"Darrise...." - Farisha
"Farisha!! Awak okey tak ni." - Adif memegang erat pinggang Farisha.
Dia keluar dari pejabat sebab nak ambil angin. Tiba-tiba ternampak Darrise tengah bercakap dengan Farisha. Dia terus menuju ke arah mereka berdua. Terkejut dia dengar Darrise tengah tengking Farisha.
Lagi terkejut Adif bila Farisha tiba-tiba macam nak pengsan.
"Darrise!! Asal kau tengking dia! Dia tak buat apa-apa pun! " - Marah Adif
Darrise sedikit tersentak. Dia tak sedar yang dia sedang melepaskan kemarahan kepada Farisha.
"Darrise...." - Farisha memanggil tetapi cukuo kuat untuk Adif mendengar sahaja.
Darrise ingin menyentuh Farisha tapi Farisha menolaknya.
"Farisha. Farisha bangun. Isha." - Adif menarik Farisha lebih rapat dengannya.
"Putera, tolong keluar kan fon aku dari dari dalam poket. Lepastu dail nombor Khai. " - Adif
Dia menurut juga suruhan Adif tadi. Telefon di ambil dari dalam poket dan nombor 'Khai' di dail.
"Hello? Tuan? " - Khairun
Darrise membuka loud speaker.
"Tolong turun bawah sekejap. Isha pengsan. " - Adif
Telefon terus di matikan oleh Khairun. Tak sampai 3 minit Khairun dah muncul dekat situ.
"Meh saya angkat dia. " - Khairun menarik Farisha dari Adif.
"Thanks. " - Adif
Khairun hanya sekadar menggangguk dan mengangkat Farisha di belakangnya. Dia masuk semula kedalam bangunan tadi. Kuat gila woo...
"Ehem. Urmm... See? Aku dah cakap dia suka dekat aku. " - Adif
Darrise hanya mendiamkan diri. Betul juga kan? Kalau tidak, kenapa Farisha nak tolak doa tadi? Padahal, sebelum ni dia elok je dengan Darrise.
Adif berjalan masuk ke dalam bangunan itu meninggalkan Darrise. Darrise pula buntu. Tidak tahu nak buat apa lagi. Dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Faaez.
"Yoowww whatsupp? " - Faaez menjawab panggilan dengan riang.
Dia tak tahu Darrise dengan Adif ni macam tengah berperang dekat sini.
"Aku tengah broken ni. Teman aku pergi healing jap. "
~•~
"Lepastu, Adif suruh aku jangan suka dekat Farisha. Time tu aku dah macam pelik dah. Asal mamat ni tiba-tiba je??" - Darrise
"Lahh?? Sumpahlah Adif cakap macam tu? Bapak pelik siak. Betul ke tu Adif? " - Faaez
"Iyelahh. Takkan aku cakap dengan jelmaan syaitan pulak. " - Darrise
"Lepastu Farisha sekarang dekat mana? " - Faaez
"Dekat Adif lah." - Darrise
"Jap... Tapi Farisha mana ada reject kau kan? Yang kau pergi percaya diorang berdua tu bercinta dah kenapa? " - Faaez
"Dah kalau Farisha pernah reject aku sebelum ni sebab Adif, sah-sah lah diorang tu bercinta. " - Terang Darrise.
"Haih... Kau ni bodoh lah. Dah lah buta. Letih aku nak cakap.... Okey dengar sini eh, aku tahu yang Farisha suka dekat kau. So, kau tak payah lah percaya cakap Adif tuuu. " - Faaez
"Kau tak payah nak sedapkan hati aku dengan cakap benda yang mustahil lah. Dia suka dekat aku?? PFFT- lawak siot. " - Darrise berpura-pura ketawa.
"Aku tahulah!! Dia yang cakap dekat aku! " - Faaez
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...