" Ish.. Dia ke tu, ke salah? Tapi cam dia. tapi takkan dia segak sampai macam tu sekali kot? " - Farisha
" Bau apa yang hangit ni Farisha!? " - Syafiqa
" Ya Allah farisha...!!! Sambal kau hangit nyahh. " Terus Syafiqa mematikan api dapur.
Aku terus tersedar bila terbau sesuatu yang hangit.
" Weyy lauk tengah hari kita... Ahhh macam mana boleh hangit ni? " Kata ku dalam nada sedih.
" Kau tanya aku pulak. Kau yang termenung sampai tak ingat dunia. " - Syafiqa
" Sorry la bukan sengaja pun.. Lagipun aku termenung bersebab au. " - Farisha
" Apa sebab kau? " Tanya Syafiqa sambil mengambil gelas. Nasib baik tekak dia rasa dahaga kalau tak boleh terbakar dapur rumah ni kalau dia tak turun tadi.
Aku terus menarik Syafiqa untuk duduk di kerusi makan.
" Erm.. Darrise dah balik Malaysia ke? " - Farisha
Syafiqa mengangkat sebelah bahu. Aku hanya mencebik sebab tiada sapa tahu Darrise ada kat mana. Haih..
" Asal kau tanya tadi. Rindu kat dia ke..? " - Syafiqa
" M-mana ada rindu. Buat apa rindu kat pakcik tua tu heh. " - Farisha
Nak tergelak aku mendengar pertanyaan Syafiqa tu. Adakah dia kata aku rindu kat pakcik tua tu. Memang tak la weyy.
~•~
" Okey so for kerja khusus kalini, berseorangan bukan kumpulan. Saya nak korang buat reseach berkaitan apa-apa sahaja janji ada kaitan dengan tajuk yang saya berikan iaitu bisnes yang telah diusahakan oleh setiap pengusaha kedai, cafe or restoran. Faham! " - Lecture Haziq
Semua pelajar yang berada di dalam dewan hanya menganguk setuju. Tapi tak funn sebab kalini bukan kumpulan tapi berseorangan.
Aku duduk semeja dengan Syahindah di kafeteria. Saja sembang-sembang sebelum kelas yang seterusnya.
" Kau nak buat pasal apa Farisha " - Syahindah
" Entah la. Tak ada idea " - Farisha
" Erm aku ada cadangan. Aku rajin pergi dua cafe ni au. First yang aku pernah bawak kau. Second tak pernah tapi not bad la cafe tu. Kau nak yang mana? Tapi better ambik yang first sebab second aku dah ambik hehe. " - Syahindah
" Haih.. Baik takyah tanya bagitau ja terus. Tapi okey jugak cafe yang first tu, Dekat pun dekat. " Farisha
Selesai sahaja kelas terus aku pergi ke cafe yang Indah cadangkan tu. Jarang jugak la aku datang situ. Kali terakhir sebulan lepas. Tu pun alters lain bukan aku.
Sampai sahaja terus aku pandang nama cafe tu. Entah kenapa familiar sangat dengan nama tu.
" Hai. Boleh saya jumpa dengan bos awak tak? " kataku pada salah seorang barista disitu.
" Yap. Saya tuan cafe ni. Kenapa nak jumpa saya? Katanya sambil perlahan-lahan dia mendongak.
Tiada satu patah perkataan pun yang terkeluar dari mulutku waktu ni. Kami berdua saling berpandangan.
" D- Darrise? " - Farisha
Aku masih menunggu respon dia tapi aku sedikit terluka dengan apa yang keluar dari mulut dia selepas itu.
" Yes that's me. Who are you? " - Darrise
" Hahahaha ni aku la Farisha, Adellia farisha. Takkan tak ingat? " - Kata ku sambil menahan sebak. Aku tak tau kenapa aku rasa sedih sangat bila dia tak ingat aku.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...