"Adellia Farisha! Woi lama sangat ni. Cepatlah sikit. Nanti kita kena tinggal bas lah. " - Darrise
"ORANG BASUH TANGAN LAH! " - Pekik Isha dari dalam tandas perempuan
Darrise mengeluh. Ha inilah perempuan. Lambat. Isha keluar dari tandas dan berdiri di hadapan Darrise.
"Lembab. Ha tunggu sini. Aku nak masuk tandas. " - Darrise
Malang tak berbau. Keluar-keluar je Isha dah ghaib. Aku pusing ke kiri dan melihat pakcik bawa motor jual aiskrim. Teringin ja nak mmakan tapi duit pun tak ada nak makan aiskrim macam mana.
Darrise keluar dari tandas sambil membebel kerana bajunya basah sedikit terpercik air. Dia menjenguk untuk mencari Isha. Eh...mana dia...
"Farisha! " - Darrise
Senyap. Isha tak jawab. Sah, tak lain tak bukan memang merayap merata lah budak ni. Dia mengerling jam di tangannya.
Terbeliak matanya apabila tinggal 8 minit sahaja lagi untuk kembali ke bas. Adif yang kebetulan baru keluar dari tandas memandang Darrise yang sedang mencari sesuatu.
"Woi Put. Asal? Jom lah pergi naik. Cikgu tunggu nanti. " - Adif
"Jap...jap... Kau naik lah dulu.. Aku nak pergi ambil dompet jap tertinggal dekat kedai makan. " - Darrise
"Urmm... Okey.. " - Adif berjalan meninggalkan Darrise dengan perasaan yang ragu-ragu.
~•~
"Dah diam. Tak payah nak menangis. Kau ni dah kenapa? Dah tua bangka pun nak menangis lagi ke? " - Darrise membayar semua aiskrim yang telah Isha makan dari pakcik yang membawa moto aiskrim itu.
"I-isha mana lah nak tahu... Kan tertinggal dompet dalam bas. " - Isha mengelap air matanya dengan lengan bajunya.
"Lah dah tu? Yang kau menangis lagi apasal? Aku dah bayar kan. " - Darrise
"Iyalahh tapi nanti miskin lah Darrise... " - Isha menyambung menghayati watak emo nya itu.
"Gila dah budak ni. Dahlah. Aku kaya tahu tak. Setakat aiskrim ni tch. Aku boleh beli selori aiskrim. " - Darrise membuat muka bangga. Start dah pakcik ni...
"Dah. Kita kena cepat. Kang tak pasal-pasal kena tinggal bas. " - Ujar Darrise sambil berjalan menuju ke bas.
Dia masuk ke dalam bas dan senyum apabila melihat tempat duduknya masih lagi kosong. Senyumannya makin lebar apabila dia melihat Faaez sudah berambus dari tempat duduk sebelahnya.
"Oh! Farisha. Awak pergi mana tadi? Ingatkan awak tak nak pergi turun. Saya dah belikan awak makanan dah ni. " - Adif menunjukkan plastik itu.
"Tak naklah. Farisha dah makan tadi. Sekarang ni nak tidur. " - Farisha menguap.
"Oh ha okey sinilah. Ha Faaez kau pergi duduk belakang balik. " - Adif cuba untuk menghalau Faaez
"Tak naklah. Aku nak duduk sini. Selesa~" - Faaez
Darrise menyuruh Isha duduk di sebelahnya. Belum sempat Farisha nak duduk Adif menarik lengan bajunya.
"Tak payah duduk belakang. Duduk dengan saya. - Seraya itu, Adif menolak Faaez sehingga terjatuh dari tempat duduknya.
"Tak sekarang ni aku ni pengemis ke apa? Yang korang jijik sangat dengan aku ni apasal woy huwaaa... " - Faaez
Faaez berpura-pura menangis. Tapi tulah...siapa yang kisah. Darrise menarik lengan baju Isha sebelah lagi.
"Duduk sebelah aku lah. Faaez nak duduk depan." - Darrise
Adif dan Darrise memandang sesama sendiri dengan tatapan yang tajam.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...