"Makan bagi habis tau? " - Adif
Farisha mengangguk laju sambil tersengih. Mereka berada di dewan makan. Ramai orang yang tanya keadaan Isha sekarang. Isha hanya menjawab yang dia sudah okey.
Sekarang ni, Adif, Arissa dan Faaez sedang menemani Farisha makan sementara Darrise pergi balik mandi.
Ikutkan tadi, Darrise tak mahu tapi disebabkan Isha okey dan tidak sakit lagi dia pulang sebentar.
"Umm... Mana Darrise? Tadi dia kata nak teman... " - Isha menundukkan kepalanya.
"Aik? Rindu ke tu~ " - Faaez memuncungkan bibirnya.
"Diamlah kau pendek. Darrise pergi balik mandi sekejap. " - Arissa menjawab.
"Oh.... " - Isha hanya diam dan sambung makan.
Rasa macam bosan lah pula bila abang Darrise tak kacau dia. Selalunya, ada sahaja Darrise nak mengejek Isha. Pendek lah, hodoh lah. Macam-macam.
Isha berdiri dan pergi ke singki untuk membersihkan tangannya. Dia mencuci muka untuk menyegarkan sedikit mukanya. Nampak seperti tak mandi 5 tahun.
"Farisha. " - Panggil Darrise yang baru datang.
Isha menoleh memandang Darrise. Terus terhasil senyuman di bibirnya.
"Oh- Darrise. Tadi kata nak teman Farisha makan. Penipu. " - Isha
Isha menjeling Darrise dan menyilangkan kedua-dua tangannya. Pura-pura merajuk. Darrise pula menjelingnya semula.
"Orang mandi lah. Wangi. Bukan macam kau busuk. Eeee tak nak dekat. " - Darrise menutup hidungnya.
Padahal Isha tak busuk pun. Walaupun berpeluh, berlumpur dia tetap wangi. Manakan tidak, sebelum keluar di semburnya minyak wangi hampir sebotol. Budak-budak memang macam ni. Kalau boleh, mandi lah minyak wangi tu.
"Mana ada orang busuk! Orang wangilah! " - Berkerut-kerut dahi Isha marah Darrise.
Darrise ketawa perlahan. Comel pula budak pendek ni.
"Yalah. Kau tak busuk. Ceh. Tak boleh mengalah langsung. Dah pergi balik mandi. Geli aku tengok, serupa pengemis dah muka kau. " - Darrise menghalau Farisha.
"Tak nak lah. Nak tunggu Arissa, Syafiqa dengan Syafiqah habis makan dulu. Tak mahu lah duduk sorang-sorang. " - Isha berjalan ke arah Arissa.
~•~
"Pst psst. Azam. Ooo Azam. Tak bangun lah." - Adif membisik perlahan.
Kepalanya menjadi mangsa ketuk Darrise.
"Aduh! Sakit lah gila! " - Adif mengusap-usap kepalnya yang sakit.
"Hazim! Bukan Azam! Nyanyuk macam orang tua lah kau ni! " - Darrise menjulingkan matanya.
"Woi Shhh!! Boleh diam tak? Kalau si Hazim ni bangun, tak jadilah misi kita! " - Faaez membisik perlahan.
Ya. Mereka sedang melaksanakan misi yang sangat berbahaya. Iaitu meletakkan Hazim yang sedang nyenyak tidur di tepi hutan. Mula-mula, rancangannya ialah di dalam hutan.
Tetapi takut pula Hazim bangun tidur menangis merengek sebab takut. Sejahat-jahat Darrise, jahat lagi Farisha . Eh?
Macam mana boleh masuk ke dalam bilik Hazim? Senang kacang hijau. Tingkap yang luas terbuka seakan-akan tahu mereka bertiga mahu masuk ke dalam bilik itu memberikan mereka peluang keemasan untuk melaksanakan misi mereka.
Mereka perlahan-lahan mengangkat tilam putih yang Hazim sedang tidur. Misi pertama ialah untuk mengangkat tilam tersebut tanpa membuatkan Hazim terjaga.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
Roman d'amourAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...