Kunci dimasukkan ke dalam lubang mangga. Pintu kedai yang tutup dibuka oleh Fatin, pekerja kedai cafe.
'Aik? Aku tak tutup kipas ke semalam? '
Dia memusingkan papan tanda yang berlabel 'close' kepada 'open'. Dia pun berjalan masuk ke arah suis kedai itu. Dia membuka lampu cafe."EHH!! KORANG SAPEE?!! " - Jerit Fatin terkejut melihat 2 kelibat manusia di dalam cafe itu.
Terkejut Darrise dan Farisha yang tertidur dekat situ. Lama sangat bersembang semalam, sampai tertidur dekat situ.
"Ish Fatin! Jangan lah jerit. " - Darrise berdiri dari tempat duduknya.
"B-bos? Bos buat apa dekat sini? Dengan akak Farisha? " - Fatin
"Baju kau dah kering rasanya. Pergi salin baju dulu. Kejap lagi aku hantar kau balik. " - Darrise
Farisha sekadar mengangguk dan berjalan meninggalkan Fatin yang tertanya-tanya.
"Japp bos dah kahwin ke?!! " - Fatin menjerit.
"Tak lahhh. Kau ni bising lah. Pergi kemas dapur tu. Serbuk kopi berterabur bukannya nak sapu. Potong gaji karang baru tahu. " - Darrise mengugut.
Terus lesap Fatin lari pergi dapur. Risau gaji dia kena potong. Kalau gaji kena potong, dia nak shopping macam mana bulan ni? Hehehehe
"Urmm Darrise. " - Farisha
Darrise menoleh ke belakang.
"Ah dah siap. Jap, kau duduk dulu. Bagi aku kemas jap bantal dengan selimut ni. " - Darrise
Farisha mengangguk dan duduk di kerusi tunggu Darrise habis kemas. Darrise menarik selimut dan mengibas beberapa kali.
Entah kenapa, Darrise tiba-tiba nampak menawan. Muka dia baru bangun pagi. Walaupun ada dark circle, handsome juga eh.
"Farisha." - Darrise panggil
"Ooo Farisha. " - Panggil Darrise sekali lagi.
"Farisha sayangg. " - Darrise menguatkan suaranya.
Haih. Baru nak sedar budak ni.
"Oh- I-iye. " - Farisha berdiri dari tempat duduknya dan berjalan keluar mendahului Darrise.
Panas dah pipi Farisha ni. Malu pun ada. Suka pun ada. Heh.
Farisha masuk dulu di dalam kereta. Tunggu Darrise pergi ambil kunci dengan kemas cawan.
~•~
"Kau ni memang kuat berangan eh? " - Darrise menekan pedal minyak di kaki.
"Huh? Sejak bila pula? " - Farisha
"Niii kau baru je berangan. Aku tanya kau, rumah kau dekat mana? Kau nak suruh aku hantar pergi kolej pakai baju macam tu ke apa? " - Darrise
"Ohh. Uhhh jap saya send location. " - Farisha
Darrise mengangguk.
"Umm. Aku nak tanya sikit boleh tak? "
"Isha tu kann. Memang tak suka dekat aku eh? Macam, benci ke dekat aku? " - Darrise
"Itu....saya tak tahu sangat lah... Tapi, masa camping dulu, dia okey je dengan awak. Jadi saya tak rasalah dia benci. " - Farisha
"Kau? Kau tak rasa macam benci aku ke? " - Farisha
Farisha melentokkan kepala.
"Kenapa saya nak kena benci awak pulak? " - Farisha
"Yelah, aku ni kan selalu kasar dengan kau. Lepastu dah lah aku ni dah rampas Isha tu dari Adif. " - Darrise
Farisha ketawa.
"Lahh. Sebab tu je ke? Yang pasal Isha tu, awak jangan risau lah. Awak boleh je pujuk dia bila-bila masa. Lepastu yang pasal kasar tu, saya tak rasa yang awak ni kasar. Awak caring, tapi dalam cara awak sendiri. Kalau awak boleh terima diri saya, why not saya terima diri awak? " - Ujar Farisha sambil tersenyum.
"Banyak cakap lah kau. " - Darrise
"Eleeeh. Touching lah tuu. Tapi tak nak mengaku. " - Farisha
Terus terhambur tawa Darrise.
