Sebastian baru selesai mandi. Dia perlu ke restaurant awal pagi ni.
Kemeja putih disarungkan ke badan. Terasa pelik apabila seluar slack hitamnya tak ada. Selalunya Wawa akan sediakan.Terpaksalah dia turun kebawah dengan berkain tuala. Rumah banglo yang baru diduduki itu terasa sunyi.
" Honey? Seluar saya Mana?" Dia menyoal apabila ternampak kelibat Wawa di dapur.
Dapur terletak diluar rumah. Ada dua set meja makan, satu didalam dan satu lagi diluar. Betul-betul tepi kolam renang, so bila kau makan and terasa panas bolehlah terjun terus.
Wawa diam tak berkutik. " Wawa, sejak bila pula awak tak pandai bercakap ni?" Bahu isterinya dicuit.
Wawa berpusing dan memandang Sebastian dari atas ke bawah. Berdebar. " Saya basuh semua seluar awak."" Semua?!" Wawa angguk sambil tersenyum Manis. Membuatkan Sebastian tak keruan. " Saya nak awak pakai simple-simple je.. tak payahlah bergaya sangat." Kedengaran pelik tapi itulah hakikatnya. Naik pelik Sebastian.
" Awak demam ke? Selama ni saya pakai macam tu..okay je.." rambutnya diraup perlahan.
" Kali ni tak boleh..saya tak suka ayam berak kapur tu pandang awak.."
Jujurnya. Oh so jealous lah ni?
Faham, faham." Habis tu nak saya pakai apa?" Soalnya gatal. " Tu baju awak..saya letak dekat sofa tu.." bibirnya dimuncungkan. Sebastian berpaling.
" Awak nak saya tukar dekat sofa?"
" Nak tukar depan saya pun boleh. Saya nak sediakan sarapan.. go go." Halaunya. Sebastian telan air liur. Betul ke depan aku ni Wawa Benedict? Anak puan Jazzlinda?
Lain macam peliknya. Ke dah kena rasuk dengan apa-apa makhluk?" You will be late! Stop staring at me like that.." kedengaran suara Wawa dari luar. Sebastian pantas menukar baju yang disediakan.
Hanya sehelai seluar sweatpants hijau gelap dan baju oversized putih berlengan pendek.
Dah macam gaya anak-anak muda dah. Dia bapak orang tahu? Okay tak, bakal. Setelah selesai, kain tuala disangkut ke sofa. Main sepuk je mamat ni. " Bau macam sedap..awak masak apa? Mesti ayam panggang kan? Tak pun spaghetti ke.." dia tarik kerusi lalu duduk.
" Eh..tak ada.. just croissant and..your favourite coffee..jangan nak berangan." Wawa tersenyum comel sambil menolak pinggan ke arah Sebastian.
" Coffee first.. honey..tak penat ke? Bangun pagi buatkan saya sarapan..awak sediakan coffee pun dah cukup.." Ujarnya.
" Itu tanggungjawab saya..makan la. Saya nak cuci baju.." Sebastian tersengih. Tiba-tiba rajin Wawa ni. Ada sesuatu ke? Bukan boleh percaya dia ni.
" Teman saya. Tanggungjawab awak juga. Makan sekali." Dia tahu, Wawa mahu sibukkan diri sebab taknak terfikir tentang Lya.
" Nak saya suap? Sebelum ni manja lain macam..sekarang tak dah? Mana boleh macam tu.." bebel lelaki itu sambil menghirup kopinya.
" Macam mana perasaan Lya kalau dapat tahu dia pregnant? Kandungan tu pula tak selamat. saya tak boleh brain."
" Mungkin bukan sekarang masanya diorang nak ada anak. Darren tu pandai laaa bab-bab macam tu..tahulah dia nak ' ganti'
balik.." Wawa yang mendengar jawapan dari mulut seby tersedak.
Kenapa otak suaminya begitu ya?" Tak senonoh la awak ni. Ada pulak cakap benda tu depan makanan.." dia berkerut geram.
" Saya cuma cakap benda betul,
Awak yang fikir jauh-jauh..dah laa nah makan.." potongan croissant dihulurkan.
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
RomanceIN EDITING Bila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take p...