~BAB 23~

28 4 0
                                    

"Farisha. Farishaaa. Oooo Farisha. Farisha! " - Adif

Terus tersedar Farisha dari lamunannya. Dia tidak perasan yang Adif sudah memanggilnya banyak kali tadi.

"Oh- Ya, sorry Adif. Tak perasan awak panggil. " - Farisha

Adif ketawa perlahan.

"Ahh tak apa. Uhh kita ada lagi satu jam sebelum gerak. Nak pergi jalan-jalan kejap tak?" - Adif menyoal.

*Bush*

Terkejut Farisha dengan Adif apabila melihat Darrise menutup bonet bas dengan kuat.

' Apasal dengan mamat ni? ' -getusku didalam hati sambil memandangnya atas bawah.

"Urm... Boleh jugak. Lagipun saya memang nak jalan-jalan kat kawasan ni." - Farisha

Iyalah kan, tak adil lah kalau Isha sahaja yang menikmati kem ini. Dia yang bayar, orang lain yang dapat.

Mereka berdua berjalan melalui titi yang ditempatkan di tepi laut. Pemandangan yang cantik dan indah menjadi penyuci mata.

Laut yang sangat jernih hingga boleh menampakkan pelbagai spesies haiwan yang ada dalam laut yang luas itu. Keadaan menjadi senyap masing-masing hanya menikmati bunyi angin dan laut menyentuh telinga.

Keadaan senyap itu terus dimatikan apabila Adif berdehem kecil.

"Farisha. Saya, ada benda sikit nak cakap dengan awak ni. " - Adif memandang Farisha.

Farisha yang sedang membelakangi Adif memusingkan badannya berhadapan dengan Adif.

" Ya, apa dia? " - Farisha

Adif menarik nafas sedalam-dalamnya. Rasa gementar di dalam dirinya cuba untuk dibuang sejauh yang mungkin.

"Saya rasa... Saya, ada perasaan sikit lah dekat awak... " - Adif

Adif menundukkan kepalanya sedikit. Tidak seperti Darrise yang memandang tepat ke anak mata Farisha.

Adif perlahan-lahan mengangkat kepalanya untuk melihat reaksi Farisha. Pandangan mata Adif nampak baik, ikhlas dan...lembut sekali. Jika perempuan lain, sudah tentulah mereka akan cair dengannya.

Tapi entah kenapa, Farisha rasa dia seperti pernah nampak pandangan matanya itu. Dia macam pernah lalui benda yang sama tetapi tidak ingat bila.

Mungkin betul lah apa yang dia fikir. Darrise sudah meluahkan perasaan kepadanya terlebih dahulu sebelum Adif. Tetapi dia tidak ingat sahaja kerana Isha yang ada di tempatnya.

"Adif... Saya bukan tak suka awak... Cuma saya rasa kita lebih sesuai berkawan berbanding bercinta. " - Farisha menjelaskan dengan perasaan yang agak bersalah.

Manakan tidak, selama bertahun dia hidup, ini lah kali pertama ada orang meluahkan perasaan terhadapnya. Bukan sebagai Isha ataupun persoanaliti yang lain. Tetapi sebagai Farisha yang sebenar.

Adif yang mendengar rasa sedikit hampa dengan jawapan Farisha. Dia cuba menutup perasaan hampa itu dengan tersenyum.

Senyuman yang nampak sangat manis di mata orang lain, nampak sangat palsu di mata Farisha.

Perasaan bersalah muncul lagi. Hati dia rasa sakit tiba-tiba. Kenapa macam pernah berlaku situasi ini? Isha menolak cinta Darrise dengan cara yang kejam ke semalam?

Ataupun memang betul-betul dia rasa bersalah kerana pertama kali menolak cinta orang lain? Dia pun tidak pasti. Hanya hatinya sahaja yang tahu apa jenis perasaan yang dia sedang lalui sekarang ini.

Jam di tangan Adif dikerling sekilas.

"Wah. Dah setengah jam lah kita duduk dekat sini. Sejuk lah pulak rasa, pagi-pagi ni berjalan dekat tepi laut." - Adif ketawa.

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now