Wawa membuka mata perlahan dek terdengar suara riuh-rendah ayam Nek Som yang sedang berparti di luar rumah, menikmati kebebasan di awal pagi. Mengantuknya. Makin sedap pula tidur bila terdengar Sebastian berdehem kecil.
Tangannya meraba-raba telefon di bawah bantal. 7:30 pagi. Patutlah tak berapa nak cerah lagi. Lenanya dia tidur. Dia berpaling, Sebastian sedang tidur membelakangi dia.
Aish. Baru nak pandang muka husband pagi-pagi. Buka-buka mata terus usyar muka kacak dia. Gitu! Ni belakang yang dia dapat?
telefon Sebastian tak berhenti daripada bergetar di bawah bantal. Naik geram rasa. Dicapainya telefon lelaki itu.
Serta-merta riak wajahnya berubah. Ashley? Balik-balik nama perempuan tu aja yang masuk notification. Gila.
Segera dia tenung Sebastian.
Boleh tak dia nak tekup Sebastian? Biar mati lemas. Badan lelaki itu digoncang perlahan. Niatnya nak berkasar tapi tak jadi sebab lelaki itu memusingkan badannya menghadap dia. Geramnya tengok. Eh." Sebastian..bangunlah. dah pukul
7:30 pagi ni.." dia memanjakan suaranya. lelaki itu langsung tak bergerak. " Honey..bangun.." lagi sekali dia gerak. Kalau tak bangun jugak, terpaksalah dia berkeras.
Mana aci aku sorang je bangun awal. Ya, aku berkira." hm..kejaplah..pukul 8 nanti sa-saya bangun lah.." tangannya merayap-rayap di pinggang gadis itu. Nak terkeluar anak tekak Wawa. Pinggangnya diurut lembut oleh jari-jemari lelaki itu. Dalam tidur pun nak menggatal ke?
" Seby! Wake up! Janganlah nak mengada.." dia meleretkan suaranya yang serak. Sebastian menekup telinga. Makin menyirap gadis itu. Bahu suaminya digigit kuat. Padan muka. Laju Sebastian bangun dan terus turun dari katil.
" Honey! Saya nak tidur..sejak bila suka gigit-gigit ni?" Dia mengusap bahunya sambil matanya terkelip-kelip menahan pedih.
Terus pening. Kenapa anak puan Jazzlinda pelik sangat perangainya? Aci tak kalau aku gigit balik?Wawa papar riak wajah bersalah.
" Sorry sorry..dah awak tu..saya kejut taknak bangun.." dia mendepakan tangannya. Sebastian kembali Naik ke katil.Dikerling sekilas wajah isterinya.
" Need hug?" Dia berbisik." Sakit tahu tak? Pagi-pagi dah gigit orang..awak single dulu gigit apa? Bantal?" Dia jeling. Wawa mencebik.
" minta maaflah." Dia mengurut bahu suaminya. Kesian pulak. Pagi-pagi buat hal.
Wawa tersenyum. Dia duduk melutut sambil meniup lembut bekas gigitannya tadi. Orang gurau je. Dia menjeling. Sebastian betul-betul menikmati sentuhan itu. Matanya dipejamkan.
" Kepala saya pening. Urut cepat."
Dia bersuara. Wawa duduk. Lelaki itu baring di peha gadis itu tanpa disuruh. Ni dah lebih. Ambil kesempatan nampak. Wawa menurut." You look more beautiful this morning." Dia tersenyum sambil tangannya dijulang tinggi untuk mengusap lembut pipi isterinya.
Berdebar Wawa. Dugaan di pagi hari. Dia sebenarnya dihantui dengan Lya dan Darren. Apani?
Jangan! " Baru harini lah awak nampak saya cantik?" Dia mengurut kepala lelaki itu perlahan. " Ish. Mana ada. Awak semalam mengigau apa?" Terkejut Wawa.Mengigau? Betul ke? Aduh. Sebastian tahan gelak. " M-mana ada saya mengigau.." dia gelabah teruk sambil melarikan pandangan. " Ya ke? Saya sedar tau apa awak merepek semalam." Ujarnya lagi.
" awak cakap, awak tak suka hidup dengan saya. Saya pemusnah Masa depan awak. Awak benci saya." Sebastian memeluk tubuh sambil memejamkan matanya.
Saja dia mahu uji. Nak tengok, reaksi Wawa.
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
Lãng mạnIN EDITING Bila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take p...