Hazim yang sudah mengambil gambar pokok Fly Trap berjalan keluar sambil bersiulan gembira. Dia berjalan menuju ke meja untuk memulangkan semula kad.
Darrise dan kawan-kawannya yang sudah lama menyelesaikan cabaran mereka sedang menunggu Isha keluar. Tapi hairan. Mereka hanya nampak kelibat Hazim seorang sahaja keluar.
"Eh? Mana Farisha? " - Soal Adif kepada Darrise.
"Manalah aku nak tahu. Mungkin, diorang berpecah kot. So, mungkin Farisha tengah cari lagi pokok dia tu. " - Darrise menjawab sepositif yang mungkin.
Adif hanya mengangguk tanda faham sahaja. Ramai orang mula keluar dari hutan itu tapi tiada langsung kelibat Farisha.
Jam di tangan Darrise dikerling. Sudah hampir 3 jam mereka menunggu. Mereka semua mula risau. Semua orang sudah keluar.
"Weh Put. Mana siak Farisha? Lama sangat ni. Si Arissa ni pun macam orang putus cinta je tak dapat jumpa Farisha. " - Faaez menunjuk Arissa yang tidak jauh dari tempat mereka sedang mengulang-alik di tempat yang sama.
Darrise tidak menjawab dan hanya memandang jalan itu menunggu ketibaan Isha. Matanya ternampak kelibat Hazim yang sedang memandangnya dengan senyuman sinis.
Pelbagai kemungkinan sedang bermain di fikirannya. Hatinya rasa panas. Dia terus melangkah ke arah Hazim yang masih lagi memandangnya.
Dia berdiri tegak di hadapan Hazim. Hazim berdiri dan senyuman sinis tadi masih tidak lekang dari bibirnya. Darrise memandang.
"Mana Farisha? " - Soal Darrise.
Hazim hanya mengangkat bahu dengan wajah yang menjengkelkan. Darrise yang tidak boleh menahan sabarnya menarik kolar baju Hazim dengan kasar.
"Aku tanya elok-elok kau jawab. Kalau kau taknak kena belasah dengan aku, baik kau cakap mana kau tinggal Farisha. " - Darrise
"Aku tak tahu. Tadi, dia kata dia nak pergi sendiri. So...mungkin dia dah kena makan dengan harimau? " - Hazim ketawa perlahan.
Belum sempat penumbuk Darrise hinggap di muka Hazim, Adif sudah datang dan meleraikan mereka berdua. Cikgu Qistina yang mendengar kekecohan itu terus pergi ke arah Hazim dan Darrise.
"Apa gaduh-gaduh ni? Hazim? Darrise? " - Cikgu Qistina
"Kau jangan ingat aku tak tahu eh apa yang kau buat dekat Farisha dulu. Kalau kau buat apa-apa dekat dia kali ini, aku akan pastikan kau tak boleh jejak lagi dekat muka bumi ni. " - Darrise
Darrise menolak lengan Adif dengan kasar. Dia terus masuk ke dalam hutan mengendahkan soalan dan panggilan Cikgu Qistina.
Adif yang masih lagi cuba untuk memproses keadaan itu terus berlari masuk ke dalam hutan mengikut Darrise. Risau jadi apa-apa kepada Darrise. Walaupun... dia tak pandai jaga diri sendiri.
"Putera! Tunggulah Aku! " - Adif menjerit.
Darrise berhenti dan memandang ke belakang melihat Adif yang sedang berlari menuju ke arahnya.
"Asal kau ikut aku?! " - Darrise menyoal.
"Kau tu bukannya boleh percaya sangat. Karang jadi apa-apa aku boleh tolong kau. " - Adif menjawab.
"Kalau macam tu kita berpecah lah. Senang sikit nak cari si Farisha tu. " - Darrise memberikan cadangan.
Adif mengangguk. Mereka berdua terus berjalan mengikut arah yang berlainan. Darrise yang sudah berjalan agak jauh dari tempat tadi mengeluh seketika.
Dia berasa agak penat. Sudahlah baru sahaja lepas jungle trekking tadi, sekarang kena lagi round 2. Walaupun penat, dia tetap meneruskan perjalanannya.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
Любовные романыAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...