"Farisha, bangun sayang. Mama dah buat breakfast favourite Farisha kat bawah." - Encik Akmal
"Farisha! Abang! Cepatlah turun! - Kedengaran suara Puan Afrina menjerit memanggil suami dan anaknya itu untuk turun makan.
"Ha cepat, cepat. Mama dah panggil tu. Nanti dia jadi singa papa tak nak tolong. - Ujar Encik Akmal sambil ketawa. Farisha juga turut ketawa mendengar papanya itu memerli mamanya.
"Iya, papa turun lah dulu. Kejap lagi Farisha turun. Farisha nak basuh muka dulu. " - Kata Farisha sambil tersenyum.
Encik Akmal hanya mengangguk dan menyuruh anaknya itu untuk cepat.
~•~
"Mamaaa..." - Panggil Farisha dengan nada yang meleret.
"Iya, apa dia sayang? " - Jawab Puan Afrina yang sedang menyedokkan nasi untuk Encik Akmal.
"Minggu lepas, Farisha kan ada ujian akhir tahun...FARISHA DAPAT NOMBOR SATU!! YEAYYYY" - Ucap Farisha dengan nada yang gembira. Ketika ini Farisha baru berusia 9 tahun.
"Ya Allah pandainya Farisha. Anak siapa lah ni? " - Encik Akmal tersengih.
"Anak saya lah siapa lagi? Dah kalau cantik dengan pandai mestilah anak saya. " - Ujar Puan Afrina dengan muka yang bangga.
Mereka semua ketawa menikmati detik-detik bahagia ini. Malang sekali, kebahagiaan itu tidak kekal. Syarikat Encik Akmal mengalami bankrupt. Ini telah menjejaskan sumber kewangan mereka. Encik Akmal mengalami stress dan tekanan akibat kekurangan wang.
"Abang... Macam mana nih? Kita tak bayar lagi bil elektrik untuk bulan ni. " - Puan Afrina
"ISH KAU BOLEH DIAM TAK! AKU SERABUT LAH!" - Encik Akmal
Farisha yang masih kecil tidak tahu apa yang berlaku. Dia hanya menangis di bawah selimut kerana takut akan ayahnya yang sudah berubah.
"P..papa...boleh tak Farisha nak pergi lawatan sekolah dengan kawan-kawan? " - Farisha
"Aku tak ada duit lah gila. Kalau kau nak pergi kau pergi cari duit sendiri. Tak payah nak harapkan aku aje. " - Encik Akmal
Disebabkan syarikat Encik Akmal bankrupt, Farisha menjadi buah mulut murid-murid di sekolah. Disebabkan ini jugalah Farisha sering di buli di sekolah.
*BUSH*
"Dengar cerita bapak kau dah miskin sekarang. Jadi, kau dah tak ada kuasa lah ye dalam sekolah ni? hahahahaah" - Ujar Annisa , bekas kawan baik Farisha.
"Haih ni lah karma Farisha. Dulu, kau kedekut sangat kan dengan kitorang. Tapi kitorang still kawan je dengan kau. Now look? The table has turned." - Mira
Farisha hanya mendengar sambil menangis. Dia tidak menafikan semua tuduhan itu kerana dia tahu dia akan dipukul jika menjawab.
"Woy! Asal kau senyap je. Bisu dah eh? Hahahahahah." - Erisya
"Aha! Aku tahu, mungkin dia nak kita ajar dia cara nak buka mulut kot." - Husna membuat isyarat kepada Syahira. Syahira berjalan ke arah Farisha.
"Kau yang mintak semua ni." - Ujar Syahira sambil tersenyum sinis.
Syahira menarik rambut Farisha dan menolak Farisha sehingga kepalanya terhantuk di bucu locker.
"Ahh s-sakit.Dah tak nak dah. Aku mintak maaf. Tolong berhenti. Aku mintak maaf sangat-sangat. " - Farisha sudah nyawa nyawa ikan. Dia tidak mampu melawan balik dengan kondisinya yang lemah.
"You choose your own destiny. So you must bare with it. " - Dengan itu Syahira menolak Farisha sehingga dia tidak sengaja terjatuh dari tangga tingkat 3 sekolah itu.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...