~ BAB 46 ~

46 0 0
                                    

" Hii Indah..!!" - panggilku dengan teruja

" Hii Farishaa" - balas indah

" Wahh happynya bakal pengatin nii" - Indah

Aku hanya tersenyum malu.

" Ahh Indah, Awak boleh datang kan majlis saya?" - soalku untuk kepastian

" Mestilah saya datang... Majlis kawan saya kan tapi nanti saya bawak kawan saya yang sorang tu boleh tak?" - tanya Syahindah

" Boleh-boleh. Lagi ramai lagi meriah" - Farisha

Aku betul-betul teruja dan tidak sabar menunggu tarikh bahagia itu tiba.

Sedang seronok aku dengan Syahindah bergelak ketawa ada pula syaitan yang datang ke sini.

" Hai Farisha. Long time no see" - sapa Husna

Aku hanya mengedahkan sapaan Husna sebentar tadi. Malas nak layan.

" Wow sombongnya diaa.." - Husna

Masih sama aku still buat-buat pekak. Syahindah jugak sama buat macam mereka tidak wujud.

Tiba-tiba tudung ku ditarik kasar yang menyebabkan aku tersentak ke belakang.

" Arghh sakitlahh gila!!!" - marahku

" Tau pun sakit!! Lain kali jangan palau aku bila aku cakap dengan kau!!" - tengking Husna

Syahindah terus bangun menapak ke arahku tapi dihalang oleh Wan dan Erisya.

" Tepila. Korang nak buat apa kat dia?" - soal Syahindah apabila dia melihat Amira datang membawa air suam.

" Aku... Nakk kasi pengajaran sikit dekat kau. Lain kalii jangan tunjuk hebat depan aku" - Husna terus menuang air tersebut ke muka ku.

Aku bernasib baik kerana air tersebut tidak panas. Selalunya cafe ni dia punya air suam macam air panas.

Husna dan gengnya menggelakkan ku. Seronok kot tengok aku yang dah basah lencun.

Aku menahan amarah yang sedang membara. Aku taknak membesarkan hal ni.

Syahindah tidak dapat membuat apa-apa kerana dirinya masih dipegang.

" Alolo nak nangis ka? Alaa tu baru sikit aku ada lagi sebenarnya. Jap eh" - Husna

Aku masih menunduk ke bawah, cuba menahan diri dari bertindak luar kawalan dan menyebabkan alters aku yang lain keluar.

" Tadaa.. Tengokk ni ada video kau kena jumpa psiktri laaa sebab kau ada masalah mental kann.." - Katanya sambil menunjukkan rakaman video tersebut kepadaku.

Aku tersentak. Macam mana dia boleh ada video tu. Lagipun selama ni aku memang berjumpa dengan doktor tersebut secara senyap-senyap dah hanya sekali sahaja.

" Macam mana kau dapat? "- tanyaku sambil memandang kerahnya.

" Macam mana aku dapat tu rahsia tapi yang pasti dalam video ni ada sebut tentang sakit kau. Jadi... Aku akan.. Hebohkan dekat satu university ni "- katanya sambil ketawa

Aku hanya terdiam dan tidak mampu berfikir apa-apa. Aku takut sangat rahsia aku terbongkar dan menyebabkan aku akan mendapat nasib yang sama kembali.

" Kau apasal diam!!" - tengking husna kerahku yang menyebabkan aku terjatuh dari kerusi akibat terkejut.

Aku melihat tanganku sudah mengigil. Aku tidak boleh membiarkan panic attack aku datang pada waktu macam ni.

Belum sempat aku bangun, aku merasakan pipi aku ditampar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now