~ BAB 11 ~

31 5 0
                                    

Aku terserempak dengan dia ketika di pagar sekolah.

"Erm.. nak tanya ke pasal semalam dekat dia?" - Farisya

Malas berpikir panjang terus aku mengikutnya dari belakang belum sempat aku memanggilnya ada satu makhluk menggangu dan makhluk itu adalah si kembar.

"Hello... Morning Farisha" - Syafiqa dan Syafiqah.

"Aik awalnya korang sampai tak pernah-pernah pun. Selalunya lagi 10 minit kelas nak mula baru nak nampak muka" - Farisha

" Tak sebenarnya ayah kami kena pergi kerja awal sebab tu kami sampai tersangat la awal harini" - Syafiqah

Aku hanya menganguk dan terus berborak sehingga terlupa berkaitan hal Darrise tadi. Ketika kami sedang berjalan ke blok kelas, aku ternampak Darrise membelok ke arah lain. Aku tanpa berfikir panjang terus mengekorinya.

" Korang masuk la kelas dulu aku ada hal nak kena settle kan jap" - Farisha.

Aku terus pergi tanpa menunggu balasan mereka. Aku hanya terus mengekori ke mana sahaja Darrise pergi tanpa dia mengetahuainya. Kalau orang lain tengok boleh dikatakan macam stalker laa lagipun memang semua budak kat sini pandang aku macam tu tapi macam la aku kesah janji diorang tak kata lebih-lebih.

Ketika dia menaiki tangga astaka, aku memandangnya dengan pelik. Yelah, dah la baru pukul 7 lepastu nak duduk sini kena ada pantauan guru. Aku berfikir panjang samaada nak naik atau balik ke kelas semula.

"Kalau rasa nak naik, naik jela" - Darrise.

Aku hanya terpaku dekat situ.

'Tak kan la mamat ni tau aku ikut dia kot?' Getus aku di dalam hati.

"Haih.. orang dah ajak naik tak nak. Dah la ikut aku tadi. Ingat aku tak tahu." - Darrise.

Aku terus naik ke atas untuk bertanya tentang macam mana dia tau aku ikut dia dan berkaitan semalam. Dah alang-alang kantoi tanya jela kan. Lagipun kalau dia marah aku boleh guna alasan siapa suruh bagi aku naik HOHOHO.

Aku terus duduk sedikit jauh dari dia sebab bukan mahram kan batas tuu. Aku toleh ke arah dia dan dia sedang termenung melihat awan. Aku tengok dia macam ada masalah ja.

" Awak ada masalah ka? Kalau ada share jela. Saya sudi dengar and simpan rahsia awak." - Farisha.

Darrise melihat ke arah aku dan dia hanya melihat aku tanpa sebarang reaksi. Selepas itu dia mengeluh panjang. Sekarang aku tersangat lah yakin dia ada masalah.

"Tak pun... Aku okey jaa. Lagipun bukan selalu boleh duduk sini tengok langit yang cantik ni kan? - Darrise.

" Ye ke tak ada masalah... Sebab kalau tak ada masalah, apa yang awak buat semalam kat tempat tu? - Farisya.

"Hah? Maksud kau? - Darrise.

Aku dapat melihat reaksi Darrise agak terkejut tapi dah alang-alang terlanjur baik tanya terus sebab ikutkan aku nak tanya waktu rehat nanti tapi terlepas cakap, nak buat macam mana.

"okey macam ni lah, nak dipendekkan cerita semalam saya on the way balik dari tempat kerja and ternampak awak dekat tempat erm.. kelab. So saya nak tau la apa awak buat dekat situ atau... Awak ni tergolong dalam orang macam tu." - Farisha.

Darrise sedikit terkejut tapi cepat dia ubah riak dia tadi.

"Ouh pasal tu je ke? Tak ada, semalam aku ada kerja sikit kat situ tu kena masuk tu. " - Darrise.

Ternganga sedikit mulut aku sebab kerja apa yang boleh buat dekat situ melainkan... Aku terus menggelengkan kepala aku yela mana la tau ada kerja yang halal ke dekat situ tapi impossible laa nak ada.

Darrise Adellia : My Missing PieceWhere stories live. Discover now