"Farisha. Macam mana dengan kaki kau? Sakit tak? " - Darrise menyoal Isha.
"Tak sakit. Tapi doktor tu balut ketat sangat. Tak selesa lah. " - Isha mengadu.
"Kejap lagi aku tolong balut lain. " - Ujar Darrise sambil menghabiskan makanan di dalam pinggannya.
"Wow~ Ada orang sangat caring ya di sini. Betul tak Adif. Woi. Kau berangan apa? Adif? - Faaez menyiku Adif.
Terus tersedar Adif yang sedang berangan melihat adegan Farisha dan Darrise. Entah lah. Nak kata cemburu, dia itu siapa bagi Farisha? Bukan lah siapa-siapa yang penting pun. Hanya sekadar menjadi kawan dan peneman sahaja untuk Farisha.
"H-huh? Ah tak ada apa-apa lah. Mengantuk sikit. Itu yang berangan sikit tu. " - Jelas Adif.
Faaez mengecilkan matanya menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Entah iya tak iya Adif ni. Suspicious lah pula.
Adif berdiri dari tempat duduknya dan menuju ke arah pintu utama. Mereka semua hairan. Dah kenapa si Adif ni. Tiba-tiba sahaja nak keluar. Takkan koyak kot...
"Wei. Kau nak pergi mana? " - Faaez menjerit.
Adif berpusing memandang mereka semua. Dia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Umm... Aku nak pergi tandas je. Asal? " - Adif menjawab
Faaez menggeleng. Yang lain pula hanya menyambung makan sementara Adif pergi. Adif berjalan keluar dari bangunan itu.
Pasir berwarna putih yang dipijak Adif membentuk mengikut corak tapak kasutnya setiap kali dia berjalan.
Rambutnya yang ditiup angin sehingga serabut dibiarkan sahaja. Walaupun begitu, rupanya tetap nampak kacak dan segak dengan rambut yang serabai.
Disebabkan Adif berasa sedikit lelah, dia duduk di atas pasir itu. Tangannya memeluk kedua-kedua kakinya. Matanya nampak sayu sahaja. Tiba-tiba otaknya teringatkan nama Farisha.
Farisha... Dia cantik, baik, comel, penyayang, personalitinya juga agak pelik tapi menarik. Kalau nak di senaraikan tentang Farisha, memang sampai bila-bila pun tidak akan habis.
Hatinya sering rasa berdegup kencang apabila Farisha dekat dengannya. Hanya dengan melihat gadis itu dari jauh sahaja pun sudah membuatkan dirinya berdebar.
Tapi, entah kenapa dia rasa dia tidak boleh menerima Farisha. Dia juga mempunyai cinta pertamanya. Dia cuba membuang perasaannya terhadap Farisha, tetapi hatinya itu tidak boleh melupakan Farisha walau sesaat pun.
Apabila dia sudah pasti yang dia tidak mempunyai perasaan terhadap Farisha, pasti ada sahaja perbuatan Farisha yang membuatkan dirinya itu jatuh cinta lebih dalam.
Dadanya di pegang. Hatinya berdegup laju. Dia menarik nafas panjang-panjang cuba untuk menenangkan dirinya.
"Adif.... Stop lah. Ingat. Kau tu dah ada wanita yang kau cintakan. Jangan tamak lah! " - Adif membisik sendiri.
Ini kalau orang lain yang tengok, mesti fikir yang Adif ni orang gila. Tak ada kerja ke marah diri sendiri?
Otak kata lain, tapi hati pula kata lain. Mana satu yang boleh dipercayai? Hati ataupun otak?
"Adif!!! " - Isha menjerit dari jauh sambil melambai Adif.
Darrise, Faaez dan kawan-kawan Farisha juga melambai Adif.
"Woi! Ini tak nampak macam tandas pun? Ke kau dah buta sangat? "- Faaez duduk di sebelah Adif.
"Tak. Tadi aku sakit perut. Nak berak. Tapi tak ada mood pula nak berak. Ni tengah ambil mood lah ni. " - Adif
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...