~BAB 2~

112 9 0
                                    

"Adellia Farisha!"Farisha menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil oleh seorang guru.

"Kamu murid baru yang datang dari SMK Merbok kan? Saya Cikgu Qistina guru kelas kamu. Uh kenapa kamu pakai baju kurung sekolah? "Cikgu Qistina membuat muka hairan. Selalunya murid tingkatan 6 yang mengambil STPM akan memakai baju biasa sahaja.

Farisha menepuk dahi. Dia lupa bahawa dia sudah menjadi murid tingkatan 6. Dia sudah menggosok pakaian yang dia harus pakai harini tapi dia terlupa pula. 'Malang betul nasib aku harini' bisik Farisha.

"Oh! Ini sebab saya rindu nak pakai baju kurung sekolah. Yelah kan cuti sampai dua bulan saya rindu pulak nak pakai baju ni." - Farisha tersengih memikirkan idea untuk menipu cikgu itu agak bernas.

"Oh..macam tu pulak. Ah,kamu akan masuk ke kelas 6 B. Kejap lagi, akan ada murid yang akan bimbing kamu untuk masuk ke kelas. Sementara itu, kamu boleh lah berjalan-jalan di sekeliling sekolah ni.

~•~

"Haihh... dah nak masuk setengah jam tunggu budak tu sampai,dia lupa ke ni."

Sedang aku ralit menunggu kehadiran budak itu,tiba-tiba aku terasa bahuku disentuh dan aku sedikit terkejut kerana orang yang menyentuh bahuku adalah lelaki.

"Awak ni sapa datang-datang je sentuh orang?Pervert!!"kataku dalam satu nafas akibat terkejut.Aku dapat melihat reaksinya seperti ingin gelak.

"Pfft- HAHAHAHA Awak kata saya pervert?Tolong lah. Saya tak jahatlah. Cikgu Qistina ada bagitahu untuk temankan awak masuk kelas. Nama saya Adif. Awak Adellia Farisha kan?"- Adif.

Aku hanya diam dan mengangguk kerana sedikit malu. Tulah orang kata, confident jangan tinggi sangat. Nanti malu yang mendapat. Kami terus menuju ke kelas kami. Aku berasa sedikit penat kerana kelas kami berada di blok paling hujung sekali.

Setelah berapa minit berjalan kami tiba di kelas kami. Adif meminta aku untuk memperkenalkan diri kerana murid baru wajiblah ada sesi seperti ini. Ketika aku ingin mengenalkan diriku, aku terpandang seorang lelaki yang berada di hujung belakang sekali.

"Kenapa aku macam kenal mamat ni eh?Jap jangan cakap ni pakcik tadi" getus Farisha dalam hatinya.

Setelah selesai aku memperkenalkan diriku, aku menuju ke meja yang berada di tengah-tengah kerana ada kipas. Kalau tidak, memang tak aku nak duduk di situ. Belum sempat aku duduk ada seorang perempuan bertanya kepadaku.

"Awak budak baru kan? Dari sekolah mana?Kenapa awak pindah?"-Syafiqah

Belum sempat aku menjawab ada kawan perempuan itu datang dan mengetuk kepalanya.

"Woy kau pun tunggulah dulu bagi budak tu duduk ke apa ni main terjah je" - Arissa.

Aku tergelak kecil melihat perwatakan mereka. Aku teringat akan zaman kecilku. Belum sempat aku termenung, aku terdengar namaku dipanggil.

"Hyee cik Adellia awak dengar tak apa yang saya tanya ni?" - Syafiqah. Aku tersenyum malu kerana ini sudah masuk kali kedua aku memalukan diri sendiri haih.

Aku menjawab segala persoalan yang dilontarkan olehnya. Paling tidak disangka muka dia ni nampak seperti pendiam tapi sebenarnya orang yang terlebih peramah. Penat aku mahu menjawabnya.

Kami semua terus senyap apabila cikgu pada masa pertama telah masuk.

~•~

"Baik, terima kasih murid-murid" - Cikgu Qistina

"Yeahh...rehat juga akhirnya.Perut aku dah lapar teruk ni." - Syafiqah. Kami semua tergelak melihat gelagat Syafiqah itu. Aku tidak menyangka bahawa aku dapat merasa kebahagiaan seperti ini walaupun aku datang ke sini kerana dia.

"Farisha kenapa awak termenung awak okey ke? - Syafiqa

Aku tersedar dari lamunanku. "Hehe tak la saya okey ja cuma teringat sesuatu tadi sorry...". Ketika kami beratur untuk membeli makanan aku bertanya kepada Arissa berkaitan menu disini.

"Makanan di sini semua sedap-sedap je harga pun boleh la." - Arissa."

"Kau tak payah nak bohong dia lah. Jujur ja apa susah. Sebenarnya kan Adellia, makanan dekat sini tak sedap langsung dan tak berbaloi dengan harga. Membazir ja awak beli. Baik bawak bekal." - Syafiqah.

Selepas itu Syafiqah dan Arissa bergaduh kerana mulut Syafiqah yang agak kasar baginya. Aku hanya mampu melihat sahaja sebab kalau masuk campur makin teruk jadinya bukan makin elok.

"Adell?" Farisha menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang memanggil nama panggilan. Farisha terkaku. Itu dia. Orang yang pernah buat hidupnya merana.

"H...hazim" - Farisha

•Fat•

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now