"ADELLIA FARISHA!!! KENAPA KAU LAMBAT, KAU TAU TAK AKU DAH LAMBAT NAK MASUK KERJA. DENGAN KAU TAK IRON BAJU AKU MAKANAN PUN TAK ADA. KAU INGAT KALAU KAU DAH SEKOLAH BALIK AKU AKAN BAGI MUKA MEMANG TAK LAAA. SINI KAU AKU KERJA KAN KAU SEBAGAI HUKUMAN BUAT ANAK TAK GUNA MACAM KAU NI" - Puan Afrina
Farisha menuju ke kamarnya dan mengunci pintu biliknya.Dia sudah tidak tahan dengan semua yang terjadi.Dia penat,dia tidak tahu sampai bila dia harus bertahan dan hidup dalam neraka seperti ini.Dia trauma dengan segala yang pernah terjadi semasa dia kecil dan di sekolah menengah sehingga dia harus membuat keputusan untuk pindah dari situ.
"Kenapa aku perlu hadap semua ni Ya Allah,aku penat bertahan dari aku kecil hingga sekarang...aku ingat kau akan berikan aku kebahagian jika aku terus kuat tapi mana?Kau terus uji aku sehingga....aku..." - Farisha
Kepala yang rasa sangat pedih di pegang. Kedua-dua tangan mengenggam erat cuba untuk menahan rasa sakit di dalam hati. Mata dipejam lama.
"Hahaha kenapa kau nak ceritakan pada tuhan kau sedangkan dia tak pernah sedikit pun dengar rintihan kau? Cara paling senang adalah dengan mengakhiri hidup kau Farisha. " - Aris
Ketika Aris ingin melangkah ke laci untuk mengambil pisau lipat yang aku simpan selama ini, dia terdengar suara Isha yang memujuknya untuk berhenti.
"Aris lupa ke apa yang dia cakap, dia kata tak kira sebesar mana pun masalah, kita jangan cederakan diri sendiri kerana Allah benci orang seperti itu. Kita kena percaya yang keajaiban dan kebahagian akan tiba pada orang yang bersabar." - Isha memujuk sambil menangis.
"Tapi... sampai bila?? Aku dah penat, Farisya pun. Sampai bila kita perlu bertahan. Farisha tak mampu kawal diri dia lagi." - Aris.
Aku terus melabuhkan diri di atas katil dan terlelap. "Ermm.. dah pukul berapa ni? Ya Allah lamanya aku tidur, kenapa kepala aku sakit sangat ni..mesti sebab tadi haih" - Farisha.
~•~
"Wey.. sorry aku lambat,ni semua salah Rissa dia punya bersiap bukan main lama nak lepak je pun" - Adif.
Arissa teruk ketuk kepala Adif tadi. Yelah dari awal lagi suka memalukan Arisssa depan Darrise dan Faaez. Sudahlah Arissa sorang sahaja perempuan dalam kumpulan itu.
"Kau pun Adif kalau Rissa lambat paham-paham jela..Woman is always like that, lagipun lambat 10 minit je aku dengan Faaez okey je." - Darrise.
Faaez tergelak kecil dan hanya menganguk. Kami terus memesan makanan dan minuman. Sedang kami rancak berbual, tiba-tiba kami nampak kelibat Farisya yang tengah kelam kabut ke sebuah kedai.
"Ehh.. tu bukan Farisya ke? Kenapa dia pakai baju kerja kedai tu, takkan lah dia kerja situ kot? Rissa kau tau apa-apa tak? - Adif
Arissa hanya menggelengkan kepala sebab Farisya ada bagitau dia yang dia bukan dari keluarga susah jadi dia tak perlu bekerja tapi sekarang kenapa lain dari apa yang dia cakap. Darrise hanya memandang sahaja kedai itu, dia berasa ada sesuatu yang Farisya sorokkan dari semua orang.
"Uii Darrise kalau iye pun kau nak tau apa Farisya buat dekat situ, tak payah la sampai tenung kedai tu macam nak makan. Lagipun kalau dia bekerja tak pelik la sebab kita pun kerja kan cari duit lebih so biasalah lah tu. - Faaez.
Kami semua hanya bersetuju mungkin betul juga apa yang Faaez cakap tu.
~•~
"Assalamualaikum, maaf mengangu kelas cikgu, saya datang sini sebab nak cari Adellia Farisya dia datang tak harini? - Cikgu Qistina.
Satu kelas hanya diam termasuk Arissa, Syafiqah dah Syafiqa kerana sudah seminggu Farisya menghilangkan diri selepas hari pertama dia dekat sini. Mereka ada cuba call dan mesej tapi tiada satu pun yang berbalas sampai sekarang.
