~BAB 18~

24 3 0
                                    

"Jap kau ni kan. Pegang lah jarum ni betul-betul. Tercucuk karang. " - Darrise

"Ish! Orang tahulah! Sibuk je." - Isha menjeling Darrise.

"Eh mulut dengan mata tu. Cucuk pakai jarum japgi haa. Tak padan dengan tak pandai pakai shawl sendiri. " - Darrise

Sekarang ni, Darrise sedang memperbetulkan tudung Isha yang sudah ke belakang. Stress Darrise tengok dengan anak tudungnya sampai ke kening.

Nasib baik tak jadi macam semalam. Mumia terus. Tak pernah lagi dia tengok perempuan pakai gaya tudung macam tu.

"Ha kau pin sini dulu. Lepastu kau pusing dekat atas kepala. Last sekali, letak lah jarum. Ha kan dah cantik. " - Darrise tersenyum sedikit.

"Hehe memang cantik pun. " - Isha membuat muka bangga.

"Aku tarik balik lah. Ha kau hodoh. " - Darrise bangun dan meniggalkan Isha.

"Eh, eh sabarlah. " - Isha tercungap-cungap mengejar Darrise.

Darrise tersenyum kecil memandang Isha sekilas. Tak pakai makeup pun cantik. Comel pulak tu. Geram Darrise. Rasa macam nak cubit, tampar, pijak dengan sepak je muka Farisha comel sangat.

Mereka menuju ke arah dewan. Semua orang sudah berkumpul di sana. Tinggal mereka berdua sahaja yang belum sampai

Hari ini, mereka akan melakukan jungle treking. Isha...paling tak suka masuk hutan. Alters yang lain mungkin suka, tapi bukan Isha.

Nyamuk...lebah....lintah.... H-harimau.... MENAKUTKAN. Tapi tulah, kalau dia tak pergi, mesti kawan-kawan Farisha akan rasa pelik sebab Farisha yang beri cadangan untuk buat jungle trekking.

Jadi dia terpaksa juga meredah hutan. Mereka akhirnya tiba di dewan tempat berkumpul. Semua orang sedang memilih pasangan untuk masuk ke dalam hutan.

"Oh! Farisha, Darrise! Sini. " - Arissa memanggil.

"Korang dah pilih pasangan ke? " - Soal Darrise.

"Belum lagi. Tunggu korang lah. " - Arissa

"Aku nak dengan kembar aku hehehe. " - Syafiqah

"Aku nak dengan Farisha!!" - Jerit Darrise dan Adif serentak.

Lagi sekali....berebut lah dua orang ni.

"Uh...nampak nya kawan-kawan aku tak suka aku. Aha! Jom kita pasangan lah Arissa." - Faaez

"Ha jomlah. Dua ekor ni memang. Tak habis-habis Farisha. " - Arissa

"Hei! Apa gaduh-gaduh ni. Buat malu sekolah kita je. Dah, biar cikgu yang tentukan pasangan kamu bertiga. " - Cikgu Qistina

"Darrise dengan Adif. Farisha pulak dengan Hazim. " - Cikgu Qistina

"Huh??! " - Jerit mereka bertiga serentak.

"Jap... H-hazim ikut sekali... Tapi dia bukan kelas kita?!!" - Isha

"Kan kelas Cempaka pun ikut sekali.... Kamu ni lupa ke? Dah pergi berkumpul dengan pasangan kamu. " - Cikgu Qistina berjalan pergi dari situ.

Isha sudah menggaru kepalanya. Habislah dia kalau Hazim ada. Dia takut lah.... Macam mana kalau Hazim tolak dia daripada atas bukit. Tak pun, Hazim tolak dia bagi harimau makan. TAK NAKK!!!

"Woi Farisha. Sinilah cepat." - Hazim

Terus tersedar Farisha dari lamunannya. Hazim lah... Macam mana ni. Takut....

"O-okey. " - Menggigil-gigil Isha menjawab.

"Weh... Aku rasa suspicious lah dengan si mamat Azam tu. " - Adif

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now