Telefon Darrise yang berdering terus diangkat apabila nama panggilan Adif muncul di muka hadapan skrin.
"Hello. Adif? Asal? " - Darrise
"Ah Put. Datang jap office aku boleh tak? " - Adif
Darrise mengerut dahi.
"Huh? Office apa ni? " - Darrise menyoal.
"Urm. Ni lah aku nak cakap. Datang lah dulu. Aku share location. " - Adif
Belum sempat Darrise nak tanya soalan lain Adif meletakkan panggilan dulu.
Darrise menggaru kepala dengan muka yang hairan.
'Office family dia lah kot..."
~•~
Kini, Darrise sedang berdiri di hadapan bangunan yang tinggi mencecah langit.
'Perghh ini macam bangunan abang dulu.'
Dia terus masuk ke dalam dan menuju ke arah kaunter.
"Ye? Ada apa-apa boleh saya bantu?"
"Uh... Kenal tak Adif? Dia suruh datang sini. " - Darrise
"Ahh encik Darrise eh? Encik boleh naik lift, pergi tingkat 71. "
"Ah okey. Thanks. " - Darrise
Dia menuju ke arah lift dan menekan butang lif itu. Pintu lif terbuka apabila lif tiba di destinasinya. Darrise keluar dari lif dan tercengang-cengang tak tahu nak pergi mana.
Dari jauh , dia nampak seorang perempuan yang baru sahaja duduk di kaunter.
"Urm. Hi. Nak tanya mana pejabat Adif eh? " - Darrisse
"Encik ni siapa ye? Ada buat meeting ke? " - Khairun
"Uhm.... Dia yang suruh datang sini tadi..." - Darrise
"Saya minta maaf tapi kalau encik tak buat apa-apa meeting, encik tak boleh jumpa dengan- " - Khairun
"Oh Darrise! " - Adif memanggil ketika keluar dari pejabatnya.
Darrise terkejut. Kawannya itu nampak agak lain... Dengan rambut yang tersikat rapi dengan baju kemeja formal membuatkan dia nampak segak dan kemas. Ni bukan Adif ni....
"Woi. Kau berangan apa ni. Masuk lah cepat. " - Adif
"Oh ha. Pening kepala jap. Tinggi sangat bangunan. Heheh." - Darrise
Darrise masuk dan pandang sekeliling bilik. Interior designnya sangat kemas. Biliknya bertemakan gelap tapi tidak menyakitkan mata. Dia memandang Adif yang baru duduk di atas kerusi kerjanya.
Baru dia perasan yang Adif tidak senyum kepadanya sekali pun. Entah kenapa aura Adif sekarang ni... Macam menakutkan sedikit. Dengan wajah yang dinginnya.
Mungkin dia memang begitu di tempat kerja. Membezakan hal peribadi dan hal kerja. Dia terus duduk di kerusi berhadapan dengan Adif.
"Kau suka Farisha lagi ke? " - Adif memecahkan sunyi.
"Huh? Kenapa kau tiba-tiba tanya? " - Darrise
"Saja. Jawab jelah soalan aku. " - Adif
"Kalau aku jawab ya? " - Darrise
Adif menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia kedepankan sedikit badannya.
"Kalau ya, kau buang kau punya perasaan tu. " - Adif
Darrise membuat muka hairan. Dia menatap wajah Adif. Tidak nampak seperti gurauan.
"Kenapa pulak? Kau siapa nak tentukan siapa yang patut aku suka, dengan siapa yang patut aku tak suka? " - Darrise
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...