~BAB 3~

99 9 0
                                    

"Farisha?"

Farisha menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang memanggil namanya. Farisha terkaku. Itu dia .Orang yang pernah buat hidupnya merana.

"H...hazim" - Farisha

"Ahh betul lah kau Farisha kan? Wah lama tak nampak kau eh? Ingatkan dah mampus. Dah cantik ye kau sekarang. - Hazim tersenyum sinis memandang Farisha dari atas ke bawah.

"Eh awak kenal Hazim ke Farisha" - Syafiqah

Uh-uhh saya nak pergi tandas sekejap. - Farisha lari meninggalkan mereka di situ. Dia lari pergi ke belakang bangunan sekolah. Dia takut. Dia tidak sangka dia akan berjumpa semula dengan lelaki yang dibencinya itu.

~5 Tahun Lepas~

"Farisha sayang, jangan lah lari. Penat lah aku nak kejar hm." - Hazim

"Hazim tolong la berhenti. Saya dah penat lah dengan semua ni. " - Farisha merayu sambil menangis. Dia betul-betul sudah penat.

Asyik dia sahaja yang menjadi mangsa melepaskan kemarahan. Di rumah sudah dipukul oleh ayahnya, di sekolah juga dia akan dipukul hampir setiap hari. Kadang-kadang atas sebab yang tidak munasabah.

"Sekarang ni...siapa yang bagi kau kebenaran untuk bercakap dengan lelaki lain? TIADA SIAPA KAN?! - Hazim meninggikan suara.

"Hazim, saya bercakap dengan Syameer sebab ada kerja Geografi berpasangan. Itu sahaja. Lagipun awak tiada hak nak tentukan siapa yang saya boleh bercakap ataupun tak. Kita berdua tak ada apa-apa hubungan paham tak! - Farisha

"Wow sekarang kau dah berani nak melawan cakap aku eh? Sini kau" -  Hazim menarik rambut Farisha. Dia mencekik leher Farisha sehingga dia sukar untuk bernafas.

"J-jangan Hazim. T-tolong berhenti" - Farisha sudah tidak berdaya untuk melepaskan diri dari Hazim akibat dipukul dan disepak Hazim tadi. Dia hanya mampu menjerit meminta tolong dan berdoa agar dirinya selamat.

"Weh Hazim dah la tu. Nanti kalau budak tu mati susah kita nak menjawab. - Aliff

"Yelah weh. Nanti tak pasal-pasal kita kena masuk penjara sebab membunuh.  - Zakwan

Hazim melepaskan cengkaman di lehernya. Farisha jatuh tersungkur dan cuba untuk bernafas semula.

"Ingat eh. Lagi sekali aku nampak kau dengan jantan lain, memang aku bunuh kau betul-betul. Paham!?" - Hazim

"P-paham, paham. " - Farisha

Hazim dan kawan-kawannya berjalan meninggalkan Farisha setelah puas belasahnya. Farisha hanya menangis memikirkan bahawa dia tidak akan terlepas dari neraka ini.

Dia tahu bahawa dia akan sentiasa diperlakukan sebegini hinggalah dia habis persekolahan. Sebab itulah Farisha membuat keputusan untuk menukar sekolah.

Tapi malang sekali nasib tidak menyebelahi Farisha. Dia terperangkap lagi dengan neraka ini selepas beberapa tahun berlalu.

------------------------------------------------------------------------

Farisha menangis teresak-esak. Dia tidak mahu sejarah berulang lagi. Dia hanya mahu hidup dengan tenang tanpa sebarang masalah.

Terdengar bisikan di telinga Farisha. 'Sebab itulah, kau patut mati je dulu.'

Farisha menekup telinganya yang berlapik dengan tudung sekolah cuba untuk berhenti dari mendengar bisikan dirinya itu.

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now