. aku lebih rela makan makanan hospital dari makan dari air tangan kau dan mak kau yang bodoh tu! " - Encik Akmal
Aku cuba menahan rasa yang pedih dalam hati ni. Sakit sangat-sangat.
" T.. Takpa Farisha yakin kalini ayah mesti suka. Sebab sarapan esok adalah makanan favourite ayah... " - Farisha
" Kau memang bodoh sangat ka?! Sampai tak paham apa aku cakap. Aku cakap taknak, Taknak la gila!! Tula kau tu serupa ja dengan mak kau, Belajar tinggi tapi otak kat lutut. Baik kau blah sebelum aku panggil nurse. Biar kau kena halau macam orang yang tak diundang disini. " - Katanya sambil gelak sinis
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomansaAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...