☆゚Girls Talk [ 27 ] ☆゚

31 2 0
                                    

Lya sedang baring di atas katil diikuti dengan Wawa di sebelahnya. Masing-masing senyap sambil pandang siling yang berwarna putih pucat itu.

Pintu diketuk beberapa Kali.
Terjengul muka Fiyya yang tidak memberi sebarang ekspresi wajah.
" Sini kau! We need to talk. Right now." Lya bangun dan duduk di karpet. Pening masuk bilik Lya ni. Semua warna putih. Dah macam duduk dalam hospital mental je rasa.

Fiyya melangkah masuk sambil menutup pintu secara perlahan.
" Kenapa muka macam tu? Aku buat salah ke?" Dia memeluk tubuh sambil mendekati dua orang gadis itu. Wawa pun tengah blur dengan si Lya. Gayanya macam terkena ngap tanpa sengaja malam semalam.

"Wawa..Kita berdua je lah yang bakal jadi janda muda nanti.." ujarnya dalam nada memerli sambil bibir dijuihkan. Matanya menjeling ke kanan. Fiyya dan Wawa saling berpandangan. Kepala disengetkan ke tepi sambil berkerut.

" Janda apa ni? Cuba kau cakap betul-betul..kan mudah? Ni main cakap je..kau perli siapa ni?" Wawa menahan senyum sambil meniarap. Fiyya pula duduk di lantai.

" Plan Kita masih diguna pakai ke?
What do you think Fiyya? I saw you kiss him. So what now?" Gadis itu nampak benar marahnya. Wawa tercekik air liur sendiri. Segera dia menoleh ke arah fiyya dan Lya. Salah dengar ke tadi?

Fiyya menunduk. " Look, kau terbalik..bukan aku yang mula. Aku tak balas pun.." Wawa tergelak. Gelak sinis sebab tak dapat nak terima Kenyataan tu. Lya mengurut kepalanya. " Shit lah kau! Are you In love right now? Please don't be silly! Kau ni otak tercicir ke?" Wawa memukul bahu kakaknya.

Fiyya cuma senyap. Macam Mana nak terangkan ya? " I'm not in love.
Umm maybe yes..aku tak boleh tipu diri sendiri..Wawa, Lya. Aku cuma nak layan dia macam suami.
Tak Kira lah apa yang nak berlaku dalam Masa yang akan datang.."

Wawa menggeleng laju.
" Aku tak faham lah kau ni. Sebelum kahwin lain kau cakap! Ni apa cerita? Come on..sedar lah. Please. Eh?" Ujarnya. Lya kembali bangun lalu berjalan kehulu-kehilir. Naik pening dibuatnya.

" Habis tu Noah macam Mana? Kau sayangkan dia kan? Kau bagitahu aku sekarang..siapa lagi Penting?
Noah or Reggie." Tegas Lya menyoal. Fiyya gelisah. Nak dua-dua boleh tak? Aduh. Wawa mengeluh. Tiga beradik tu masing-masing sembunyikan sesuatu.

" Noah. Dia memang lelaki yang paling aku sayang..tapi tu dulu. Dia dah lenyap dari hidup aku. Sekarang aku kena belajar terima apa yang dah berlaku. Korang pun sama. No matter what happened, sekarang ni Kita ada suami."
Lembut sahaja si sulung memberi nasihat. Dia tak mahu adik-adiknya bersikap tak matang.

" Habis tu kau nak cakap kau takkan bercerai dengan dia? Kau seronok tengok Reggie dengan Rayne? Wow.. fantastic sistur! Aku tak nak jadi bodoh macam kau! Kenapa kau nak terima dia macam dia tak buat salah dengan kau? Dia curang dengan kau Fiyya! Apa yang dia buat, dia tak pernah kisahkan apa yang kau rasa!"
Lya menghamburkan segala-galanya.

Fiyya geleng. " I know..cuma Rayne tu sebagai ujian untuk aku. Noah pun sama. Ada kemungkinan penceraian tu berlaku. Sekarang ni, Kita ada maruah..kalau papa masih hidup..kau rasa dia suka Kita layan suami macam sekarang ni? Mommy buat ada sebab."
Wajahnya diraup perlahan. Rambut blonde itu nampak sesuai dengan dia.

" Aku..aku tak tahu apa langkah Kita seterusnya. Diorang tak pernah anggap Kita ni wujud. Kita takkan dapat apa-apa pun. Yeah..Kita tak layan diorang macam suami. Kita layan macam diorang tu lembu kutip..tapi.."
Wawa membenamkan wajahnya ke lutut. Apa dia cakap ni?

" jangan tipu diri korang sendiri.
Aku kenal adik-adik aku. Korang ni sebenarnya ego. Tapi korang takut nak percaya, takut nak yakin dengan perasaan korang. Come on. " Fiyya ketawa. Cemberut je muka Wawa. Kantoi lah tu. Tapi Lya masih dalam riak wajah yang serious.

.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚Where stories live. Discover now