"Yee ye. Aku touching. " - Darrise menjawab sambil ketawa.
Kereta berhenti bermakna mereka sudah tiba di destinasi.
"Urm... Betul kan rumah kau? " - Darrise
"Haa betul-betul. " - Farisha mengangguk.
Tapi mereka berdua duduk diam je dalam kereta tu. Seorang pun tak berganjak.
"Uhh. Kau ada nak cakap apa-apa ke? " - Darrise
"Ehh takde. Oh hehe sorry. " - Farisha membuka pintu kereta ingin keluar.
"Farisha jap. Tunggu jap dalam kereta. " - Darrise
"Oh... Erm okey..." - Farisha menutup semula pintu kereta itu.
Minit dan saat berlalu tetapi mereka berdua hanya diam sahaja. Tak kekok tapi entah lah. Takkan nak duduk dalam tu sampai tahun depan kan? Farisha mengerling jam di tangan.
"Umm... Saya masuk dulu eh. Takut lambat masuk kelas kejap lagi." - Farisha tersengih.
"Eh- A hah. Okey. Bye. " - Darrise melambai.
"Okeyy. Byeee. " - Farisha
"Urm. Japgi habis kelas kau ada apa-apa ke? Kalau takde pergi lah cafe aku. " - Darrise
"Ahh. Kejap lagi saya pergi. " - Farisha.
"Ehem. Okey. Bye. " - Darrise melambai sekali lagi.
"Ye ye bye. " - Farisha turut melambai.
Masalahnya, sorang tak nak masuk rumah, sorang lagi pun tak nak gerakkan kereta.
"Awak pergi lah cepat. " - Farisha
"Kau masuk lah dulu. " - Darrise membalas.
"Ha iyee. Nak masuk lah ni. Byee. " - Lagi sekali, Farisha melambai.
Farisha menjenguk Darrise sekali lagi sebelum masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu dan menjenguk tingkap. Kereta Darrise dah tak ada.
"Arhhhh. Hati. Macam nak tercabut je. " - Farisha menjerit.
"Woi! Baru nak balik?? Malam tadi kau hilang pergi mana ha?! Aku call tak angkat langsung. Aku ni dah otw nak pergi balai polis tau report kes keculikan. " - Syafiqah
"Eh. Syafiqah hehehehe. " - Farisha tersengih.
"Ha yang kau tersengih macam orang gila ni dah kenapa? Aku tengah marah ni boleh pulak dia tersengih. " - Marah Syafiqah.
"Ish orang nak cerita ni! Dengar lah dulu. " - Farisha
"Apa benda? " - Syafiqah
"Aku....dah confess dekat Darrise! " - Farisha menjerit riang sambil tersipu-sipu malu.
"D-Darrise?! Putera Darrise??! STPM tu?! " - Jerit Syafiqah.
Farisha mengangguk laju sambil tersenyum.
"Japp... Kiranya korang ni tengah couple lah?! " - Syafiqah
Farisha terus berhenti senyum. Couple ke? Darrise tak cakap apa-apa pun.
"Uhh.... Tak kot. " - Farisha menjawab perlahan.
"Aik?? Kau kena reject ke. Omg... Tak pe Farisha, ramai lagi lelaki yang lebih elok dari Darrise tak guna tu. " - Syafiqah
Farisha terus menggeleng laju.
"Ehhh takk. Dia tak reject, tapi entahlah... Dia tak kata pun yang kita bercinta... " - Farisha
"Lahh. Dah tu? Korang ni pelik lah. Dah lah aku dah lambat nak masuk kelas ni. Kau pergi tanya Darrise tu apa hubungan korang. Kalau dia gebang kau, memang aku tumbuk muka dia 70 kali. " - Syafiqah terus keluar dari pintu rumah.
Farisha ketawa melihat telatah kawannya itu. Caring betul. Dia menggaru kepala pula. Yelah kan, apa hubungan Darrise dengan dia? Tapi tak apa lah sebab benda tu tak penting.
•Hanna•
YOU ARE READING
Darrise Adellia : My Missing Piece
RomanceAdellia Farisha. Seorang gadis yang baik hati , lemah lembut , dan periang. Disebalik senyuman di bibirnya itu , ada rahsia yang disorokkan oleh Farisha. Cuba untuk membunuh diri demi mengakhiri kesakitan dan keseksaan yang dilalui olehnya. Tanpa se...