One week after...
HARI ini masing-masing dipaksa untuk keluar bersama bakal pasangan hidup masing-masing.
Nak tak nak terpaksa juga mereka turuti arahan dari kedua-dua belah pihak. Katanya untuk kenal lebih jauh. Banyaklah!
.。*♡☕.。*♡
OMBAK membasahi permukaan pasir yang sarat dengan cengkerang dari pelbagai warna dan jenis. Bunyi burung camar menjengah ke telinga. Aman dan damai.
Reggie dan Fiyya sedang berjalan beriringan di persisiran pantai. Sejak diorang sampai, tak bercakap walaupun sepatah.
Macam mana nak bercakap kalau ada penyibuk dekat situ? Ya, siapa lagi kalau bukan si Rayne? Diluar jangkaan ye perangai perempuan tu.
Padahal Reggie dan Fiyya perlukan masa berdua untuk bincang tentang majlis yang bakal dilangsungkan.
Pening.
"Rayne, you janganlah risau... I takkan jatuh cinta dengan si Reggie ni... tolonglah.." Fiyya menggeleng.
Rayne menoleh. Kepalanya tak lari daripada terus menempel ni lengan sasa lelaki itu. Naik menyampah pula Fiyya ketika itu.
"Ala, bagilah I masa nak bermanja dengan buah hati I, kan baby? Nanti you kahwin, dia tak dapat nak jumpa I lagi." Suara Rayne berubah manja yang luar biasa.
Fiyya melemparkan pandangan kepada lelaki itu. Harap lelaki itu faham apa yang dia mahu. Dia nak Rayne blah kejap.
"I tak kisah lah kalau you nak berjumpa Reggie selepas majlis or anything like that. Bukan I nak culik dia dari you, you pun tahu kan kami tak suka antara satu sama lain?"
Fiyya geram nak tampar perempuan tu.
"Rayne... memang lah I kahwin dengan Fiyya tapi kita still boleh berjumpa, so sekarang boleh tak ke kereta? I need to talk with fiyya... personaly, okay?"
Reggie mengelus lembut pipi Rayne.
Fiyya memaparkan riak wajah muak dengan pasangan kekasih tu."Aku makan si Eggie ni baru kau tahu..." bisik fiyya.
"Apa?" Eggie menyoal.
Fiyya menggeleng. Benci.
"Cepat sikit boleh? Panas tahu tak?"
Ujar Fiyya dengan penuh yakin.Rayne menjeling.
"Nak pergi lah ni!" Dia berdecit kemudian beredar.
Tinggallah mereka berdua disitu. Fiyya mengeluarkan satu penyepit rambut lalu menyanggulkan rambutnya kemudian dicepitkan.
Rimas masuk dalam mulut."Aku ada benda nak minta kau buat lepas kahwin." Ujar gadis itu dengan lebih dingin daripada sebelum ni.
Eggie cuma mencebik dan meminta fiyya untuk bercakap lebih terang lagi bersuluh.
"So, you're an actor right? Aku perlukan bakat kau nanti, makesure depan mommy or mama we must act like happy family, kau boleh buat kan?"
Reggie sedang bermain-main dengan air laut yang mengenai kakinya.
"Kalau itu yang awak nak, saya boleh buat, macam mana kalau diorang nak cucu?" Tersedak Fiyya. Mukanya tiba-tiba terasa panas. Eggie sedang tersenyum nakal.
"Pandai-pandailah kau jawab dengan diorang Eggie. Jauh betul kau fikir.." Gadis itu tergagap. Eggie ketawa gatal. Mencerlung Fiyya merenungnya.
"So nanti awak nak anggap saya macam husband ke?" Soalan aneh dilontarkan.
YOU ARE READING
.*・。゚WHAT? MOTHER IN LAW?! .*・。゚
RomanceIN EDITING Bila keluarga kau ada peraturan pelik dalam setiap perkara, be like : "Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga orang puteri mommy secara serentak! Tak ada sesiapa boleh bantah!" - Puan Jazzlinda "Ugh... again? I don't want to take p...