"WOY! Bagi balik beg aku lah pakcik! Eeeee geramnya aku dengan orang tua ni! " - Farisha tercungap-cungap akibat penat mengejar Darrise yang membawa lari bagasinya.
"HAHAHAHA Eleeh, pakcik pun handsome jugak." - Darrise menjawab dengan muka bangga.
"Cepatlah ambil beg ni makcik oii...Kalau tak kau tinggal lah dekat sini. Tak payah ikut pergi lawatan ni." - Darrise menjelirkan lidahnya. Terkejut Darrise apabila Farisha tiba-tiba menunduk dan memegang kepalanya menjerit kesakitan.
"Arghh! Kepala aku..." - Farisha
"Eh asal? Aku tak rasa aku ada baling barang dekat kepala kau." - Darrise meletakkan beg Farisha di atas lantai dan menuju ke arah Farisha dengan wajah yang risau.
Farisha tiba-tiba berdiri dan lari masuk ke dalam bangunan sekolah. Dia terus menuju ke tandas.
Dia mencuci mukanya beberapa kali. Tapi kepalanya masih lagi sakit. Dia hanya mampu menjerit kesakitan.
'Tolonglah jangan sekarang..." - Farisha menangis kerana sakit yang teramat.
Terdengar bunyi ketukan di pintu.
"Wey kau okey ke tak?! Kalau kau merajuk aku minta maaf lah. Nah kau nak beg kau kan. Aku bagi beg aku sekali kalau kau nak." - Ujar Darrise yang tak tahu apa-apa tentang keadaan Farisha.
Tiba-tiba, sunyi sepi terus tempat tu. 'Dia pengsan ke woy?!!'. Baru sahaja Darrise nak membuka pintu yang berkunci itu, ternampak kelibat Farisha yang sudah membuka pintu itu terlebih dahulu. Kepalanya memandang ke bawah.
Habislah... Isha yang keluar....
Farisha mengangkat muka dan memandang Darrise sambil tersenyum.
"EH EH! Jangan pandang aku macam tu woi...takut aku..." - Terkejut Darrise melihat wajah Farisha seperti itu.
"Wahh handsome jugak lah abang Darrise ni." - Bersinar-sinar mata Isha memandang Darrise.
"H-huh? A-abang? Ehem, kau...okey tak okey ni? Risau wayar dalam otak tu terputus je..." - Darrise
"Aish abang Darrise ni. Mestilah Isha okey. Jadi jangan risau." - Isha mengelipkan mata kepada Darrise.
Isha berjalan meninggalkan Darrise. Darrise pula hanya keras di situ. Nak cair sebab dia panggil abang masalahnya pelik pulak. Nak cair sebab dia kelip mata memang mustahil. Budak ni memang macam kena rasuk.
"Woi! Beg ni ambiklah ish!" - Darrise mengangkat beg Farisha dan menuju ke bas. Dia memandang Farisha yang sedang berlari dan terjerit-jerit seperti orang gila. Memang sah kena rasuk lah.
"ISHA IS BACK~ OH! Ehem, i mean Farisha is back~" - Isha terpekik di hadapan bas seperti orang tak tentu arah.
"Woi Farisha. Kau kenapa terjerit-jerit ni. Mabuk ketum eh?" - Syafiqah
"Entahnya. Dah macam buang tebiat aku tengok. " - Syafiqa
"Hehe tak adalah. Farisha okey je~" - Isha
Darrise yang sedang membawa beg Farisha mengeluh. Berat woy beg Farisha. Mungkin dia bawa batu. Dia berjalan menuju ke bas dan menyusun semua beg rakan sekelasnya.
Terlihat kelibat Isha yang sedang menyandar tepi bas itu. Dia memandang Darrise yang sedang menyusun beg.
"Fuyyoo, sado gila abang Darrise boleh angkat beg banyak-banyak terus. - Isha
"Diamlah budak. Dah la beg berat. " - Darrise mendengus.
"Weh. Tolong susunkan beg aku sekali. Thanks bro. " - Ujar Adif yang baru sampai.
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
Любовные романыAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...