" Fuh.. Nasib present aku diterima. " - Farisha
" Congrats. Doa-doa la untuk aku jugak bagi aku punya present diterima. " - Syahindah
Aku menganguk dan berdoa di dalam hati. Aku hanya memandang ke depan melihat rakan sekelasku yang lain membuat pembentangan.
" Erm.. Satgi lepas kelas jumpa Darrise la tunjuk video presentation aku. " - gumamku di dalam hati
" Indah tunggu dekat kafeteria macam biasa au. Aku nak pergi tandas. " - Farisha
Aku terus berlari ke tandas, Dah lama kot aku tahan. Ikutkan nak pergi ja waktu kelas tadi tapi dah muka lecture Haziq garang nauu terbantut niat.
Ketika aku sedang membetulkan tudung aku terpandang seseorang dari cermin. Dia bersama rakannya yang baru memasuki tandas memandangku dengan sinis.
" Hey girl.. Tengok sapa ada depan kita. " - Husna
Aku masih berdiri kaku di situ. Nafasku mula laju teringat kembali apa yang mereka lakukan kepadaku dahalu. Cuma kalini mereka berempat.
" Ehh Haii.. Long time no see yahh.. " - Gelaknya dengan sinis
Tiba-tiba Mira datang dan menolakku hingga terlanggar badanku di dinding. Aku mengerang kesakitan akibat tolakan yang agak kuat.
" Sebab dah lama tak jumpa apa kata kita tinggalkan bekas sikit? " - Soal Mira
Aku menangis sambil merayu agar melepaskanku.
" Don't cry.. Sikit jaa tak sakit pun. " - Syahira
" Farisha ready yer. " - Erisya
Aku memandang Husna yang mengunci pintu masuk tandas. Aku mula menangis semahu-mahunya bila badanku dipukul dan ditendang oleh mereka. Mulutku telah disumbat dengan gumpalan tisu. Tanganku diikat dengan tudungku yang telah ditarik oleh mereka.
" Lepasni kita jumpa lagi, Bye my favourite girl... " - Husna
Erisya menglonggarkan sedikit ikatan di tanganku.
" Jangan lupa cover muka kau tu. Teruk sangat. " - Kata Erisya dengan sinis
Aku membuang tisu yang ada di dala mulutku dan melilit tudung secara ala kadar dan terus keluar. Aku keluar dari U dari pintu belakang kerana aku tidak mahu terserempak dengan Indah yang sedang menunggu ku.
Aku menghantuk kepalaku di streng.
" K- Kenapa... Nasib aku t- tak berubah? Kenapa di- diorang still laya- layan aku macam sampah? " - Luahku sambil menghantuk kepalaku di streng kereta
" Aku penat!! Aku baru n- nak rasa t- tenang, R- Rasa bahagia tapi se- semuanya berubah. AHHHH " kataku sambil memukul streng kereta
Hampir sejam aku menangis di dalam kereta. Nasib cermin ada tinterd kalau tak mesti orang dah cop gila.
Bila aku sudah sedikit tenang, Aku memandu pergi ke tempat yang boleh menenangkan fikiranku.
Aku mengambil cermin mata hitam yang terdapat di dalam dashboard. Aku memakainya kerana mataku yang bengkak teruk.
Aku duduk di salah satu kerusi yang disediakan. Aku memejam mataku cuba untuk melupakan segalanya tapi tidak berjaya malah semakin mengangu fikiranku.
Aku membiarkan air mataku mengalir dengan laju. Aku tidak mampu menahan beban yang ada di dalam hatiku kini.
Aku memegang kepala ku yang mula sakit.
" Please.. Bukan sekarang. Aku nak jumpa Darrise kalini sebagai Farisha bukann orang lain. " - Farisha
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...