Kami cuba cari dekat tempat dia kerja tapi pekerja tu kata Farisya tidak pernah berkerja disitu. Itu yang membuatkan kami semua pelik sedangkan haritu memang kami nampak dia disitu dengan baju kerja kedai itu.
"Tak apalah kalau semua tak tahu Farisya kemana, sekali lagi maaf ya mengambil masa cikgu. - Cikgu Qistina.
Selesai sahaja kami membeli makanan,kami terus bercakap tentang Farisya.
"Wey... korang tak pelik ke Farisya tiba-tiba je hilang macam tu? Aku rasa ada something la jadi kat dia, korang tau tak alamat rumah dia? - Syafiqah.
Kami semua hanya diam tidak tahu mahu menjawab apa sebab Farisya memang jenis yang tidak ingin cerita apa-apa berkaitan hidupnya kalau kami tanya dia akan ubah topik tu.
Sedang kami dalam perjalanan ke kelas,Hazim tiba-tiba muncul dan menghalang jalan kami.
"Korang mana Farisha? Asal dah lama aku tak nampak dia dengan korang ke korang bergaduh? - Hazim.
Baru Syafiqah nak buka mulut aku dah menghalang dan terus meninggalkan Hazim seperti itu sahaja sebab aku tak nak masalah ini jadi besar dan aku tidak tahu apa hubungan mereka.
"Kau ni asal suka hati je tarik aku dari situ. Tak sempat lagi aku nak jawab soalan dia" - Syafiqah.
"Haih..akak pun satu. Tahu ke apa hubungan Hazim dengan Farisya? Tak kan? Jadi baik kita jangan jawab apa-apa lagipun masa Farisha tu jumpa Hazim muka dia macam benci, tak suka. Jadi baik kita jangan jawab apa-apa soalan yang berkaitan Farisya tanpa izin dia, yang pasal dia hilang ni pun jangan cakap apa-apa cukup cuma budak kelas kita sahaja tau" - Syafiqa.
Farisya membelek fon dia yang penuh dengan chat dan miss call dari kawan-kawan dia dan cikgu.
"Haih..maafkan aku korang aku terpaksa hilangkan diri sebab keadaan diri aku yang agak teruk dan tak stabil" - Farisha.
Ketika aku ingin turun ke ruang tamu aku berselisih dengan papa, tiba-tiba dia menarik rambutku dengan kuat dan menolak aku sehingga aku terjatuh dari tangga.
"Kenapa kau tak pergi sekolah hah!!kau saja kan nak perhatian dari cikgu kau, siap datang rumah lagi tanya pasal kau atau kau nak malukan aku depan cikgu kau tu ? - Encik Akmal
Aku hanya diam kerana sakit yang aku rasakan di badan aku, dah la dengan kesan yang sebelum ni tak hilang lagi. Aku agak terkejut kerana tiba-tiba aku rasa pipi ku ditampar dengan kuat sekali.
"OIII SAMPAH AKU CAKAP DENGAN KAU NI AKU NAK AHAD DEPAN KAU PERGI SEKOLAH TU DAN KAU PERGI CARI KERJA." - Encik Akmal
"Kenapa Farisya nak kena kerja pula? Ouh.. Farisya tau, papa nak guna duit untuk judi kan? Memang tak la Farisya nak bagi dan untuk pengetahuan papa Farisya perlukan duit tu untuk perbelanjaan sekolah Farisya." - Farisya
Aku nampak perubahan riak wajah pada papa,aku terus rasa seram sejuk kerana aku tau selepas ini aku akan dikerjakan cukup-cukup.
"Kau ni memang nak kena ajar kan.Sini kau.." - Encik Akmal
"Sakitnya...k-kenapa diorang cuma tau pukul aku sahaja...Diorang tak sayang aku ke?Kenapa nasib aku jadi macam ni,sumpah aku penat....Ahh....sakitnya kepala aku nii...Arghh!! - Farisya.
~•~
"Kesian Farisya, hm.. Apa yang boleh aku buat untuk bantu dia lepas dari semua ni? - Aris
Farisha terus bersiap untuk mencari kerja agar ayahnya tidak naik angin lagi. Selepas 2 jam lebih aku berjalan mencari kerja yang kosong. Tapi hampa, satu pun tidak ada kalau terus macam ni aku terpaksa cari kerja yang jauh sikit dari kawasan perumahan ni.
Farisha berhenti rehat seketika di kawasan perhentian bas sebelum sambung mencari kerja kerana kondisi badan aku yang teruk dan lemah. Dia harap sangat tidak akan terserempak dengan kawan-kawan dan rakan sekelas dia sebab ni bukan Farisya tapi orang lain. Aris.
"Eh? Kau...Farisha eh?" - Darrise
•Fat•
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...